Saturday 27 August 2011

MIMPI

FAKTA : 1/3 dari kehidupan manusia dipenuhi dengan waktu tidur. secara umumnye, mengikut perspektif islam, umur manusia kebiasaannya dalam lingkungan 60 tahun. jadi, 20 tahun daripadanya kita habiskan masa untuk tidur. namun, ia bukanlah perbuatan sia-sia kerana ada manfaatnya yg tersendiri. antaranya adalah memastikan kadar metabolisma tetap stabil. jika seseorang itu tidak tiur selama 72 jam nescaya akan mengalami gangguan psikotik. dengan tidur juga kita dapat mengakses 2 dunia antara fenomena dan abstrak. itulah yg digelar MIMPI...

tu fakta dari cendekiawan. . . gua ada jugak pendapat dan tafsiran sendiri. bagi gua mimpi ni terhasil dikala kita terlalu memikirkan sesuatu benda itu. selain itu, mungkin sebab sesuatu peristiwa itu memberi impak atau makna besar dm hidup kita yg membuatkan terbawa-bawa ke alam mimpi kita. mimpi boleh jadi baik mahupun buruk. kalau mengikut kata2 orang lama pula, mimpi ini hanyalah mainan tidur. mimpi yg buruk membuatkan kita akan terjaga lebih awal dari yg sepatutnya manakala mimpi yg indah buat kita nak teruskan penerokaan alam fantasi itu.

gua memang suka bermimpi. walaupun orang cakap mimpi tu xkan sama sekali akan menjadi kenyataan tapi gua yakin, semua itu kuasa tuhan bukan? mungkin mimpi kita akan jadi kenyataan, xmustahil...tp maksud gua tu mimpi yg logik lah. xkan lah mimpi jadi ultraman akan jadi kenyataan plak kan?

mimpi dan angan2 adalah bnde yg berbeza. angan2 ni adalah sesuatu yg selalu kita fikirkan ketika kita sedar. mimpi adalah fenomena yg berlaku ketika kita sedang tidur. ade sekali tu gua mimpi kawen atas bot pastu menuju ke masjid terapung di atas tasik. gua dan tuan puteri tu mengenakan sut pengantin warna PUTIH. sumpah berseri-seri je tengok. agak stylo la naek bot, pastu menuju ke masjid terapung. tapii..... mana ada masjid terapung atas tasik seperti dalam mimpi gua tu kat malaysia nie. kalau ikot logik akal, mmg logik je kan? tp klu ikot minda sedar, gua kena sedar diri la, gua ni sape lah untuk disanding kan dengan 'tuan puteri' tu. haih (keluhan dari dalam hati)

btw, tu sume mimpi ok. kalau mimpi yg realistik, anda semua boleh kejar sebelum ianya terlepas. tp jgn sesekali nk samekan dgn mimpi aneh gua tu. gua xpasti perlu kejar ke x mimpi gua tu sbb ianya seolah2 mcm mementingkan diri sendri la plak. tp yg pasti gua nk tgk senyuman 'tuan puteri' mcm dalam mimpi gua yg sgt manis tu. walaupun beliau akan tersenyum bukan sebab kawen ngan gua. byk care lg boleh buat beliau tersnyum kan. senyuman beliau dah ckup buat gua...

**********************************************************************************

inginku lukiskan nota-nota
laguku mengikut rentak kita
dengarkan suara mimpiku bertemakan namamu
senantiasa selalu. . . 



No comments:

Post a Comment