Monday 21 November 2011

CINTA ITU?


kali ini gua nak sharing is caring pasal slot CINTA. gua tau cakap pasal cinta je menggeletik anak-anak muda kat luar sana tu. ini hanyalah pandangan dan pendapat gua semata-mata berdasarkan pemerhatian gua. jadi, kalau yang lain tu ada pendapat sendiri terpulanglah. tanpa melengahkan masa, kita proceed kepada tajuk perbincangan kita iaitu C.I.N.T.A

CINTA ITU INDAH
kepada sesiapa yg baru nak kenal cinta gua berani jaminlah akan cakap camni punya. yang buruk pun nampak cantik semacam. xderk la yg xcantik nya. sehinggalah akan terkeluar statement yg 'cinta itu indah'. pernah lu pasan orang yg mabuk cinta ini, segalanya yg mustahil tuk mereka akan jadi tidak mustahil. contohnnya, bila orang selama ini yang bapak segala pemalasnya boleh jadi rajin nak g kelas/kuliah. mana tidaknya, dah awek/balak satu kos/kelas. walaubagaimanapun, ada jugak yg berbunyi . . .


CINTA ITU BUTA
pada gua la kan, cinta itu tidak buta sebaliknya individu itu sendiri yg menjadikan cinta sebagai medium untuk tutup minda mereka. tu yg sampai orang cakap cinta itu buta. kesian kat cinta. cinta x bersalah pun. jadi, nasihat gua, cinta itu berpadalah. xkan lah cinta punya pasal sampai lu dah buta mata kan? xkan membe ngan awek pun lu dah xley nak tentukan mane prioritinya. bagi gua ikut situasilah prioriti tu. 'cinta itu buta' ini selalu digunakan bila balak muka jambu, tapi awek ya rabbi dan begitulah sebaliknya. btw, kita hanya boleh menilai secara zahir je. mereka yg lebih tahu apa yg mereka perlukan dan suka pada pasangan mereka. tu yg kuar statement walaupun 'cinta itu buta' namun 'cinta itu indah'. tapi bila jodoh x panjang orang akan sebut . . .

CINTA ITU DUSTA
manusia biasalah tu. time seronok, semua benda indah je. bila dah jodoh tak panjang, macam2 benda buruk diperkatakan kepada pasangan mereka. gua rasa x salah kalau kedua-duanya berfikiran positif dan anggaplah jodoh mereka tidak panjang. pendek cerita 0-0 lah. jadi, dedua boleh pakat2 cari yg baru plak. haha. time clash ni semua maki hamun akan kuarlah besenya. yg ni salah, yg tu tak betol, yg ni tipu. macam2 lagi lah benda yg kuarnya. btw, gua rasa cinta itu tak menipu tapi individu itu sendiri yang tipu cintanya. haiyark! bila dah clash, terperosoklah individu ini dalam dunia asing baginya. hilangkan stress dengan main game dan sebagainya. tapi bila cintanya berputik kembali akan kuarlah dari mulutnya . . 

CINTA ITU UNIK
kenapa cinta itu unik? mana tak uniknya patah tumbuh hilang berganti katakan. ketika inilah mamat2 yg dahulunya kaki gamers mula keluar dari dunia dia. skunk prioritinya awek baru dia la plak. tapi kalaulah kali ni x jadi lagi macam mana ek? adush... gua sadislah tengok membe2 gua camni. bukan apa, baru je rasa cinta nak berputik kembali tapi cinta itu hilang sekelip mata tuk bersama dengan pilihan yg dinanti2kannya. arrgghh! gua yg tengok ni pun sadis, cmne lah mmbe gua tu ek? hmm... bila jadi mcm ni akan kuarlah 

CINTA ITU SEMPURNA
maksud bg cinta itu sempurna adalah sangat mendalam. bg gua betullah cinta itu sempurna kerana kita akan dipertemukan dengan yg salah dahulu sebelum bersua dengan yg betul. dalam cinta jugak, gua rasa kita akan belajar segalanya. ada kisah ni, seorang mamat rasa hepy setiap kali dia clash kerana beliau fikir beliau semakin hampir dengan jodohnya. tapi bagi gua beliau silap. semua yg bercinta mesti anggap kawen je adalah ending kisah cinta mereka. u're totally wrong bro! yang sebenarnya kisah cinta lu baru nak start. tulah permulaan cerita yang sebenar. tapi filem apa2 pun, kena ada the making of kan? jadi, semua yg lu lalui skunk nie adalah the making of je baru. biasalah tu kalau jumpa yang salah, menyakitkan hati dan macam2 lagi. discover the meaning of true love by yoursef k. adios!

pesanan buat sahabat : gua harap lu tabah bro! bunga bukan sekuntum. dan gua tahu je nak jumpa sekuntum yg memuaskan hati lu pun memang payah.disaat lu rasa dah jumpa, dia plak bla kan? xpe, lu sabar ek. gua ade blakang lu! dalam hal ni xderk sape yg salah. itu memang ketentuan Yang Esa. semoga lu cepat2 jumpa jodoh lu. AMIN . . .

1 comment: