Friday 4 November 2011

UJI-MENGUJI-UJIAN

sempena peperiksaan yang akan berkunjung tiba ini, gua mencari kesempatan untuk mengulas mengenai perkaitanny juga. peperiksaan atau UJIAN. ujian ini kebiasaannya dijalankan untuk MENGUJI sejauh mana kebolehan para penuntutnya, tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun. bagi penuntut ilmu yang berorentasikan ujian, mereka di uji dengan ilmu yg mereka belajar. begitu juga dengan ilmu yang diperoleh bukan secara tidak formal, ia tetap akan diuji untuk mengetahui tahap seseorang itu. contoh paling dekat, pemain bola sepak la. meraka pun semestinya akan mengalami ujian yang sesuai dengan kerjaya mereka.

U-J-I-A-N
ujian ni memang bagus sangatlah sebab kita boleh tahu sejauh mana, setinggi mana, sebagus mana kita dalam sesuatu bidang yg kita ceburi tu. bagi gua, bukan semua benda gua suka di uji. ada perkara-perkara gua sangat tidak suka bila di uji. ia boleh 'pergi' ke arah 'pertikaian' atau 'perkotak-katik' gua. gua rasa ada je orang akan bersependapat dengan gua. mungkin situasi je yang berbeza. gua bagi contoh cket la, contohnya persahatan. gua pantang betol kalau orang cuba menguji persahabatan gua. ia seolah-olah meragui atau sangsi dengan gua. dalam sudut yg lain, ia juga dianggap perkotak-katik dan pertikaikan persahabatan gua. 

M-E-N-G-U-J-I
menguji ini pula ditujukan kepada individu yang meragui gua itu tadi. gua rasa manusia ni tidak pernah berpuas hati dengan apa yang mereka miliki. selalunya mereka tamak (nak lebih je kejenye, tp usaha xnak lebih). jadi, gua menyampah la bila seseorang itu nak uji manusia lain tu tak kena pada tempat nya. lu tau x apa hukum meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya tu? ha... dalam islam definisi untuk apa yg gua tulis tadi tu adalah ZALIM. lu mesti xnak jadi zalim kan? hahax... (jangan serius ngat)

S-E-B-E-N-A-R-N-Y-A
sebenarnya gua pun xtau benda apa yg gua merapu kat atas tu. ni lah namanya symptoms yang akan gua hadapi bila masuknya musim peperiksaan. gua akan di uji. tidak!!! gua tidak suka di uji sebab gua tak nak gagal dalam ujian. tapi gua ni ada plak symptom laen iaitu MALAS. gua ni sangat malas nak stdy ni. tapi gua rajenkan diri jugak sebab gua tidak suka jadi yg TERAKHIR dalam sesuatu kelompok tu. klu gua LAST rase macam LOSER gler! jadi, walaupun gua tidak dapat yg terbaek tetapi biarlah gua ada 'tempat' jugak. hal ini kerana gua paling tak suka nak dengar orang berbunyi belakang gua yg lebih kurang begini 'MEMANG PATUT LA POWN MARKAH DIA MCM TU SEBAB DIA TU PEMALAS!'. in conclusion, gua kena la rajenkan diri cket supaya gua tidak dapat yg TERAKHIR. saja nak merapu sebab boring n xderk modal pown sebenarnya. 

*wish me luck! =)

No comments:

Post a Comment