Friday 23 September 2011

MATA

HALLO HALLO HALLO!
kali ni gua nak share pasal MATA. sebelum gua terang panjang lebar pasal mata ni, gua nak kita semua yg dikurniakan mata ni buat sujud syukur sebab dikurniakan nikmat mata. duit banyak mana pun belum tentu boleh buat mata tau. dengan kurniaan mata ni lah gua dapat tengok keindahan alam semesta ni. dengan mata juga gua berpeluang untuk melihat kegembiraan, kesedihan yang terpancar di wajah-wajah manusia yang memberi makna dalam hidup gua seperti ibu, bapa, adik-adik (gua xderk abg) dan insan-insan lain yg menghiasi kehidupan gua. mata merupakan salah satu pancaindera yg penting dalam kehidupan kita. tanpa mata, kita mungkin tak kenal dengan cahaya. mata antara nikmat besar yg dikurniakan tuhan kepada kita tapi xbermakna kepada yg tiada mata tu xboleh melihat. mungkin tuhan 'tutup' mata beliau tapi tuhan 'celik'kan mata hati beliau tuk melihat.

tapi tuan-tuan dan puan-puan, harus ditekankan disini semua perkara ada pro dan kontra nya. walaupun mata memberi banyak faedah dan nikmat kepada kita, ia juga memberi kemaslahatan dan penderitaan kepada jasad dan hati jika tidak digunakan sebaik-baiknya. adakalanya kita gunakan mata untuk melihat sesuatu yang tidak elok dan boleh membuatkan hati kita menjadi gelap dan hitam. tatkala hati gelap, semua kerja buat kita juga tidak lagi dikawal oleh akal yg sesempurna ciptaan tuhan itu. ia akan mengikut nafsu dan hati. jadi, anda semua mesti dah nampak kan masalah yg wujud jika tidak digunakan dengan baik kurniaan tuhan ni kan?

selain itu, gua rasa dengan nikmat mata  juga lah kita akan nampak satu persatu perkara dan boleh meniru nya. peniruan adalah salah satu proses pembelajaran yang baik. kalau apa yang dilihat itu baik untuk ditiru dan dipraktikkan bagus lah. jika sebaliknya pula??? renung-renungkanlah ya. tapi kan gua rasa mata dan hati sangat berkait rapat. sebab tu lah orang-orang tua selalu gunakan istilah 'dari mata turun ke hati' untuk orang-orang muda yang hangat bercinta ni. bagi gua pula, jika hati tu bersih, insyallah hati mampu mengawal pandangan mata dari melihat perkara yang tidak sepatutnya mata lihat. sebab tu lah ada ayat ni berbunyi 'pandangan mata selalunya menipu, pandangan hati selalunya hakiki jika hati itu bersih. harus ditekankan disini, manusia adalah makhluk yang tamak. mereka tidak akan pernah puas dengan nikmat dunia sehingga tidak tahu lagi batas-batas mereka dalam kehidupan seharian. mama gua selalu cakap 'orang larang ni macam orang suruh!'. walaupun perkataan tu hanya dari mama gua tapi gua rasa ada relevannya yang boleh diguna pakai. maklumlah yang tidak boleh ni lah kita nak cubanya. sebab tidak mahu diselebungi misteri. haih!

manusia oh manusia! makna perkataan manusia adalah berasal dari bahasa arab yg bermaksud lupa. manusia memang mudah lupa. dr M dulu pun sering kali menyebut bahawa MELAYU mudah lupa. gua nak betulkan sikit bahawa bukan MELAYU sahaja mudah lupa tapi MANUSIA memang mudah lupa. lupa akan tanggungjawab, lupa akan perkara yang mereka patut buat dan tidak patut buat dan macam-macam perkara lagi yang mereka sering lupa. berbalik kepada mata tadi, kadang-kadang tu mereka bukan sengaja tuk melihat perkara-perkara yg tidak sepatutnya mata mereka tatap tapi mereka terlupa dan mungkin juga tidak faham tentang kegunaan mata yang sebenar. kalau yang sengaja tu memang dah terang lagi bersuluh lah salah nya. tapi pada insan innocent macam gua ni macam mana plak ya? 

kadang-kala gua tidak mahu melihat mahupun TERlihat sesuatu yang gua tidak patut lihat. macam gua cakap tadi la, dari mata turun ke hati. setiap kali gua lihat perkara yg tidak patut gua lihat, hati gua tersentap bro! gua buat-buat tenang je lah tapi hati ni dah berkecamuk. kadang-kala terdetik juga 'alangkah baik jika gua tiada mata'. tapi dalam islam ayat 'KALAU', 'JIKA' boleh buat kita terpesong akidah tau sebab kita seolah-olah menolak takdir. tapi jika dikaji, manusia yang tidak punya mata lebih mulia dari kita yg dikurniakan mata sebab mereka tidak melihat perkara-perkara yg tidak senonoh yg boleh buat hati gelap. mereka juga dikurniakan mata hati yang mampu juga 'melihat' dunia ni. walaupun seringkali kita dengar dari mulut mereka, 'alangkah baiknya jika dapat melihat dunia' tapi jauh di sudut hati mereka, mereka tidak mahu melihat dunia yg sungguh porak peranda ini.

berdasarkan apa yang gua cakap di atas tu, gua bukanlah tidak bersyukur tapi hanya reaksi spontan yg tidak disertakan dengan akal yg panjang. mungkin ada perkara-perkara yg gua tidak mahu lihat sebab boleh buat hati gua tersentap/sedih, tapi gua rasa itu antara cara Yang Esa tunjuk kan gua hakikat. DIA bukan lah manusia yang wujud di depan mata kita tapi kita percaya akan kewujudanNya. mungkin itu salah satu cara Dia bagi pada kita untuk kita renung dan fikir balik apa yg telah ditunjukkan olehNya. tapi harapan gua semoga gua tidak melihat atau TERlihat lagi perkara yg gua tidak mahu lihat dan tak patut lihat sampai boleh buat hati gua 'meraung'. ayat biasa yg sering kita dengar, lebih baik tidak tahu dari tahu, lebih baik tidak nampak dari TERnampak, lebih baik bla bla bla. ada sahaja banding beza kita buat sebab manusia memang tamak dan x reti bersyukur dengan apa yang ada. bila dah jauh dari pandangan mata, barulah terkial-kial nak kejar kan? 

TAK GUNA ADA MATA KALAU TAK TAHU MELIHAT,
                                          TAK GUNA ADA HATI KALAU TAK TAHU MENILAI. . .

No comments:

Post a Comment