Thursday 3 April 2014

Sejarah

Gua tiba2 rasa nak kupas pasal sejarah sebab ramai yg suka sembang pasal sejarah. Sejarah ni penting ke tak penting sebenarnya?

Asal petik yang semasa, orang nak jugak tercuit, terkait dgn sejarah. Kalau sejarah ni xpenting, kenapa seringkali terucap di bibir manusia? Kalau penting sangat sejarah ni kenapa perlu hina atau terlalu mengagungkan sejarah lampau.

Hina sejarah.
Contoh hina sejarah adalah apabila manusia seringkali menceritakan benda buruk yg sudah berlaku tidak kira membuka pekung manusia dan sebagainya demi memuaskan hati sendiri.

Agungkan sejarah.
Contoh agungkan sejarah apabila terlalu taksub dgn kejayaan lampau sehingga tidak terkesan dgn prestasi semasa. Biasanya orang akan akui diri mereka sgt bagus dlm sesuatu bidang tersebut utk tempoh masa dahulu dan kini tidak lagi. Adakah ia mampu mengubah situasi semasa dgn asyik agungkan bnda yg lampau??

Acuan terbaik adalah gabungkan kedua-duanya.
Sejarah adalah sebagai rujukan kita sebenarnye. Sejarah yg baik adalah utk dikekalkan dan ditambah baik bukannya utk di agungkan. Sejarah yg buruk perlu diingat supaya kita tidak lagi tercampak atau tergolong dlm sejarah buruk yg pernah kita alami. Coretan yang berkisar tentang diri aku sendiri dan buruknya dtg dr diri aku juga. Yang hanya ilham yg dipinjamkan kepadaku. Sekian.