Tuesday 23 August 2011

NIKMAT




Gua pasti bila berbicara tentang NIKMAT semua akan sembang faham dan tahu sedangkan tidak semua yg begitu bersyukur dengan NIKMAT. bagi gua NIKMAT dapat didefinisikan sebagai ANUGERAH/KURNIAAN. mungkin la kot. gua ni bukan lah handal sgt dlm bahasa ni. tp sebab ni blog gua suka hati gua la nk tulis apa pown kan? HAHAHA


gua tertarik nak tulis tentang NIKMAT ni setelah gua tengok satu video ni dimana seorang OKU membuktikan beliau boleh berjaya dalam hidup. hidup beliau sangat menyusahkan ibu beliau yg bertindak juga sebagai bapa beliau. itulah ibu itulah bapa. walaubagaimanapun, ibu beliau tekad untuk memberikan pendidikan dan keperluan secukupnya seperti insan laen yg berhak memperolehinya. walaupun si OKU tu cacat pada zahirnya, tapi HATI beliau masih SEMPURNA, masih boleh menilai antara kaca dan permata. beliau sedar bebanan diri beliau yg dipikul ibu beliau. oleh sebab itu, beliau tekad belajar dan belajar dan hasilnya, beliau mendapat UPSR 4 A 1 B. mmglah bukan semua A tp dengan keadaan beliau yg sgt menyedihkan tu, beliau mampu 'berdiri' sama tinggi dengan pelajar yg cukup sifatnya.


kata2 beliau yg buat gua agak tersentap adalah 'walaupun sy cacat tp sy cuba sedaya upaya saya untuk berjaya sbb sy nak ibu sy bgga dengan sy walaupun keadaan sy mcm ni. ingatlah, nikmat yg diberi tuhan sentiasa adil. walaupun sy tiada nikmat selengkapnya tp Dia bg sy nikmat yg org lain xdapat. dan kpd yg lain, bersyukur dan gunakan nikmat yg dikurniakan sebaik2nya kerna ianya boleh ditarik balik bila2 masa'


**********************************************************************************


ramadhan hampir melabuhkan tirainya. mungkin gua bukanlah insan terpilih untuk bertemu 'laila' tp tidak mengapa. mungkin itu buat gua sedar akan kelemahan diri dan beri gua peluang untuk muhasabah diri. walaubagaimanapun gua bersyukur kerana ramadhan kali ini memberi gua makna yg cukup besar. banyak anugerah dariNya yg diberikan kpd gua yg kerdil lg hina ni. gua rasa sgt sedih bila ramadhan semakin tiba ke penghujungnya sebab gua xpasti gua akan bertemu lagi dengan ramadhan pd tahun berikutnya. hurmmm... byk perkara aneh berlaku pd diri gua sejak 2 menjak ni. walaupun aneh, tp ada nilai sentimentalnya yg tersendiri. gua buat apa yg gua xpernah buat, gua jgak dapat apa yg gua nak seolah2 mcm Dia dengar rintihan hati gua. setelah bertahun2 gua pendam, baru tahun ini akan termakbul. BELIAU sememangnya ADIL LAGI SAKSAMA. BELIAU akan perkenankan doa kita tp antara cepat atau lambat sahaja. tapi makin lambat kita dapat satu benda tu makin syok sebab. . . itulah yg dikatakan NIKMAT. mama gua ada cakap YANG SENANG ITU MUDAH, YANG SUSAH ITU PAYAH. mungkin nmpak mcm kiasan bodoh sahaja tp ia menjadi salah satu tali yg gua pegang untuk meneruskan hidup ni. kebiasaannya kita akan hargai benda yg susah dapat berbanding bnda yg boleh dikutip tepi jalan. itulah NILAI dan semestinya NIKMAT. bersyukurlah bila lu masih boleh ketawa, menangis, suka, duka kerana semua itu adalah NIKMAT yg x boleh dibeli di mana2 kedai sekalipun. 

No comments:

Post a Comment