Sunday 29 April 2012

BAHTERA


di dalam kedinginan malam ini buat gua tergerak hati untuk mencoret sedikit keresahan dalam alam maya yang tidak berpenghuni ini. sejenak gua rasa seakan-akan begitu sunyi. gua rasa seperti hanya gua sahaja yang hidup dalam dunia ini. gua rasa bagai semua makhluk seakan-akan cuba menjauhi gua. kalau gua adalah pokok, mereka semua ibarat dedaunan yang kekeringan gugur meninggalkan gua. jikalau gua nakhoda bahtera, kelasi-kelasi semuanya sudah turun dipelabuhan sebelumnya dan biarkan gua di atas bahtera gua seorang diri. bahtera yang gua bina kian karam namun gua masih berada di atasnya menanti lemas bersamanya. masih ada sekelumit keyakinan yang bahtera itu akan pulih kembali seperti sediakala. gua pasti gua tidak akan mati kelemasan kerna ajal gua masih belum tiba. kedengaran laungan menyeru kearah kebangkitan tetapi ianya hanya sayup meniti di cuping telinga. sekeping hati yang tinggi azamnya ini menggeletar kerna takut. takut jika jasad ini jatuh dan tidak mampu untuk bangkit mengatur langkah. jika inilah hakikatnya, apakah makna pengorbanan gua selama ini? adakah ianya satu kerja yang sia-sia? adakah ini hanya secebis ujian untuk gua hadapi? hanya masa akan menentukan semuanya. gua pasti takdir yang tertulis buat gua adalah kejayaan. tunggu kebangkitan gua. gua pasti bangkit! gua pasti! mungkin ianya mengambil masa untuk gua kembali namun selepas gua bangkit tidak akan lagi gua rebah. tunggu dan lihat.

Sunday 1 April 2012

PERGINYA SEORANG TEMAN


hati ini serba tak kena dan tidak ku ketahui sebabnya.
setelah berjam-jam aku cuba untuk fikir atas sebab apakah aku gundah gulana seperti ini?
ada apa lagi yang masih tidak selesai?

semua kerja buat ku tidak kena.
aku tercari-cari apa disebalik semua ini.
masih mencari dan mencari.

jam menunjukkan pukul 12 pagi.
1 april 2012
kebiasaanya kita akan selalu dengar
APRIL FOOL

i felt very fool!
u know why?
bcoz i didn't know what the probs.

apabila aku bukak je laptop
aku rasa nak atas talian muka buku (on9 fb)
aku tgk bersepah-sepah status yang lebih kurang samanya

baru aku tahu kenapa aku rasa gelisah sepanjang hari!
aku sudah kehilangan seorang teman yang beri aku seribu makna dalam hidup ini
teman yang cekal hatinya ketika dalam masalah (walaupun kuat touching n emo orgnya)

aku rasa tersentap padahal aku sudah pun tahu berita pemergiannya petang tadi
aku sudah boleh agak asbab nya beliau pergi
tuhan lebih sayang kan beliau

kali terakhir aku melihat arwah adalah ketika ziarah rumah arwah
ketika beliau kemalangan yang menyebabkan beliau kehilangan
kehilangan teman hidupnya

aku sangat kagum dengan beliau kerana masih mampu tersenyum
beliau sangat cekal untuk menghabiskan sisa-sisa hidup beliau
meneruskan hidup beliau seperti manusia lain

aku baru je berniat tuk bertemu beliau kerna sudah lama tidak bersua
sudah lama tidak bergurau senda
sudah lama tidak mendengar gelak tawanya yang buat ku selesa

sahabatku, kini kau telah pun pergi meninggalkan aku buat selamanya
semoga roh kau dicucuri rahmatNya
sekalung takziah dan iringan Al-fatihah ku hadiahkan buat temanku

ROHAIZAT BIN BAKARI yang selamat pulang ke rahmatullah
31/3/2012
SABTU