Tuesday 30 August 2011

SYAWAL TIBA SETELAH RAMADHAN PERGI...

selamat hari raya diucapkan kepada semua yg mengenali diri ini. semoga syawal ini memberi makna kepada kita semua. gua menyusun 10 jari (kalau boleh nak susun 20 sekali ngan jari kaki) atas kesilapan yg dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. walaubagaimanapun, gua pasti akan kenang keistimewaan ramadhan yg telah berlalu itu. diharapkan semoga gua bertemu lagi dengan ramadhan yg akan datang. ramadhan tahun ini adalah yg paling bermakna sepanjang hidup gua. gua akan merindui setiap saat dalam ramadhan yg telah gua lalui tahun ini.


sekali lagi gua ucapkan selamat hari raya. tidak mampu gua coret dalam bentuk tulisan tentang perasaan gua yg bercampur baur. gua sentiasa menanti kejutan setiap kali ramadhan menjelma. tahun ini gua dianugerahkan dengan begitu banyak kezutan. gua hanya mampu berterima kasih kepada Yang Esa kerana Dia yg memberikan gua kebahagiaan yg mungkin tidak boleh dibeli kat 7E sekalipun. gua rasa cukup lah setakat ini coretan gua sebab jam dah menunjukkan pukul 6.10 pagi. gua kena dapatkan tidur walaupun sekejap tuk pastikan gua bertenaga menyambut aidilfitri hari pertama ini. i luv u all =)


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 



Irama rindu bersama sendu
Di dalam rasa pengabdianmu
Pada Tuhanku Yang Maha Satu
Dan Maha Tahu dirimu itu


Datanglah cinta bersama ria
Di dalam jiwa sempurna akal
Dari Tuhanku Yang Maha Satu
Yang Maha Tahu diriku ini


Lalu kita semua pun bangkit segera
Untuk menyusun semula
Kasih sayang (diisi?)...
Sebenar-benarnya kasih sayang kita
Satu untuk semua...


Selamat Hari Raya
Moga doa dan solat
Kita mendapat kemenangan


Selamat Hari Raya
Moga kemenangan
Kita dapat restu dan berkat 

Monday 29 August 2011

SESUATU YANG BERBEZA



Saat ku lihat senyum manismu
Ada sesuatu yang tak bisaku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu

Satu keinginan  terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cintaku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
Yang singgah dan pergi meninggalkanku
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cintaku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
BY SOFAZ

Sunday 28 August 2011

RINDU??

haih...... (keluhan dari dalam hati) gua mengeluh kerana tidak bisa faham dengan diri sendiri. gua tidak bisa mengerti perasaan gua sendiri. gua rasa serba salah dan rasa seolah-olah ada yg tidak kena dengan diri gua. gua rasa macam.... ermmm... rindu??? biar gua rungkaikan sedikit definisi rindu dari sumber2 tertentu.

definisi rindu : adalah ungkapan perasaan yg timbul di dalam hati. menimbulkan erti kata lain yg bermaksud keinginan untuk bertemu, untuk melihat, untuk mendengar, untuk merasa kepada objek tertentu, kepada yg di alu-alukan, yg di damba dan dipuja.

*definisi yg gua petik dari internet. tak tahu lah tahap kesahihannya. hehe

-----------------------------------------------------------------------------------

gua cuba buat2 tenang tapi di sebalik jasad yg tenang, kekusutan berselindung di balik hati yg kecil yg memegang semua rahsia. hurmm... gua memang boleh tipu seluruh dunia dengan mulut gua tapi gua memang tak boleh nak tipu hati gua. bila mulut gua menutur bahasa yg bukan datang dari hati, hati gua memberontak. hati gua suruh tuturkan apa yg sepatutnya tapi apakan daya gua tidak segagah itu untuk melafazkannya. lidah terkelu setiap kali cuba untuk melafazkannya. ungkapan yg sangat pendek tapi sukar untuk dilafazkan. sangat ajaib bila bermain dengan perasaan. haih.. dah la, tangan dan jari-jemari gua pun automatik terketar-ketar tuk tulis benda2 aneh ni...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Di dalam hatiku selalu tersimpan,
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali?
Masihkah ada ruang di dalam hatimu?
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali?
Masihkah ada ruang di dalam hatimu?

Untuk bisa menjagai hati ini tuk selama-lamanya. . .

*lirik lagu Bila Esok by Sofaz (gua edition)

Saturday 27 August 2011

HANYA


Kasih aku ingin,
Menjadi bintang-bintang malam mu,
Temani kamu
Kasih aku ingin
Jadi separuh dari nafas mu
Dan jiwa mu
Dan aku serahkan hatiku untukmu
Dan aku relakan kasihku untukmu
Hanya ingin ada dihatimu selalu
Hanya ingin aku cinta mu yang satu
Hanya ingin ada disamping mu selalu
Hanya ingin jadi terbaik buat mu
Dan aku serahkan hatiku untukmu
Dan aku relakan kasihku untukmu
Hanya ingin ada dihatimu selalu
Hanya ingin aku cinta mu yang satu
Hanya ingin ada disamping mu selalu
Hanya ingin jadi terbaik buat mu
Hanya ingin ada dihatimu selalu
Hanya ingin aku cinta mu yang satu
Hanya ingin ada disamping mu selalu
Hanya ingin jadi terbaik buat mu

MIMPI

FAKTA : 1/3 dari kehidupan manusia dipenuhi dengan waktu tidur. secara umumnye, mengikut perspektif islam, umur manusia kebiasaannya dalam lingkungan 60 tahun. jadi, 20 tahun daripadanya kita habiskan masa untuk tidur. namun, ia bukanlah perbuatan sia-sia kerana ada manfaatnya yg tersendiri. antaranya adalah memastikan kadar metabolisma tetap stabil. jika seseorang itu tidak tiur selama 72 jam nescaya akan mengalami gangguan psikotik. dengan tidur juga kita dapat mengakses 2 dunia antara fenomena dan abstrak. itulah yg digelar MIMPI...

tu fakta dari cendekiawan. . . gua ada jugak pendapat dan tafsiran sendiri. bagi gua mimpi ni terhasil dikala kita terlalu memikirkan sesuatu benda itu. selain itu, mungkin sebab sesuatu peristiwa itu memberi impak atau makna besar dm hidup kita yg membuatkan terbawa-bawa ke alam mimpi kita. mimpi boleh jadi baik mahupun buruk. kalau mengikut kata2 orang lama pula, mimpi ini hanyalah mainan tidur. mimpi yg buruk membuatkan kita akan terjaga lebih awal dari yg sepatutnya manakala mimpi yg indah buat kita nak teruskan penerokaan alam fantasi itu.

gua memang suka bermimpi. walaupun orang cakap mimpi tu xkan sama sekali akan menjadi kenyataan tapi gua yakin, semua itu kuasa tuhan bukan? mungkin mimpi kita akan jadi kenyataan, xmustahil...tp maksud gua tu mimpi yg logik lah. xkan lah mimpi jadi ultraman akan jadi kenyataan plak kan?

mimpi dan angan2 adalah bnde yg berbeza. angan2 ni adalah sesuatu yg selalu kita fikirkan ketika kita sedar. mimpi adalah fenomena yg berlaku ketika kita sedang tidur. ade sekali tu gua mimpi kawen atas bot pastu menuju ke masjid terapung di atas tasik. gua dan tuan puteri tu mengenakan sut pengantin warna PUTIH. sumpah berseri-seri je tengok. agak stylo la naek bot, pastu menuju ke masjid terapung. tapii..... mana ada masjid terapung atas tasik seperti dalam mimpi gua tu kat malaysia nie. kalau ikot logik akal, mmg logik je kan? tp klu ikot minda sedar, gua kena sedar diri la, gua ni sape lah untuk disanding kan dengan 'tuan puteri' tu. haih (keluhan dari dalam hati)

btw, tu sume mimpi ok. kalau mimpi yg realistik, anda semua boleh kejar sebelum ianya terlepas. tp jgn sesekali nk samekan dgn mimpi aneh gua tu. gua xpasti perlu kejar ke x mimpi gua tu sbb ianya seolah2 mcm mementingkan diri sendri la plak. tp yg pasti gua nk tgk senyuman 'tuan puteri' mcm dalam mimpi gua yg sgt manis tu. walaupun beliau akan tersenyum bukan sebab kawen ngan gua. byk care lg boleh buat beliau tersnyum kan. senyuman beliau dah ckup buat gua...

**********************************************************************************

inginku lukiskan nota-nota
laguku mengikut rentak kita
dengarkan suara mimpiku bertemakan namamu
senantiasa selalu. . . 



Wednesday 24 August 2011

KALAU

kalau ini adalah ramadhan terakhir bagiku, aku tetap bersyukur kerna ramadhan ini paling bermakna buatku.
kalau ini adalah coretan terakhir bagiku, aku bersyukur kerana diberi kesempatan olehNya bertemu dengan seseorang yg sgt bermakna bagiku.
kalau seseorang yg bg ku sungguh bermakna ini bukan jodohku, aku bersyukur kerana beliau mengajar aku erti kegembiraan, berjaya mengukir senyuman di wajahku.
kalau aku tidak mampu tersenyum lagi, semua kenangan tentangnya akan tetap terpahat di hati.
kalau hati ini menangis kerana aku bukan terpilih untuk menjadi pembimbingnya, aku tetap akan bersyukur kerana diberi peluang berkenalan dengannya.
kalau setiap manusia diberi peluang untuk meminta apa sahaja yg akan dimakbulkan, aku akan minta untuk bersamanya.
kalau ada satu hari lagi ruang dan waktu yg ku miliki, akan ku tamatkan sisaku ini dengannya.
kalau ada satu hari lagi, segala ku curah adalah janji.
kalau aku diberi peluang untuk bersamanya, akan ku cuba untuk ukir sejuta senyuman di wajahnya kerna itulah yg bisa buat aku bahagia.
kalau senyuman yg terukir di wajahnya kerana diriku, aku pasti akulah manusia yg paling bahagia dalam hidup ini.
kalau orang berbicara tentang impianku, aku pasti inilah impianku. impianku hanyalah KAMU.

sesungguhnya kamu hadir bagaikan cahaya,
sesungguhnya kamu hadir tanpa aku sedari,
sesungguhnya kamu beri aku sebab untuk terus melangkah,
sesungguhnya kamu beri aku sebab untuk terus berlari,
sesungguhnya kamu mengajar erti sebuah senyuman,
sesungguhnya kamu mengajar erti kekuatan,
sesungguhnya kamu bisa tinggalkan kenangan terindah,
sesungguhnya kamu bisa tinggalkan diriku juga.

*aku perlukan mu walaupun aku tahu kamu tidak memerlukan ku


Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup




Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu



Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Tuesday 23 August 2011

NIKMAT




Gua pasti bila berbicara tentang NIKMAT semua akan sembang faham dan tahu sedangkan tidak semua yg begitu bersyukur dengan NIKMAT. bagi gua NIKMAT dapat didefinisikan sebagai ANUGERAH/KURNIAAN. mungkin la kot. gua ni bukan lah handal sgt dlm bahasa ni. tp sebab ni blog gua suka hati gua la nk tulis apa pown kan? HAHAHA


gua tertarik nak tulis tentang NIKMAT ni setelah gua tengok satu video ni dimana seorang OKU membuktikan beliau boleh berjaya dalam hidup. hidup beliau sangat menyusahkan ibu beliau yg bertindak juga sebagai bapa beliau. itulah ibu itulah bapa. walaubagaimanapun, ibu beliau tekad untuk memberikan pendidikan dan keperluan secukupnya seperti insan laen yg berhak memperolehinya. walaupun si OKU tu cacat pada zahirnya, tapi HATI beliau masih SEMPURNA, masih boleh menilai antara kaca dan permata. beliau sedar bebanan diri beliau yg dipikul ibu beliau. oleh sebab itu, beliau tekad belajar dan belajar dan hasilnya, beliau mendapat UPSR 4 A 1 B. mmglah bukan semua A tp dengan keadaan beliau yg sgt menyedihkan tu, beliau mampu 'berdiri' sama tinggi dengan pelajar yg cukup sifatnya.


kata2 beliau yg buat gua agak tersentap adalah 'walaupun sy cacat tp sy cuba sedaya upaya saya untuk berjaya sbb sy nak ibu sy bgga dengan sy walaupun keadaan sy mcm ni. ingatlah, nikmat yg diberi tuhan sentiasa adil. walaupun sy tiada nikmat selengkapnya tp Dia bg sy nikmat yg org lain xdapat. dan kpd yg lain, bersyukur dan gunakan nikmat yg dikurniakan sebaik2nya kerna ianya boleh ditarik balik bila2 masa'


**********************************************************************************


ramadhan hampir melabuhkan tirainya. mungkin gua bukanlah insan terpilih untuk bertemu 'laila' tp tidak mengapa. mungkin itu buat gua sedar akan kelemahan diri dan beri gua peluang untuk muhasabah diri. walaubagaimanapun gua bersyukur kerana ramadhan kali ini memberi gua makna yg cukup besar. banyak anugerah dariNya yg diberikan kpd gua yg kerdil lg hina ni. gua rasa sgt sedih bila ramadhan semakin tiba ke penghujungnya sebab gua xpasti gua akan bertemu lagi dengan ramadhan pd tahun berikutnya. hurmmm... byk perkara aneh berlaku pd diri gua sejak 2 menjak ni. walaupun aneh, tp ada nilai sentimentalnya yg tersendiri. gua buat apa yg gua xpernah buat, gua jgak dapat apa yg gua nak seolah2 mcm Dia dengar rintihan hati gua. setelah bertahun2 gua pendam, baru tahun ini akan termakbul. BELIAU sememangnya ADIL LAGI SAKSAMA. BELIAU akan perkenankan doa kita tp antara cepat atau lambat sahaja. tapi makin lambat kita dapat satu benda tu makin syok sebab. . . itulah yg dikatakan NIKMAT. mama gua ada cakap YANG SENANG ITU MUDAH, YANG SUSAH ITU PAYAH. mungkin nmpak mcm kiasan bodoh sahaja tp ia menjadi salah satu tali yg gua pegang untuk meneruskan hidup ni. kebiasaannya kita akan hargai benda yg susah dapat berbanding bnda yg boleh dikutip tepi jalan. itulah NILAI dan semestinya NIKMAT. bersyukurlah bila lu masih boleh ketawa, menangis, suka, duka kerana semua itu adalah NIKMAT yg x boleh dibeli di mana2 kedai sekalipun. 

Saturday 20 August 2011

KEPUTUSAN!

KEPUTUSAN SESUATU YG SUKAR DIBUAT OLEH GUA!!!

ha... kali ni gua nak kongsi pasal keputusan. bagi gua antara perkara yg paling susah tuk gua buat adalah KEPUTUSAN. sebab.... setelah KEPUTUSAN dibuat, mungkin kita hanya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yg akan berlaku. jika nasib kita baik, baik lah yg akan menyusul, jika nasib tidak menyebelahi kita pula, hanya mampu berserah pada Yang Esa...

siapa berani angkat tangan dan akui beliau sangat senang untuk membuat keputusan dalam hidup ni? dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara, untuk membuat sebarang keputusan pasti akan buat hati serba tidak kena. keputusan yg bakal merubah hidup anda secara menyeluruh juga akan buat anda bingung. walaupun sudah membuat keputusan setelah dikaji selidik dari orang2 terdahulu pown, pasti akan tetap terfikir akan jalan yg tidak dipilih itu. sebab tu lah pak cik Robert Frost muncul dengan poem beliau yang bertajuk THE ROAD NOT TAKEN!

gua sememangnya insan yg lemah dalam serba serbi. membuat keputusan antara yg paling gua lemah. DAN SEKARANG~~~ hurmmm, gua perlu buat keputusan tu dengan segera. masa masih ada tapi selagi keputusan tidak diputuskan, gua akan terus dan terus berfikir. hati gua akan sentiasa gundah gulana memikirkan perkara yg perlu gua putuskan dengan segera itu.

FAKTA: 
1) kadangkala, kita perlu 'korban'kan semua orang yg ada disekeliling kita (yang bermakna buat kita walaupun kadangkala buat kepala otak serabut) demi SEORANG YG KITA SAYANG. 'korban' yg cuba gua maksudkan itu begitu tersirat. terserahlah pd sesiapa untuk menilainya. 
2) kadangkala, kita perlu abaikan seseorang yg kita sayang itu, demi semua orang yg lebih perlukan kita. (walaupun jauh disudut hati gua berat untuk melepaskan insan yg gua sayang)

berdasarkan fakta diatas, tercetuslah PRIORITI...
setelah direnung, difikir, dikaji sedalam2nya, gua masih akan keliru yang mana satu PRIORITI gua. gua sangat KELIRU sekarang ni. KEKELIRUAN yg membuat gua serba tidak kena. DITELAN MATI MAK, DILUAH MATI BAPAK. mungkin ini pepatah yg paling sesuai buat situasi gua. TAPI, disebalik KEPUTUSAN ini pula, gua mengharapkan PELUANG. gua tidak diberi PELUANG tetapi masih mencari PELUANG. jika gua sanggup 'korban'kan orang yg gua sayang, semata2 untuk manusia2 yg masih perlukan gua, mungkin gua akan berpuas hati kerana kepuasan gua membuat semua orang gembira. TAPI mungkin gua akan menyesal seumur hidup sebab gua bakal 'hilang' insan yg gua sayang. tapi jika gua memilih jalan yg sebaliknya, mungkin gua akan rasa bertuah sebab gua masih berPELUANG untuk bersama dengan insan yg gua sayang(walaupun gua xtahu beliau sayang gua ke x?). TAPI mereka2 yg meletakkan harapan yg tggi pada gua pula akan terkilan dengan sikap gua. tapi bagi gua lah, kalau mereka betul2 hargai gua, mereka perlu hormati keputusan gua kan? gua tak pernah penting kan diri gua, gua selalu dahulukan orang lain dahulu sebelum gua. tapi kali ni gua minta PELUANG SEKALI je untuk semua ni. bagi gua PELUANG. TAPI... bukan mereka tidak beri gua PELUANG tapi gua sememangnya tidak berPELUANG. bukan mereka enggan memberi tapi, situasi yg meletakkan semuanya ATAS KEPALA gua! 

sekarang, semuanya masih tergantung tidak bertali. selagi tidak menemui titik noktah, selagi itulah semua ini akan membelenggu fikiran gua. perkara ini perlu diputuskan dengan segera! ya dengan segera!!! dalam masa yg sama gua tetap akan BERKERAS untuk MENCARI PELUANG walaupun ianya SENIPIS KULIT BAWANG sahaja yg MUNGKIN ada untuk gua. hurmmm... gua xnak diselubungi PENYESALAN kelak! gua xnak menyesal! gua xsuke menyesal! gua xske!!!!!!!!! bila PENYESALAN berkunjung di HATI ini, perkataan SEKALI LAGI sudah tidak boleh diterima sebab ianya sama sekali tidak akan berlaku. YA ALLAH KAU ANUGERAHKAN PELUANG DIKALA AKU KESEMPITAN. AKU MEMOHON PETUNJUKMU YA ALLAH. . . .

MUNGKINKAH AKAN TERJADI??? 
bila gua buntu, gua akan pejam mata dan cuba ikut kata hati gua. hati gua cakap, kali ni memang gua terpaksa korban semuanya untuk SEORANG. yes! ALL FOR ONE. gua memang xnak hilang SEORANG ini walaupun terpaksa korbankan SEMUAnya. mungkin hari ini akan ada yg cakap gua bodoh! bangang! bahlul! tapi terserah pada mereka yg tidak bisu untuk berbicara. gua hanya ada 2 tangan dan mungkin hanya 2 mulut yg mampu gua tutup. yang lain, hnya mampu membiarkan mulut itu 'menyalak'... ya gua yakin dan pasti, gua perlu SEORANG ini. (walaupun gua xpasti sejauh mana beliau perlukan gua). gua masih ingat satu hadis ni, JANGANLAH KAMU BERKATA2 SELAGI KAMU TIDAK DIUJI. mungkin kali ini giliran gua, giliran yg lain pula akan menyusul. percayalah. percayalah. percayalah!!!

*gua hampir pasti dengan KEPUTUSAN gua tapi mengharapkan PELUANG yang datang bergolek depan mata.

Friday 19 August 2011

HATI OH HATI!

isu kali ni gua nak kupas pasal HATI. HATI manusia begitu mudah dibolak-balik. mungkin bg sesetengah orang, hati mereka mudah dibaca tp sbb tu gua cakap sesetengah. bukan semua perbuatan, tindak-tanduk seseorang itu datang dari HATI nya. mungkin perbuatan itu berlaku secara spontan dek situasi yg memaksa beliau. siapa tahu???

sebelum gua pergi dengan lebih lanjut, gua nak semua sedar bahawa seseorang lelaki itu akan bangga dan bongkak dengan 3 perkara dalam dunia ini. 'mereka' adalah :
1. harta
2. kuasa
3. perempuan/wanita

sememangnya lelaki juga adalah insan biasa yg sering terleka dengan permainan duniawi. bg sesetengah lelaki, apabila 3 perkara ini kemas dalam genggaman, mereka beranggapan semuanya sudah lengkap. sehubungan dengan itu gu anak kupas tentang 3 perkara diatas dan perkaitannya tentang HATI.

gua tahu 3 perkara di atas tidak begitu susah untuk dimiliki. banyak kaedah yg boleh diguna pakai bg memastikan 3 perkara di atas berada kemas dalam 'genggaman'. tapi kepada semua lelaki dan jejaka, gua bercakap berdasarkan pemerhatian dan pengalaman depan mata yg secoit ni. HARTA boleh diperoleh dengan perlbagai cara. apabila kebijaksanaan + ketekunan nescaya HARTA yg melimpah luah juga akan terhasil.


 KUASA pula adalah sangat realistik jika seseorang lelaki itu memiliki ketokohan dan sifat kepimpinan yg tinggi dalam diri mereka. namun, kpd yg tiada sifat kepimpinan yg tggi dalam diri, usah khuatir kerana kepimpinan masih boleh dibentuk. atas hendak ataupun tidak. ilmu dalam kepimpinan juga amat penting. 3 perkara seorang pemimpin perlu menitik beratkan iaitu TINDAKAN, PERTIMBANGAN dan KEPUTUSAN yang sentiasa BETUL!


WANITA/PEREMPUAN pula terlalu mudah untuk diperoleh hanya berbekalkan dengan HARTA semata, anda boleh dapati mereka dengan mudah. tp perlu ditekankan disini, bukan semua WANITA lu boleh dapat macam tu je. CINTA xboleh dibeli dengan wang ringgit. kalau lu IKHLAS sekalipun belum tentu WANITA itu lu punya bro! walau lu boleh keluar 24/7 dengan beliau sekalipun, lu boleh pasti ke yg HATI beliau ada kat lu???  mungkin pada ZAHIRnya orang beranggapan beliau milik lu tp lu pasti HATI dia dah bg kat lu??? mungkin JASADnya bersama lu, tp HATInya??? lu tahu??? bila gua keluar statement mcm ni gua pasti semua yg sedang hangat brcinta tu pown akan berfikir panjang. gua berani kerat jari, MENAWAN BENUA dan MENCIPTA TENTERA seramai mungkin lagi mudah dari MENAWAN HATI seorang WANITA. jadi, kesimpulan mudah yg boleh dibuat berdasarkan cerita dongeng gua ni, HATI seorang WANITA lebih payah untuk diTAWAN berbanding SATU MALAYSIA ni. gua bercakap berdasarkan pengalaman gua. lu punya pengalaman, ikut lu la. HAHAHA. =)

Tuesday 16 August 2011

M.A.A.F

gua tertarik untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai salah satu teka-teki Imam Al-Ghazali. beliau pernah bertanyakan soalan ini kepada anak muridnya, 'apakah yg paling tajam dalam dunia ini?' rasanya semua sedia maklum bahawa lidah adalah jawapan bg soalan tersebut. LIDAH!

ya tanpa LIDAH manusia tidak boleh bertutur dengan baik. dengan kurniaan nikmat LIDAH juga lah manusia mampu merasa nikmat MANIS,MASAM,MASIN,TAWAR dan sebagainya. gua rasa korg lebih arif dlm hal ni. LIDAH adalah salah satu pancaindera yg dikurniakan illahi. fungsi lidah selain bertutur@berkomunikasi, ia juga diguna untuk berzikir, (kalau korg berzikir). selain itu, tidak lain dan tidak bukan, semestinya mencarut (pada yg tidak tu xperlulah nk emo bace statement ni). amboi...panjang sangat la plak gua punya intro. sebenarnya gua cuma nak cakap pasal perkaitan dgn LIDAH ni, tidak lain tidak bukan lebih sinonim dipanggil MULUT. mulut murai, mulut tempayan, mulut manis, mulut longang, mulut celupar, mulut macam2 lg lah.

mulut memang digunakan untuk bercakap. gua berani jamin lah mesti lu akan demam nya kalau lu x bercakap seminggu. masing2 nak bercakap je keje nya. berfaedah atau tidak apa yg dicakapkan tu belakang kira, asalkan lu dapat bercakap. kalau x berfaedah sekalipun tidak mengapa jika tidak menyakitkan hati org lain. yg gua bengang nya bila lu bercakap x fikir hati dah perasaan org lain. lu ikir diri lu je. memang lu seorang yg jual ikan. (selfish) gua ni xderk lah baik sgt dan gua pasti gua sendiri pun tidak dapat lari dari ketelanjuran kata. tp gua cuba! cuba berubah ke arah yg lebih baik dari hari ke hari. gua hairan, manusia sekarang kalau bercakap, memang MUDAH. maklumlah modal AIR LIUR. tp nak buat tu yg SUSAH. bila dah terlanjur kata, baru lah nak fikir baik adakah apa yg dituturkan itu melampau atau tidak. pastu gua pasti bg orang yg rasa terlanjur kata ni, jalan mudah bagi mereka adalah MAAF,AMPUN dan sebagainya lah. 

tapi ingat ucapan MAAf bukan semudah itu diterima oleh orang yg telah lu lukai. hati ni begitu lembut. selembut kulit bayi. mungkin?...  kalau lu nak cakap pape cubalah fikir baik2. jgn lah ckp ikut sedap mulut lu je. jgn expect semua org boleh terima lu punya pertuturan tu. bila dah fikir2 balik dan lu rasa dah terlanjur kata baru lah terhegeh2 nk minta maaf bagai. moral of da story, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. gua nak pesan satu je, MAAF bukan semudah seperti yg diungkapkan. MAAF membawa maksud dan makna yg tersirat jika diteliti. ya, maaf. gua pun nak minx maaf andai cetusan gua ada menyentuh mana2 sensitiviti. MAAF.AMPUN.SORRY.FORGIVE ME...


Monday 15 August 2011

SAMA.TAPI.TIDAK.SERUPA

KAWAN, RAKAN, TEMAN, SAHABAT!

itulah title/pangkat/pertalian/gelaran yg kita anggap apabila ada insan lain yg ada pertalian dengan kita. erti kata lain, semua yg bukan ahli keluarga, itulah gelaran bagi mereka. mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, kesemua di atas adalah sinonim. ada satu lagi inisiatif lain tuk pastikan 'mereka' adalah sama dengan menaipkan setiap satu dari 'mereka' di google translate from malay to english, di ruangan malay to english translation akan terpampanglah jawapan yg sama sahaja iaitu FRIEND. tapi sejauh manakah kebenaran itu betul? gua agak tertarik dengan cerita yg sekadar selingan ketika sesi pengajaran lecturer gua ketika dlm kelas. inilah yg diceritakan beliau kawan, rakan, teman dan sahabat.


KAWAN : manusia yg perlu dan akan ada bersama ketika bermain dan bersuka-ria. gua rasa dah xperlu explain sbb semua org dah paham punya.

TEMAN: manusia yg kita perlu ada ketika ingin meluahkan dan membincang sesuatu perkara tertentu. erti kata lain, cetusan hati lah. biasanya kpd yg sedang hangat bercinta mereka akan cari teman wanita/lelaki mereka.

RAKAN : manusia yg akan ada hanya untuk mengisi waktu terluang dan semestinya urusan yg berbentuk agak serius. sebab tulah kita selalu je dengar term, 'rakan kongsi'. ianya sinonim dlm bidang perniagaan.

SAHABAT : manusia yg akan sentiasa ada ketika sedih, gembira, risau, gundah dan bermacam lagi lah kalau nak list byk sgt. pendek kata sentiasa akan ada dengan kita walau apa jua keadaan sekalipun akan ada! beliau akan ada! ya akan ada! di belakang, kiri, kanan, depan, atas, bawah. dah merapu sgt dah gua ni. tp begitulah hujah yg gua cuba sampaikan ni.


*semua ni telah diungkapkan oleh para sahabat dulu dah. bukan profesor, doktor atau siapa2 sahaja ahli psikologi. para sahabat juga ada berpesan, carilah kamu SAHABAT dan bukanlah RAKAN, TEMAN mahupun KAWAN kerana SAHABAT boleh menjadi RAKAN, TEMAN & KAWAN. tapi ingat! RAKAN, KAWAN & TEMAN sama sekali tidak akan boleh menjadi SAHABAT. kita boleh kumpul seramai mana KAWAN, RAKAN dan TEMAN. tp mampukah kita miliki SAHABAT? begitu tinggi nilai SAHABAT ini. berbalik pada topik awal td, jgn lah korg anggap kamus dewan dan google translate tu tipu. kedua-duanya dah memberi makna yg betul tp hanya pada ZAHIRnya. tapi pada BATINnya 'mereka' memang tidak sama. Jadi semua dah besar dah pandai fikir kan? pilih lah golongan mana yg korg suka. tapi gua yakin seyakin2nya hujah gua ni betul. 'mereka' SAMA TAPI TIDAK SERUPA!

Sunday 14 August 2011

BANGSAT!!!

MENYAMPAH! FADE UP! BENCI! GERAM! BANGSAT!

semua perasaan bercampur baur bila tgk org Melayu bersengketa. luahan hati gua bukanlah bersifat perkauman tapi ni hakikat. kaum lain sedang sibuk menuju puncak kejayaan, tp MELAYU? sibuk nak tunjuk GANGSTER! GANGSTER la sangat kan? padahal kalau bawak masok balai, lutut menggigil mcm washing machine tgh spin dah. Grrrr! tolonglah hentikan semua ni. gua dah MUAK la dengan sikap 'kalian'. konon gempak la bile dah berSARUNG tu. padahal sume tu bukanlah tiket tuk korg tunjuk GANGSTER TAIK KUCING korg tu. byk lagi la keje laen yg berfaedah selain tunjuk GONG nie. INGAT! seGANGSTER mane pown korg, negara kte ade law la. bukan nye korg pukul org smpai lebam korg xkena tindakan undang2. pastu kemana pengakhiran karier GANGSTER korg tu? bukan ke dalam HOTEL BESI jugak? gua tertarik dgn lirik lagu KONGSI by JOE FLIZZOW



Kongsi kongsi mari bicara,

Kongsi pendapat dan juga idea,
Masuk Kongsi tiada keluar,
Biar Kongsi jadi Kongsi kita duduk diam.

Naik bukit , turun bukit,
Gua dah lama tengok wayang , tak perlu minta tiket,
Dan silakan picit telefon panggil~lah sedozen,
Gua pun teringin nak tengok lu punya sepuluh sen
Alamak lu kredit pun takde , terpaksa tembak
Tak guna lu bawak pisau ke peraduan menembak,
Tak guna ada bola kalau tak reti sepak,
Tak guna ada jalan kalau destinasi tak nampak,
Tak guna jadi gangster kalau tiada wang,
Gua tetap di jalanan tapi gua usahawan,
Gua bursa sahamkan setiap perniagaan,
Dan setiap gerak geri , pelan harus dipersiapkan,
Jangan kita mudah lupa , kita bukan selamanya muda
Jadi kerahkan tenaga , pergunakan usia,

Bila jumpa orang lama , jangan malu bersoal,
Jika mahu kunci kuasa , harus ada modal,

Kongsi kongsi mari bicara,
Kongsi pendapat dan juga idea,
Masuk Kongsi tiada keluar,
Biar Kongsi jadi Kongsi kita duduk diam.
Ada cara duduk , ada cara berdiri,
tangkap orang menyamar , tangkap orang menyanyi,
tangkap orang melalak , tangkap budak berlagak,
tangkap mulut berbuih , berbual lepas cakap,
tangkap budak kosong bogel dan tak pakai baju,
ramai sangat kelkatu , nak mendekati lampu,
teringin hendak menyinar naik sheikh , tapi tiada dinar,
bila kena pegang gegar sikit , air mata berlinang,

Bukan nak jadi brader , gua nak jadi orang berada,
supaya dapat menjaga setiap ahli keluarga,
bukan duniawi semata emas putih permata,
kadang kala aku rabun , pakaikan cermin mata,
Tuhan berikan petanda , supaya ku selamat di sana,
dan selamat di sini , setiap usaha diberkati,
budak tersusun rapi , gerak cara koperasi,
biar mereka jadi besar , Kongsi kami gergasi..


#renung-renungkanlah dan selamat beramal

YANG PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA

sudah menjadi lumrah, tiada siapa yg inginkan kekalahan. semestinya semuanya mencari kemenangan dalam hidup ini. gembira, bahagia, semua ni akan dirasa oleh setiap individu yg menang. tp sejauh manakah yg anda tafsir tentang MENANG? bg gua kalah ada gunanya jugak. keKALAHan buat gua berfikir dengan lebih matang. mencari punca dan penyelesaian tuk masa yg akan datang. tidak dapat dinafikan KALAH memang PERIT tp gua tau PAHIT akan MANIS akhirnya. bubye~

Saturday 13 August 2011

PEMBUKA BICARA

sebelum ni gua hanya mencurahkan isi hati gua dalam diari tp rentetan peristiwa semalam telah memberi gua ilham tuk tulis 'diari' dlm blog plak. b4 nie gua pnah hilang diari gua yg paling bermakna bg gua sbb diari tu menceritakan segala tindak-tanduk gua time zaman persekolahan. skunk gua dah xley nk kenang satu persatu kenangan zaman persekolahan gua dgn tepat sbb tarikh dan detail peristiwa hanya terbuku dalam DIARI itu.