Saturday 26 November 2011

MENANG-KALAH

entri gua kali ini adalah ilham daripada kursus gua pagi tadi. ade sorg bekas atlit olahraga ni menceritakan ketika beliau di zaman mudanya dahulu. cerita beliau sangat buat gua tertarik. ok, gua proceed pasal ape yg beliau telah cite dalam kursus tadi. beliau cerita denga penuh semangatnya bagaimana suasananya ketika beliau tewas dahulu. sesampainya beliau di garisan penamat dan beliau dapati beliau tewas. perasaan sedih tu xyah cakap la kan. bila kalah ni memang terasalah letih yang teramat. pada ketika ini beliau sangat mengharapkan seseorang datang menghampirinya dan ucapkan takziah, cuba lagi atau menyedapkan hatinya dengan berkata, sabar ya ianya hanya satu larian. tetapi citanya ketika itu tidak kesampaian apabila semua jurulatihnya mahupun rakan2 sudahpun berada di bas untuk bertolak pulang. alangkah sedih dan kosong hidupnya ketika itu.

beliau menceritakan pulla ketika beliau menang di terbuka ape entah. sampai je kat garisan penamat dan beliau dapati beliau merupakan johan bagi acara itu. gembira tidak terkata. kepenatan tidak lagi dirasai kerana     kegembiraan telah menutup keletihan yg di alaminya. pada tika ini, ramailah yg datang berdamping dengannya untuk ucapkan tahniah. tapi beliau merasakan bahawa jika beliau sedang menang, beliau tidak perlukan sae2 tuk ucap tahniah kepada beliau. ini tidak bermaksud beliau sombong atau bongkak. gua faham je ape yg beliau cuba sampaikan.

berdasarkan cerita bekas atlit itu, kita boleh simpulkan bahawa manusia sememangnya begitu. selalu sahaja menumpang ksenangan orang lain tetapi jarang sekali akan ada dengan kita di kala kita perlukan mereka. jadi, gua rasa anda boleh lah nilai mana sahabat anda. kawan memang kita akan ada ramai. di mana2 pun akan ada kawan tp berapa ramai kawan yg akan ada untuk kita dikala kita perlukan mereka? jadi, kalau lu nampak mmbe lu tgh hepy, jgn lah terasa hati kalau dia tidak bergembira bersamamu tapi hadirkan dirimu buatnya ketika beliau sedang perlukan seseorang disampingnya jika kamu sayang kepadanya. tepuk dada tanya selera. adios!

Friday 25 November 2011

REALITI DI ATAS DAN DI BAWAH

hallo! entri kali ni mengisahkan tentang realiti atas dan bawah. ape yg korg sume paham tentang atas? ape plak pendapat korg pasal bawah? atas tu tinggi dan bawah tu rendah. ke camne? kebiasaannya semua org akan beranggapan 'seronok' berada di atas nie. masalahnya bukan semua orang mampu berada di atas. gua memang x dapat nafikan memang syok duk kat atas nie. boleh tengok setiap benda yang berlaku di bawah. boleh perhatikan segala benda yg berada di bawah sana tu. gua tau memang semua orang teringin nak berada di tempat tinggi kan? tapi nak remind satu perkara je la, jangan mengadu lu gayat bila lu dah berada di tempat tinggi kelak.

realiti di bawah pula camni, setiap orang yg duk di bawah akan mengharapkan yg terbaek dari yg atas dan semestinya yg di bawah tidak akan berhenti mengkritik yang di atas. ada saje yg tidak kena tentang di atas tu. ini tidak betul, itu tidak betul, abeh tu apa yg betul nya? yg di atas pun insan biasa juga seperti yg di bawah dan yg berada di atas pun satu ketika dulu bermula dari bawah juga. xderk orang hidup2 terus boleh melompat kan? kte hidup ni ikot step2 yg betul. 

ATAS : sentiasa bertungkus lumus untuk memastikan pemandangan di bawah kekal cantik dan akan cuba untuk memuaskan hati yg di bawah
BAWAH : sentiasa mengharapkan kesempurnaan dari yg atas dan mudah berfikir negatif tentang yg atas. jika cara yg di atas tidak kena dengan jiwa di bawah, akan mulalah propaganda untuk menjatuhkan yg di atas. 

HIDUP NI BAGAI RODA. ADAKALANYA DI ATAS DAN ADAKALANYA DI BAWAH.


bagi gua pepatah di atas ni sikit pun x lari dari hakikat dan realiti kehidupan. memang ni lah hakikatnya. semua yg di bawah akan merasa duk kat atas jika disusuli dengan ketabahan dan kegigihan. cuma tempoh untuk yg di bawah berada di atas tu je tidak dapat dipastikan. masa yg di atas untuk jatuh ke bawah semula pun akan tiba. mana mungkin semua yg berada di bawah akan berpuas hati dan cuba pertahankan agar yg di atas tu tidak goyah dan teguh berdiri? 

*makin lama dah macam apa dah ayat yg gua guna nie. tp moral dari kisah entah pape nie adalah xyah lah terhegeh2 nak duk kat atas kalau tidak bersedia untuk di jatuhkan. jadi, jgn lah terlalu selesa bila duduk di bawah. buatlah anjakan paradigma untuk berada lebih tinggi. k la, chow!


sebelum gua berjalan, gua merangkak. sebelum gua terbang, gua berlari. 

Thursday 24 November 2011

OMBAK RINDU



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Wednesday 23 November 2011

BILA DIRI DISAYANGI



Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku 
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung, di lembah, di darat, di air
Siapapun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayangmu
Ku berserah diri 


Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung, di lembah, di darat, di air
Siapapun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayangmu
Ku berserah diri 


Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung, di lembah, di darat, di air
Siapapun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Monday 21 November 2011

CINTA ITU?


kali ini gua nak sharing is caring pasal slot CINTA. gua tau cakap pasal cinta je menggeletik anak-anak muda kat luar sana tu. ini hanyalah pandangan dan pendapat gua semata-mata berdasarkan pemerhatian gua. jadi, kalau yang lain tu ada pendapat sendiri terpulanglah. tanpa melengahkan masa, kita proceed kepada tajuk perbincangan kita iaitu C.I.N.T.A

CINTA ITU INDAH
kepada sesiapa yg baru nak kenal cinta gua berani jaminlah akan cakap camni punya. yang buruk pun nampak cantik semacam. xderk la yg xcantik nya. sehinggalah akan terkeluar statement yg 'cinta itu indah'. pernah lu pasan orang yg mabuk cinta ini, segalanya yg mustahil tuk mereka akan jadi tidak mustahil. contohnnya, bila orang selama ini yang bapak segala pemalasnya boleh jadi rajin nak g kelas/kuliah. mana tidaknya, dah awek/balak satu kos/kelas. walaubagaimanapun, ada jugak yg berbunyi . . .


CINTA ITU BUTA
pada gua la kan, cinta itu tidak buta sebaliknya individu itu sendiri yg menjadikan cinta sebagai medium untuk tutup minda mereka. tu yg sampai orang cakap cinta itu buta. kesian kat cinta. cinta x bersalah pun. jadi, nasihat gua, cinta itu berpadalah. xkan lah cinta punya pasal sampai lu dah buta mata kan? xkan membe ngan awek pun lu dah xley nak tentukan mane prioritinya. bagi gua ikut situasilah prioriti tu. 'cinta itu buta' ini selalu digunakan bila balak muka jambu, tapi awek ya rabbi dan begitulah sebaliknya. btw, kita hanya boleh menilai secara zahir je. mereka yg lebih tahu apa yg mereka perlukan dan suka pada pasangan mereka. tu yg kuar statement walaupun 'cinta itu buta' namun 'cinta itu indah'. tapi bila jodoh x panjang orang akan sebut . . .

CINTA ITU DUSTA
manusia biasalah tu. time seronok, semua benda indah je. bila dah jodoh tak panjang, macam2 benda buruk diperkatakan kepada pasangan mereka. gua rasa x salah kalau kedua-duanya berfikiran positif dan anggaplah jodoh mereka tidak panjang. pendek cerita 0-0 lah. jadi, dedua boleh pakat2 cari yg baru plak. haha. time clash ni semua maki hamun akan kuarlah besenya. yg ni salah, yg tu tak betol, yg ni tipu. macam2 lagi lah benda yg kuarnya. btw, gua rasa cinta itu tak menipu tapi individu itu sendiri yang tipu cintanya. haiyark! bila dah clash, terperosoklah individu ini dalam dunia asing baginya. hilangkan stress dengan main game dan sebagainya. tapi bila cintanya berputik kembali akan kuarlah dari mulutnya . . 

CINTA ITU UNIK
kenapa cinta itu unik? mana tak uniknya patah tumbuh hilang berganti katakan. ketika inilah mamat2 yg dahulunya kaki gamers mula keluar dari dunia dia. skunk prioritinya awek baru dia la plak. tapi kalaulah kali ni x jadi lagi macam mana ek? adush... gua sadislah tengok membe2 gua camni. bukan apa, baru je rasa cinta nak berputik kembali tapi cinta itu hilang sekelip mata tuk bersama dengan pilihan yg dinanti2kannya. arrgghh! gua yg tengok ni pun sadis, cmne lah mmbe gua tu ek? hmm... bila jadi mcm ni akan kuarlah 

CINTA ITU SEMPURNA
maksud bg cinta itu sempurna adalah sangat mendalam. bg gua betullah cinta itu sempurna kerana kita akan dipertemukan dengan yg salah dahulu sebelum bersua dengan yg betul. dalam cinta jugak, gua rasa kita akan belajar segalanya. ada kisah ni, seorang mamat rasa hepy setiap kali dia clash kerana beliau fikir beliau semakin hampir dengan jodohnya. tapi bagi gua beliau silap. semua yg bercinta mesti anggap kawen je adalah ending kisah cinta mereka. u're totally wrong bro! yang sebenarnya kisah cinta lu baru nak start. tulah permulaan cerita yang sebenar. tapi filem apa2 pun, kena ada the making of kan? jadi, semua yg lu lalui skunk nie adalah the making of je baru. biasalah tu kalau jumpa yang salah, menyakitkan hati dan macam2 lagi. discover the meaning of true love by yoursef k. adios!

pesanan buat sahabat : gua harap lu tabah bro! bunga bukan sekuntum. dan gua tahu je nak jumpa sekuntum yg memuaskan hati lu pun memang payah.disaat lu rasa dah jumpa, dia plak bla kan? xpe, lu sabar ek. gua ade blakang lu! dalam hal ni xderk sape yg salah. itu memang ketentuan Yang Esa. semoga lu cepat2 jumpa jodoh lu. AMIN . . .

Saturday 12 November 2011

ENTAH

sebenarnya gua xtau nak cakap pasal ape. gua nak start ngan kisah air muka dan apa2 je lah akan berkait dengannya. hahax. air muka seseorang itu telah menggambar segala-galanya. (bukan untuk semua situasi) gua cakap bukan untuk semua situasi semua situasi sebab adakalanya manusia 'bermain' dengan mimik muka untuk mengelirukan makhluk lain untuk tujuan tertentu. gua cakap ni berdasarkan kebiasaan dan memang kebiasaannya air muka yang terpancar pada wajah seseorang itu, telah menceritakan segala-galanya. terpulanglah kepada yang menilainya macam mana sebab secara psikologinya manusia ni sama je.

walaubagaimanapun, kita tidak boleh nak judge semua orang berdasarkan mimik mukanya jugak. mana tau mimik mukanya ketika itu terhasil bukan datangnya dari persekirannya ketika itu. mungkin juga sebab lain. gua bagi contoh la, sekumpulan kawan sedang berseronok di tepi pantai. tidak semena2 salah seorang itu tiba2 je emo semacam. rakan yang ada ketika itu fikirkan macam ada sesuatu yang tidak kena. mungkin mereka rasa ada gurauan mereka yang tidak kena pada tempatnya. tapi, ternyata itu hanyalah dorg punya andaian semata-mata berdasarkan apa yg gua cakap td lah iaitu 'kebiasaan'. 

H-A-K-I-K-A-T
hakikatnya mmbe yg tiba2 emo tu jadi begitu sebab beliau tiba2 terkenangkan sesuatu yg menyelubungi fikirannya dan tu yg terus emo. tapi rakan2 sekeliling ni dah salah tafsir. tapi tu lah manusia. kita memang tidak akan lari dari melakukan kesilapan. mungkin air muka kita boleh baca tapi bukan semudah itu nak baca isi hati manusia melainkan beliau dah 'buka' pintu hati beliau untuk di selami. kadangkala, gua terdetik jugak dalam fikiran gua, adakah gua sudah betul2 mengenali diri gua nie? haih...

BANYAK . . . TAPI . . .  SEDIKIT
pernah tak korg rasa camni? rasa mcam banyak tapi sebenarnya baru je cket. kadangkala gua rasa macam banyak dah bnde yg gua tahu pasal sumthing nie, tapi rupanya baru je hujung kuku je gua tahu pasal bnde tu. tapi tu lah hakikat sebuah kehidupan. makin banyak benda yang kita tahu, makin banyak lagi yg kita tak tahu. sehubungan dengan itu, kita akan cari jalan untuk nak tahu lebih dan lebih! maklumlah manusia, mana pernah nak kurang. semuanya nak lebih. kalau boleh segalanya nak lebih dari orang lain. 

MASIH MAU?
tapi bagi gua semua benda dalam dunia ni dah ada contoh tragedi di depan mata. pasal 'lebih', 'kurang', 'ngam2' semuanya dah ada contoh depan mata. atas kita plak tuk renungkan dan fikir yang mana terbaik tuk kita. kebiasaannya memang la kita nak yg terbaek je. tapi kadangkala yang terbaek tu mungkin kita xley nak 'bawak' kadang2, kita dah tengok dah manusia lain menderita disebabkan sesuatu perkara tu tapi kita nak jugak ambil dan try seolah2 kita rasa kita dah cukup bagus dan yakin seyakin2nya kita xkan jadi seperti mereka. jadi janganlah bersikap tamak. akhir kata dari gua tepuk dada tanya selera. assalamualaikum . . .

Friday 11 November 2011

KEHIDUPAN


Kesenangan yang datang 
Tak akan selamanya 
Begitulah selepas susah 
Ada kesenangan

Seperti selepas malam 
Datangnya siang 
Oleh itu waktu senang 
Jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan 
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman 
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan 
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan 
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan 
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan 
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah 
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya?
Kesenangan yang datang selepas kesusahan 
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Monday 7 November 2011

SELAMAT MALAM




Biarkan berlalu semua kepedihanmu
Lelapkan matamu biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang

Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku



Friday 4 November 2011

UJI-MENGUJI-UJIAN

sempena peperiksaan yang akan berkunjung tiba ini, gua mencari kesempatan untuk mengulas mengenai perkaitanny juga. peperiksaan atau UJIAN. ujian ini kebiasaannya dijalankan untuk MENGUJI sejauh mana kebolehan para penuntutnya, tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun. bagi penuntut ilmu yang berorentasikan ujian, mereka di uji dengan ilmu yg mereka belajar. begitu juga dengan ilmu yang diperoleh bukan secara tidak formal, ia tetap akan diuji untuk mengetahui tahap seseorang itu. contoh paling dekat, pemain bola sepak la. meraka pun semestinya akan mengalami ujian yang sesuai dengan kerjaya mereka.

U-J-I-A-N
ujian ni memang bagus sangatlah sebab kita boleh tahu sejauh mana, setinggi mana, sebagus mana kita dalam sesuatu bidang yg kita ceburi tu. bagi gua, bukan semua benda gua suka di uji. ada perkara-perkara gua sangat tidak suka bila di uji. ia boleh 'pergi' ke arah 'pertikaian' atau 'perkotak-katik' gua. gua rasa ada je orang akan bersependapat dengan gua. mungkin situasi je yang berbeza. gua bagi contoh cket la, contohnya persahatan. gua pantang betol kalau orang cuba menguji persahabatan gua. ia seolah-olah meragui atau sangsi dengan gua. dalam sudut yg lain, ia juga dianggap perkotak-katik dan pertikaikan persahabatan gua. 

M-E-N-G-U-J-I
menguji ini pula ditujukan kepada individu yang meragui gua itu tadi. gua rasa manusia ni tidak pernah berpuas hati dengan apa yang mereka miliki. selalunya mereka tamak (nak lebih je kejenye, tp usaha xnak lebih). jadi, gua menyampah la bila seseorang itu nak uji manusia lain tu tak kena pada tempat nya. lu tau x apa hukum meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya tu? ha... dalam islam definisi untuk apa yg gua tulis tadi tu adalah ZALIM. lu mesti xnak jadi zalim kan? hahax... (jangan serius ngat)

S-E-B-E-N-A-R-N-Y-A
sebenarnya gua pun xtau benda apa yg gua merapu kat atas tu. ni lah namanya symptoms yang akan gua hadapi bila masuknya musim peperiksaan. gua akan di uji. tidak!!! gua tidak suka di uji sebab gua tak nak gagal dalam ujian. tapi gua ni ada plak symptom laen iaitu MALAS. gua ni sangat malas nak stdy ni. tapi gua rajenkan diri jugak sebab gua tidak suka jadi yg TERAKHIR dalam sesuatu kelompok tu. klu gua LAST rase macam LOSER gler! jadi, walaupun gua tidak dapat yg terbaek tetapi biarlah gua ada 'tempat' jugak. hal ini kerana gua paling tak suka nak dengar orang berbunyi belakang gua yg lebih kurang begini 'MEMANG PATUT LA POWN MARKAH DIA MCM TU SEBAB DIA TU PEMALAS!'. in conclusion, gua kena la rajenkan diri cket supaya gua tidak dapat yg TERAKHIR. saja nak merapu sebab boring n xderk modal pown sebenarnya. 

*wish me luck! =)