Wednesday 14 September 2011

SKETSA SEBUAH GELANG

Setelah kebosanan melayan manusia-manusia yang hairan dengan gua ni, terpaksalah gua rungkaikan jugak misteri malam ni. bukan misteri pasal gua sebenarnya tapi misteri dengan GELANG yg gua pakai ke hulu ke hilir. err.. sebenarnya kalau pakai gelang mana ada orang nak pelik tapi gelang ni adalah hanya gelang getah + plastik (ye lah kot) yang diguna oleh kaum hawa untuk ikat rambut mereka. gelang oh gelang...

kisahnya bermula disini...
gelang yg gua pakai ke sana ke mari mempunyai nilai sentimentalnya yg tersendiri sebab ada kisah di balik tabir yg berlaku sebelum gelang itu wujud. awal tahun 2011 (lebih kurang) gua ada melepak dengan teman-teman lama (kaum adam je semuanya). masing-masing nk tunjuk gadjet gempak mereka tak kisah la telefon bimbit, camera dan apa-apa sahaja yg menjadi trend remaja masa kini. TAPI dalam banyak aksesori atau apa-apa sahaja hiasan yang dikenakan pada tubuh mereka, gua paling tertarik dengan gelang silver sahabat gua pakai ni. gua minx kat beliau tuk try saarung kat pergelangan tangan gua nie. ternyata macam menarik je bila berdamping di tangan gua ni (syok sendiri je tu). jadi, gua pown try and error la mnx ngan dia nak pinjam tuk 2,3 bulan. next time berkumpul nanti, gua pulanglah balik. gelang tu beliau baru je beli sebenarnya. agak2 beliau nak bagi x?

gua ngan dia membesar dari kecik xkan lah xnak bagi plak kan? HAHAHA. sebenarnya gua tau beliau agak ralat tuk bagi gua tp beliau ngan dia BRO! (pengaruh KL GANGSTER). beliau bagi je la tapi beliau suh jaga elok2. jgn bg hilang plak. gua cakap la balik, 'lu pnah hafal x bape byk helai baju gua lu buat hilang time zaman skolah dulu?' HAHAHA beliau 'ya' kan aje lah soalan maut gua tu. macam kisah insan lain yg menghargai persahabatan mereka, gua pakai ke mana sahaja gelang sahabat gua tu. masa bergerak dengan pantas tanpa gua sedar dan tibalah hari untuk gua pulangkan gelang sahabat gua tu. ketika tu, gua bertemu sahabat gua di KL. gua ajak sahabat gua dan adik gua, Si Cahaya menemani gua. untuk pengetahuan Si Cahaya adik gua lain mak lain ayah! mcm mana boleh jadi adik gua ek??? perlu ke gua cerita??? lepak2, jgn buat muka excited mcam tu, gua cerita lah...

sebenarnya gua kenal Si Cahaya ni melalui sahabat gua jugak. beliaulah yg kenalkan Si Cahaya ni pd gua. Si Cahaya ni ada sahabat baik yg sentiasa bersama beliau, kalau xsilap nama beliau Si Merah. selalulah jugak melepak dengan Si Cahaya dan Si Merah ni. lama kelamaan gua perasan Si Cahaya ni betul2 sejibik macam adik kandung gua. gua rindu la plak kat adik gua bila sebut pasal beliau ni. pastu, xpasal2 gua declare Si Cahaya ni adik gua. (bapak xmalunye gua ni). dipendekkan cerita gua ni tangkap cintan dengan Si Merah ni. bila, dimana, bagaimana, kenapa jangan ditanya sebab gua xderk jawapan tuk semua soalan tu. tapi gua buat xreti je sebab pada awalnya gua anggap perasaan 'suka' gua kat Si Merah macam angin lalu je. gua takut jugak gua keliru tapi makin lama makin sayang la plak. gua cuba tuk buang perasaan tu sebab gua xnak la buat Si Merah ni xselesa dengan gua tp tu la pasal ingat perasaan ni macam sampah ke semudah itu untuk dibuang begitu sahaja, dimana2 dan bila2 masa sahaja. mungkin semudah kata namun tidak semudah kerja.

dah3... melalut jauh dah ni. cerita nya pasal gelang je pown. dah mcam novel abg romi dan kak julia la plak. banyak je bunganya. berbalik kepada kisah gelang silver yg gua pulangkan kepada sahabat gua tadi, gua nampak Si Cahaya pakai gelang ikat rambut tu kat tangan pergelangan beliau semasa perjalanan pulang setelah gua berpisah dengan gelang silver. gua mnx dari Si Cahaya tu dan sarungkan pada tangan kiri gua, tiba2 rasa syok plak. jadi gua pakai je la terus sampai skunk. nampak macam bodoh je kan cerita nie? tenang tenang yer! x tamat pown lagi. Si Cahaya kan sahabat baik Si Merah. Jadi, bagi gua, setiap kali gua tengok gelang tu, gua ternampak Si Merah. kenapa yer??? mesti ramai je nak beta ngan gua xderk kaitan kan? ade je kaitan nye...

untuk pengetahuan, gua ni jejaka yang hodoh dan sempoi. dah nama pown hodoh, xyah nak dress up briye sgt lah. hodoh tetap hodoh. err... gua ada perumpamaan yg sesuai untuk gua sendiri. 'TAHI KALAU DILETAK DALAM PINGGAN PERAK SEKALIPUN TETAP BERBAU BUSUK TAPI KALAU DAH NAMA PUN PERMATA DICAMPAK DALAM SELUT LUMPUR SEKALIPUN TETAP AKAN TERSERLAH KILAUANNYA'. Jadi berbalik dengan kriteria gua tadi yg sempoi ni, memang xderk la gua layan pakai sebarang aksesori sebagaimana jejaka laen duk sibuk pkai. ade tu dah macam pokok krismas dah gua tengok! HAHAHA. tapi gelang tu buat kali pertama menjadi aksesori yg boleh berdamping lama dengan tubuh gua ni. jadi, gua hairan. kenapa??? gua rasa gua ada relevan gua sendiri. gelang tu bagi gua macam Si Merah. dulu sebelum kewujudan Si Merah, gua boleh je hidup macam biasa spt manusia laen jugak. tapi selepas kehadiran Si Merah, gua rasa xnak berjauhan dengan beliau. jadi korg nampak x apa kaitannya sekarang? gelang = Si Merah. gua xderk lah nak cakap Si Merah tu sama taraf ngan gelang ikat rambut je tp... (kalau korg bijak pandai boleh tafsir sendri). ini menunjukkan Si Merah begitu bermakna buat gua. mengapa???

gelang yang digunakan untuk ikat rambut pown boleh bagi nilai sentimental buat gua inikan plak benda hidup kan? gelang yg sebelum ni gua xpnah pkai pown bila dah biasa ade bnde kat pergelangan tangan, bila tiada  akan rasa macam ada sumthing missing! samalah macam Si Merah. sebelum gua kenal beliau, gua boleh hidup molek2 je tanpa beliau. tapi selepas kewujudan beliau, bila beliau xderk di samping gua, gua rasa xtentu. yang ni gua nak relate dengan satu persoalan dalam hidup gua nie. gelang oh gelang! sejauh manakah gelang memerlukan gua? gua perlukan gelang sebab gua xnak rasa kosong (walaupun sebelum ni ksong tanpa sedar). realitinya gelang xperlukan gua pown kan? sebab tanpa gua, ianya tetap gelang yg akan menjadi keperluan setiap kaum hawa. samalah macam Si Merah. sejauh manakah beliau perlukan gua? gua rasa memang gua perlukan beliau tapi beliau macam gelang jugak ke??? Si Merah akan tetap kekal dengan sinaran senyuman yg menghiasi wajah walaupun tanpa gua???. . . . . . persoalan yg gua tidak tahu jawapan dan tidak ingin tahu sebab tidak bersedia tuk terima hakikat (jika hakikatnya Si Merah sama mcam gelang) haih


*sekian sahaja kisah gelang yg menjadi tanda tanya kepada segelintir masyarakat. gua xnak cerita sebab pada gua cerita ni bukannnya seronok tuk santapan masyarakat. gua tahu cerita ni membosankan dan bla bla bla.... tapi ni kan blog gua. suka hati gua lah nak tulis ape pown. adios... gudnite Si Merah x_x

1 comment: