Saturday 26 November 2011

MENANG-KALAH

entri gua kali ini adalah ilham daripada kursus gua pagi tadi. ade sorg bekas atlit olahraga ni menceritakan ketika beliau di zaman mudanya dahulu. cerita beliau sangat buat gua tertarik. ok, gua proceed pasal ape yg beliau telah cite dalam kursus tadi. beliau cerita denga penuh semangatnya bagaimana suasananya ketika beliau tewas dahulu. sesampainya beliau di garisan penamat dan beliau dapati beliau tewas. perasaan sedih tu xyah cakap la kan. bila kalah ni memang terasalah letih yang teramat. pada ketika ini beliau sangat mengharapkan seseorang datang menghampirinya dan ucapkan takziah, cuba lagi atau menyedapkan hatinya dengan berkata, sabar ya ianya hanya satu larian. tetapi citanya ketika itu tidak kesampaian apabila semua jurulatihnya mahupun rakan2 sudahpun berada di bas untuk bertolak pulang. alangkah sedih dan kosong hidupnya ketika itu.

beliau menceritakan pulla ketika beliau menang di terbuka ape entah. sampai je kat garisan penamat dan beliau dapati beliau merupakan johan bagi acara itu. gembira tidak terkata. kepenatan tidak lagi dirasai kerana     kegembiraan telah menutup keletihan yg di alaminya. pada tika ini, ramailah yg datang berdamping dengannya untuk ucapkan tahniah. tapi beliau merasakan bahawa jika beliau sedang menang, beliau tidak perlukan sae2 tuk ucap tahniah kepada beliau. ini tidak bermaksud beliau sombong atau bongkak. gua faham je ape yg beliau cuba sampaikan.

berdasarkan cerita bekas atlit itu, kita boleh simpulkan bahawa manusia sememangnya begitu. selalu sahaja menumpang ksenangan orang lain tetapi jarang sekali akan ada dengan kita di kala kita perlukan mereka. jadi, gua rasa anda boleh lah nilai mana sahabat anda. kawan memang kita akan ada ramai. di mana2 pun akan ada kawan tp berapa ramai kawan yg akan ada untuk kita dikala kita perlukan mereka? jadi, kalau lu nampak mmbe lu tgh hepy, jgn lah terasa hati kalau dia tidak bergembira bersamamu tapi hadirkan dirimu buatnya ketika beliau sedang perlukan seseorang disampingnya jika kamu sayang kepadanya. tepuk dada tanya selera. adios!

No comments:

Post a Comment