Friday 22 June 2012

KEGELAPAN



gelap malam pasti akan terang. hari yang gelap bagiku juga akan terang. bila dan bagaimana hanya terserah kepada YANG MENENTUKAN. aku hanya mampu berdoa. apa yang aku minta hanyalah kesempatan. masa yang aku perlukan untuk mencuci dosa-dosa yang ku lakukan. terlalu ghairah melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibat yang bakal menimpa. semuanya sudah pun terjadi. aku pohon masa. masa tuk ku tebus segala kesilapanku. setiap tingkah yang menyakitimu. setiap perilaku yang keterlaluan. aku harap kau mampu bersabar kerana semuanya akan berjalan dengan lancar. aku yakin dan percaya semua ini akan tamat. aku perlukan sedikit kepercayaan darimu untuk aku bayar segala penat lelahmu itu. aku perlukan kamu untuk melakar kejayaan ini. aku masih perlukan sinar darimu untuk bernafas seperti sepohon pokok yang memerlukan cahaya matahari. pokok yang menjalar ke atas menjejak cahaya. aku sedang melakukannya sekarang. kau ibarat matahari yang hanya boleh ku rasa kehangatannya tapi tidak mampu dicapai olehku. walaupun kadangkala kehangatan yang kau berikan tidak mampu ku tahan tapi aku tetap perlukan dan sentiasa perlukannya. berikan aku kekuatan . . . .




Thursday 21 June 2012

BURUNG


sudah menjadi lumrah burung terbang, ikan berenang, katak melompat dan harimau berlari. jika disekat lumrahnya, ia masih boleh hidup tapi akan hidup dengan tidak gembira. hal ini kerna lumrahnya telah disekat. mereka tidak boleh menjalani kehidupan yang sepatutnya. jadi, jika kita sukakan burung, tidak semestinya perlu diletakkan dalam sangkar. sudah cukup dengan melihat burung terbang bebas dengan gembiranya. jika ada makanan, kita hulurkan. jika burung itu singgah buat sementara, hargailah ia. jangan kau campakkannya dalam sangkar kerna teringin tuk memilikinya. semua yang ada di dunia bukan milik kita. semuanya milik Yang Esa. jika ditakdirkan burung itu milik kita, ia akan datang juga suatu hari nanti. hari itu akan tiba tatkala di keheningan pagi, bunyinya memecah kesunyian. mungkin berada di jendela kamar atau lebih dari itu. siapa tahu? jadi, aku tidak mahu lagi melihat penderitaan haiwan2 ini semata2 untuk kepuasan hati manusia dewasa ini.

lumrah tetap lumrah. ianya tidak boleh diubah. biarkan sahaja burung bebas terbang, biarkan sahaja ikan berenang di lautan. walau sejauh mana ia pergi, akhirnya ia akan tamatkan perjalanannya di tempat yang sepatutnya ia tamatkan. kadangkala, kita perlu korbankan perasaan kita untuk melihat kehidupan lain gembira. aku hanyalah pengembara jalanan. aku akan terus berjalan kehadapan. aku tidak akan berpaling lagi. yang berlalu biarkan berlalu. semuanya seakan-akan menjauhi aku, menjauhi sikapku yang suka 'menyimpan'. aku lakukan kerna sayang tapi mungkin sayangku keterlaluan sehingga buatnya rimas. mungkin juga jemu dan penat dengan sikap burukku. baru aku sedar tiada apa yang boleh disimpan kerna semuanya milikNya. kita hanya mampu melihat dari jauh mengharapkan ia kembali ke pangkuan kita suatu hari nanti. dikala aku hidup, semuanya salahku. mereka semua menjauhiku. tapi aku harap bila aku sudah tiada, mereka akan faham. faham mengapa aku bersikap demikian. aku akan mati dengan tenang jika kau hidup dengan gembira. gembira dengan cara kau. jalan yang kau tentukan sendiri. maafkan ku sang burung kakak tua yang menemaniku saban hari. aku lepaskan kau mulai hari ini. aku tidak ingin lihat kehendak kau tersekat lagi. buatlah apa sahaja kau suka. sesungguhnya aku akan tetap menantimu di jendela kamarku. take care!


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang?
Jawab angin yang goncang
TERBANG BURUNG TERBANG
Patah sayap diduga
SEANDAINYA REBAH
KU MASIH ADA


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang?
Jawab angin yang goncang
TERBANG BURUNG TERBANG
Patah sayap diduga
SEANDAINYA REBAH
KU MASIH ADA


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
TERSERAH ATAS PILIHAN
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok...