Wednesday 24 August 2011

KALAU

kalau ini adalah ramadhan terakhir bagiku, aku tetap bersyukur kerna ramadhan ini paling bermakna buatku.
kalau ini adalah coretan terakhir bagiku, aku bersyukur kerana diberi kesempatan olehNya bertemu dengan seseorang yg sgt bermakna bagiku.
kalau seseorang yg bg ku sungguh bermakna ini bukan jodohku, aku bersyukur kerana beliau mengajar aku erti kegembiraan, berjaya mengukir senyuman di wajahku.
kalau aku tidak mampu tersenyum lagi, semua kenangan tentangnya akan tetap terpahat di hati.
kalau hati ini menangis kerana aku bukan terpilih untuk menjadi pembimbingnya, aku tetap akan bersyukur kerana diberi peluang berkenalan dengannya.
kalau setiap manusia diberi peluang untuk meminta apa sahaja yg akan dimakbulkan, aku akan minta untuk bersamanya.
kalau ada satu hari lagi ruang dan waktu yg ku miliki, akan ku tamatkan sisaku ini dengannya.
kalau ada satu hari lagi, segala ku curah adalah janji.
kalau aku diberi peluang untuk bersamanya, akan ku cuba untuk ukir sejuta senyuman di wajahnya kerna itulah yg bisa buat aku bahagia.
kalau senyuman yg terukir di wajahnya kerana diriku, aku pasti akulah manusia yg paling bahagia dalam hidup ini.
kalau orang berbicara tentang impianku, aku pasti inilah impianku. impianku hanyalah KAMU.

sesungguhnya kamu hadir bagaikan cahaya,
sesungguhnya kamu hadir tanpa aku sedari,
sesungguhnya kamu beri aku sebab untuk terus melangkah,
sesungguhnya kamu beri aku sebab untuk terus berlari,
sesungguhnya kamu mengajar erti sebuah senyuman,
sesungguhnya kamu mengajar erti kekuatan,
sesungguhnya kamu bisa tinggalkan kenangan terindah,
sesungguhnya kamu bisa tinggalkan diriku juga.

*aku perlukan mu walaupun aku tahu kamu tidak memerlukan ku


Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup




Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu



Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

No comments:

Post a Comment