Monday 15 August 2011

SAMA.TAPI.TIDAK.SERUPA

KAWAN, RAKAN, TEMAN, SAHABAT!

itulah title/pangkat/pertalian/gelaran yg kita anggap apabila ada insan lain yg ada pertalian dengan kita. erti kata lain, semua yg bukan ahli keluarga, itulah gelaran bagi mereka. mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, kesemua di atas adalah sinonim. ada satu lagi inisiatif lain tuk pastikan 'mereka' adalah sama dengan menaipkan setiap satu dari 'mereka' di google translate from malay to english, di ruangan malay to english translation akan terpampanglah jawapan yg sama sahaja iaitu FRIEND. tapi sejauh manakah kebenaran itu betul? gua agak tertarik dengan cerita yg sekadar selingan ketika sesi pengajaran lecturer gua ketika dlm kelas. inilah yg diceritakan beliau kawan, rakan, teman dan sahabat.


KAWAN : manusia yg perlu dan akan ada bersama ketika bermain dan bersuka-ria. gua rasa dah xperlu explain sbb semua org dah paham punya.

TEMAN: manusia yg kita perlu ada ketika ingin meluahkan dan membincang sesuatu perkara tertentu. erti kata lain, cetusan hati lah. biasanya kpd yg sedang hangat bercinta mereka akan cari teman wanita/lelaki mereka.

RAKAN : manusia yg akan ada hanya untuk mengisi waktu terluang dan semestinya urusan yg berbentuk agak serius. sebab tulah kita selalu je dengar term, 'rakan kongsi'. ianya sinonim dlm bidang perniagaan.

SAHABAT : manusia yg akan sentiasa ada ketika sedih, gembira, risau, gundah dan bermacam lagi lah kalau nak list byk sgt. pendek kata sentiasa akan ada dengan kita walau apa jua keadaan sekalipun akan ada! beliau akan ada! ya akan ada! di belakang, kiri, kanan, depan, atas, bawah. dah merapu sgt dah gua ni. tp begitulah hujah yg gua cuba sampaikan ni.


*semua ni telah diungkapkan oleh para sahabat dulu dah. bukan profesor, doktor atau siapa2 sahaja ahli psikologi. para sahabat juga ada berpesan, carilah kamu SAHABAT dan bukanlah RAKAN, TEMAN mahupun KAWAN kerana SAHABAT boleh menjadi RAKAN, TEMAN & KAWAN. tapi ingat! RAKAN, KAWAN & TEMAN sama sekali tidak akan boleh menjadi SAHABAT. kita boleh kumpul seramai mana KAWAN, RAKAN dan TEMAN. tp mampukah kita miliki SAHABAT? begitu tinggi nilai SAHABAT ini. berbalik pada topik awal td, jgn lah korg anggap kamus dewan dan google translate tu tipu. kedua-duanya dah memberi makna yg betul tp hanya pada ZAHIRnya. tapi pada BATINnya 'mereka' memang tidak sama. Jadi semua dah besar dah pandai fikir kan? pilih lah golongan mana yg korg suka. tapi gua yakin seyakin2nya hujah gua ni betul. 'mereka' SAMA TAPI TIDAK SERUPA!

5 comments:

  1. SAHABAT ITU BAGAI BINTANG DI LANGIT
    WALAU JAUH DIA AKAN TETAP BERSINAR
    WALAU TAK BISA DIMILIKI DIA AKAN SLALU DI HATI
    MESKIPUN TERKADANG DIA HILANG
    DIA AKAN SELALU DI HATI DAN AKAN TERKENANG
    DI HATI, DAN TAKKAN PERNAH HILANG

    ReplyDelete
  2. btol3... asahabt umpama bintang. ibarat sesuatu yg tidak realistik untuk dicapai kerana nilai nya yg begitu tggi. tp mungkin berkat doa, insyaallah kte akan bertemu dgn sahabat, mungkin lebih baek dari sahabat =)

    ReplyDelete
  3. kalau friend acane plak? HAHA

    ReplyDelete
  4. friend could be add n remove anytime n anywhere like fb. HAHAHA

    ReplyDelete
  5. hahaha..yg tu siot! cam berdarah lak telinga aq. wakaka

    ReplyDelete