Friday 19 August 2011

HATI OH HATI!

isu kali ni gua nak kupas pasal HATI. HATI manusia begitu mudah dibolak-balik. mungkin bg sesetengah orang, hati mereka mudah dibaca tp sbb tu gua cakap sesetengah. bukan semua perbuatan, tindak-tanduk seseorang itu datang dari HATI nya. mungkin perbuatan itu berlaku secara spontan dek situasi yg memaksa beliau. siapa tahu???

sebelum gua pergi dengan lebih lanjut, gua nak semua sedar bahawa seseorang lelaki itu akan bangga dan bongkak dengan 3 perkara dalam dunia ini. 'mereka' adalah :
1. harta
2. kuasa
3. perempuan/wanita

sememangnya lelaki juga adalah insan biasa yg sering terleka dengan permainan duniawi. bg sesetengah lelaki, apabila 3 perkara ini kemas dalam genggaman, mereka beranggapan semuanya sudah lengkap. sehubungan dengan itu gu anak kupas tentang 3 perkara diatas dan perkaitannya tentang HATI.

gua tahu 3 perkara di atas tidak begitu susah untuk dimiliki. banyak kaedah yg boleh diguna pakai bg memastikan 3 perkara di atas berada kemas dalam 'genggaman'. tapi kepada semua lelaki dan jejaka, gua bercakap berdasarkan pemerhatian dan pengalaman depan mata yg secoit ni. HARTA boleh diperoleh dengan perlbagai cara. apabila kebijaksanaan + ketekunan nescaya HARTA yg melimpah luah juga akan terhasil.


 KUASA pula adalah sangat realistik jika seseorang lelaki itu memiliki ketokohan dan sifat kepimpinan yg tinggi dalam diri mereka. namun, kpd yg tiada sifat kepimpinan yg tggi dalam diri, usah khuatir kerana kepimpinan masih boleh dibentuk. atas hendak ataupun tidak. ilmu dalam kepimpinan juga amat penting. 3 perkara seorang pemimpin perlu menitik beratkan iaitu TINDAKAN, PERTIMBANGAN dan KEPUTUSAN yang sentiasa BETUL!


WANITA/PEREMPUAN pula terlalu mudah untuk diperoleh hanya berbekalkan dengan HARTA semata, anda boleh dapati mereka dengan mudah. tp perlu ditekankan disini, bukan semua WANITA lu boleh dapat macam tu je. CINTA xboleh dibeli dengan wang ringgit. kalau lu IKHLAS sekalipun belum tentu WANITA itu lu punya bro! walau lu boleh keluar 24/7 dengan beliau sekalipun, lu boleh pasti ke yg HATI beliau ada kat lu???  mungkin pada ZAHIRnya orang beranggapan beliau milik lu tp lu pasti HATI dia dah bg kat lu??? mungkin JASADnya bersama lu, tp HATInya??? lu tahu??? bila gua keluar statement mcm ni gua pasti semua yg sedang hangat brcinta tu pown akan berfikir panjang. gua berani kerat jari, MENAWAN BENUA dan MENCIPTA TENTERA seramai mungkin lagi mudah dari MENAWAN HATI seorang WANITA. jadi, kesimpulan mudah yg boleh dibuat berdasarkan cerita dongeng gua ni, HATI seorang WANITA lebih payah untuk diTAWAN berbanding SATU MALAYSIA ni. gua bercakap berdasarkan pengalaman gua. lu punya pengalaman, ikut lu la. HAHAHA. =)

5 comments: