Sunday 29 April 2012

BAHTERA


di dalam kedinginan malam ini buat gua tergerak hati untuk mencoret sedikit keresahan dalam alam maya yang tidak berpenghuni ini. sejenak gua rasa seakan-akan begitu sunyi. gua rasa seperti hanya gua sahaja yang hidup dalam dunia ini. gua rasa bagai semua makhluk seakan-akan cuba menjauhi gua. kalau gua adalah pokok, mereka semua ibarat dedaunan yang kekeringan gugur meninggalkan gua. jikalau gua nakhoda bahtera, kelasi-kelasi semuanya sudah turun dipelabuhan sebelumnya dan biarkan gua di atas bahtera gua seorang diri. bahtera yang gua bina kian karam namun gua masih berada di atasnya menanti lemas bersamanya. masih ada sekelumit keyakinan yang bahtera itu akan pulih kembali seperti sediakala. gua pasti gua tidak akan mati kelemasan kerna ajal gua masih belum tiba. kedengaran laungan menyeru kearah kebangkitan tetapi ianya hanya sayup meniti di cuping telinga. sekeping hati yang tinggi azamnya ini menggeletar kerna takut. takut jika jasad ini jatuh dan tidak mampu untuk bangkit mengatur langkah. jika inilah hakikatnya, apakah makna pengorbanan gua selama ini? adakah ianya satu kerja yang sia-sia? adakah ini hanya secebis ujian untuk gua hadapi? hanya masa akan menentukan semuanya. gua pasti takdir yang tertulis buat gua adalah kejayaan. tunggu kebangkitan gua. gua pasti bangkit! gua pasti! mungkin ianya mengambil masa untuk gua kembali namun selepas gua bangkit tidak akan lagi gua rebah. tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment