Tuesday 27 December 2011

PELUANG KEDUA


gua tertanya2 sampai bilakah semua ini akan berakhir? soalan 'sampai bila' ini sering menghantui gua. ya, sampai bilakah semua ini akan terus terjadi? sampai bila?

gua sangat hairan dengan sikap manusia abad ini. gua akui, gua sangat kagum dengan mereka kerana begitu peka dengan persekitaran mereka. mereka tahu setiap perubahan di sekeliling mereka walaupun setiap detik berlakunya perubahan. tapi sayang mereka tidak perhalusi apa yang mereka pandang dan tahu itu. yang mereka tahu hanyalah mem'bodoh'kan tragedi yang berlaku begitu aje. dah terang lagi bersuluh dah, setiap isu yang tercetus masing nak cari kesalahan dan pakat2 menuding jari antara satu sama lain. agak2 lah, kalau perkara begini berterusan, bagaimanakah dunia pada masa akan datang?

setiap perkara yang berlaku semestinya bersebab dan tuhan telah jadikan hikmah di sebalik kejadian itu. cuma manusia perlu perhalusi setiap perkara yang berlaku itu. jangan terlalu menuding jari kepada pesalah tersebut, tapi ambil itu sebagai satu iktibar buat diri masing2. gua bagi contoh, pasal dato' khir toyo la kan? beliau dipenjara setahun sebab rasuah berjuta2 ringgit. gua tahu semua tidak puas hati. gua pun akui, gua antara golongan yang tidak berpuas hati tu, tapi sebagai manusia yang matang pernah tak terfikir apa hikmah di sebalik semua ini?

bagi gua lah kan, kat sini tuhan nak tunjuk kepada kita semua bahawa sepandai2 tupai melompat, akhirnya pasti rebah ke tanah. khir toyo yang hebat ni pown boleh kantoi ini kan pula kita sebagai insan yang berada dalam golongan minoriti nie. pasal hukuman ke atas beliau sering di bandingkan dengan seorang lelaki yang mencuri syampoo. mana tidaknya, mencuri syampoo yang tidak seberapa itu dikenakan hukuman penjara sampai 2 tahun, tapi khir toyo yang terlibat dengan rasuah berjuta2 hanya dipenjarakan setahun. kalau dibanding beza melalui jenayah mereka sememangnya tidak adil. tapi pernah plak orang fikir tentang sumbangan khir toyo kepada negara?

cop3! gua bukan penyokong khir toyo. gua sendiri pown tak arif tentang karier beliau dan xtahu pown apa sumbangan beliau pada negara. tu semua boleh tanya mr google, mungkin mr google tahu. gua cuma nak highlight kat sini, dah jadi lumrah walaupun sesorang itu membuat sejuta kebaikan namun dengan hanya secalit kejahatan yang dilakukan nescaya akan dibenci masyarakat. bagi gua lah kan, kita xyah lah nak kecoh sangat pasal isu khir toyo ni. gua cakap camni sebab gua pernah terdengar satu hadis ni berbunyi lebih kurang camni lah, 'jangan kamu berkata2 selagi kamu tidak diuji'. maksudnya sekarang kite sedap2 mulut je maki hamun khir toyo tu tanpa berfikir sejenak adakah kita akan sebetul2nya telus dan amanah jika kita berada di tempat beliau? adakah kita sudah cukup mulia untuk tabur maki hamun kepada individu lain?

kesimpulan dari kes khir toyo ni lah, gua rasa memang tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni walaupun kita ni adalah sebaik2 kejadian yang dicipta olehNya. semua manusia jugak tak terlepas dari melakukan kejahatan dan kesilapan. jadi, kita bukanlah sesiapa untuk menghukum mereka. biarlah tuhan dan undang2 sahaja yang menghukum mereka dengan saluran yg betul. abeh tu kita nak buat ape plak ek? kita ni sama2 lah mendoakan semoga kita dijauhkan dari perkara sebegitu dan sama2 tolong doakan mereka2 yang melakukan kesilapan itu terbuka pintu hati untuk bertaubat. akhir kata, semua manusia layak untuk mendapat PELUANG KEDUA dan TERAKHIR. adios~

TERCIPTA UNTUKKU




Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu
Ku ungkapkan kepada dirimu...

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku..

Sunday 25 December 2011

KENANGLAH ASAL USULMU

dek kerana kebosanan, tiba2 gua teringat peristiwa yang berlaku petang tadi pada diri gua. seorang polis sound gua dengan biadab nya kerana gua tidak pakai helmet sedangkan time dye nak sound tu tangan gua dah pegang helmet dah pown tuk pkaikan kat kepala. jangan risau encik polis, gua tahu jugak peraturan. gua xkan bawak helmet tu kalau gua xnak pakai. yang gua bengang nye, cara polis suh gua pakai helmet tu sangat xderk intergriti dan adab sopan. mcam mana rakyat jelata nak respek anggota polis kalau sebahagian besar nya bersikap demikian?

gua bukan nak condemn pak polisi nie. gua sendiri kagum dengan polis sebenarnya. bayangkan lah segala kejahatan kat dunia nie dorang lah yang serabut kepala nak selesaikannya. polis mana ada cuti nya. 24 jam menjaga keamanan negara nie. gua memang respek polis. tapi zaman skunk gua rasa orang yang benci polis lebih banyak dari yang mengagungkan polis seperti dahulu kala. cuba kaji kenapa perkara ini terjadi?

1. gua tengok polis dan rasuah dah sebati. bak kata pepatah bagai aur dengan tebing dah pun. xcukup ke gaji kerajaan bagi sampai perlu makan rasuah pak polisi weh? duit haram itukah yang korg nak bagi kat anak2. rentetan peristiwa itu, anak2 polis biasanya jahat2 dan setan2 perangainya. gua xcakap semua tapi kebanyakan nya. kalau xpercaya lu kaji dan perhatilah sendiri.

2. gua jugak perasan yang polis2 skunk nie berlagak nak mampos. mcam lah korg gempax sangat kan? korg dah rasa besar sangat ke sampai boleh bersikap biadab dengan orang awam? tahulah uniform korg kemas tapi xkan lah tu tiket tuk korang berlagak 'kemas' jugak kan? korg nak orang respek kat korg tp korg respek tak orang awam?

3. gua bukan nak merendah2 martabat polis nie. kalau di korek2, gali2 asal usul seorang polis tu. mereka2 ini sebenarnya kurang pandai atau dalam bahasa kasarnya bodoh je. disebabkan xdapat sambung belajar mana2, dorg apply je lah polis. masok pulapol dan pastu bertugas. jadi, jangan lah nak buat kemas sangat dengan orang lain sebab mungkin orang lain tu lebih hebat dari polis. mungkin orang pak polisi buat biadab itu adalah seorang yang mulia ke?

disebabkan gua betol2 fade up dengan cara polis tu sound gua petang tadi, gua dah malas nak cerita panjang. btw, gua harap para pembaca entry ini tidak salah faham. gua bukan nak cari salah dan buruk polis, cuma nak bagitahu dorg nie dah jauh terpesong dari landasan yang sepatutnya. gua nak tegur depan2 xboleh sebab diluar bidang kuasa gua plak. jadi, hanya mampu merintih dalam blog je la.

akhir kata dari gua, kita pakat ramai2 mengenang sejenak asal usul kita macam mana? gua khususkan kepada pak polisi, kalau kamu semua kenang asal usul kamu hanyalah seorang remaja yang tidak lepas untuk belajar jauh dan mencuba nasib semata2 untuk menjadi kakitangan kerajaan (senang cket tuk loan dan sebagainya) baek belajar beradab sopan dengan orang awam. sekali lagi gua tegaskan disini, gua bukan anti-polis, gua cuma nak para polis sedar akan pentingnya intergriti dan nilai murni sebagai seorang hamba Allah di atas muka bumi ini. err.. pendek kata tu lah, ingat asal usul. ya! ingat asal usul k. peace your! =)

ISU HANGAT

sebelum gua tidur, gua sempatlah belek2 muka buku tuk tahu isu semasa. jadi, gua terpandanglah antara isu yang hangat adalah tentang orang islam wish krismas kat org kristian nie xkisahlah mmbe dorg atau tidak. macam ni lah, islam ni agama yg mudah. jgn dengan tingkah laku dan pembawakan orang islam itu sendiri membuatkan islam dipandang serong. gua ni terang2 lah orang islam dan yg pasti bukan pada ic semata2 lah. gua tahu je gua bukanlah alim ulamak tapi bagi gua isu ni cukup mudah dan xperlu nak salahkan orang sane sini. itu tak betul, ini x betul.

bagi gua lah kan, memang betul hukumnya haram untuk wish sebarang perayaan pun pada yg bukan islam ni sebab ia seolah2 kita menggalakkan mereka menganut agama mereka. tp gua pernah je dapat wish dari non-muslim time hari raye. adakah sbb beliau sokong islam? jawapannya tentulah tidak sbb klu beliau berminat dengan islam dah lama beliau mengucapnya. apa yg ingin disampaikan disini adalah beliau hanya menghormati perayaan kita. kesimpulannya, semuanya bergantung kepada nawaitu kita. jangan sesuka menjatuhkan hukum kepada manusia lain. kita sendiri pun belum tentu lagilah syurga neraka nya. semua tu bukan kerja kita, kerja ALLAH je nak tentukan kita syirik dan sebagainya tu. abeh lah isu krismas nie...

isu seterusnya ialah pasal seorang bakal guru ni pergi turunkan bendera najib. ni pun satu hal, abeh semua orang nak bodohkan beliau gitu aje. sebelum gua meneruskan hujah gua, gua nak remind gua sangat tidak berminat dengan politik. gua cuma nak ulas isu semasa adam adli nie je. semua manusia buat ni ada sebab. orang giler je buat sumthing xderk sebab nie. so simple, adam adli buat camtu sebab beliau bengang ngan najib lah. xkan bengang ngan mamak kat kedai beliau lepak sampai perlu turunkan bendera najib kan? pastu, di atas unsur politik, macam2 ceritalah plak kuar. cerita apa yg menyusul tu gua xnak ulas. buang masa je semua tu. yg gua nak bgtau adalah, pemimpin bukan sesuatu yg mudah. kalau xbersedia untuk dicaci, dicemuh xusah la jadi pemimpin. bila jadi isuu camni, semua nak tuding jari atas adam adli ni. gua bukanlah nak bekup beliau, kenal beliau pun tidak kan? boleh x semua bersikap rasional dan sama2 fikir kenapa adam adli bertindak sedemikian? lecturer gua ada bagitau yang manusia akan menjadi dirinya yang sebenar apabila dia rase tercabar. jadi, mungkin jugak adam adli tu buat gitu sebab dia tercabar dengan tindakan najib tu. 

kesimpulannya, gua harap rakyat malaysia majulah diri dari sudut pemikiran tu. biar kita tidak berapa bijak tapi letakkan taraf pemikiran kita di minda kelas pertama. matanglah sikitkan? (ceh cakap macam gua ni matang sangat lah plak kan?) bila berlaku sesuatu perkara dan isu tergempar tu, jangan duk kalut nak tuding jari mana2 pihak dan cepat2 kaitkan dengan politik. apakata lepas nie, kalau jadi isu g2 rmai2 fikirkan kenapa perkara itu tercetus, cari punca masalah tapi bukanlah nak menuding jari kepada pelaku. sebaliknya sama2 menyelesaikan masalah andai kata isu itu merupakan satu masalah. alah, gua tahu mesti rmai je lagi yang bengang ngan najib nye. atleast, adam adli tidaklah bacul duk bercakap belakang (cakap belakang sekadar boleh bercakap je la, ape pun tarak). beliau berani tampilkan diri tuk menunjukkan xpuas hati beliau tapi pesanan untuk adam adli : klu ye pown ko marah sangat ikutlah saluran yang betul. sape rase2 nak femes cepat dan lagi hot dari artis bolehlah ikut jejak langkah beliau yang kreatif nie. haha

p/s > pendek kata, buka mata, buka hati, buka minda seket wahai rakyat jelata. peace your!

I LOVE YOU

Everytime I say I love you...

I'm really trying to say so much more than those three little words.
I'm trying to say you mean more to me than anyone else in the world.
I'm trying to let you know that I adore you and
that I cherish the time we spend together.
I'm trying to explain that I want you and that I need you
and that I get lost in wonderful thoughts every time I think about you.

And each time I whisper "I love you", I'm trying to remind you that you're the best thing that has ever happened to me.


goodnight and sweet dream princess z_z

Tuesday 20 December 2011

INSECURE!


INSECURE!

bila kita sayangkan sesuatu yang bernilai buat kita, kita akan rasa tidak senang duduk dan selalu akan rasa takut untuk kehilangannya. tapi ada orang pernah menyanyi bila kita betul-betul tekad untuk memiliki sesuatu, kita juga kena bersedia untuk kehilangannya nanti. 110 peratus gua setuju dengan pepatah tu. mana tidak nya, semua benda dalam dunia ni hanya pinjaman kepada kita semata-mata. jadi, tidak ada apa yg akan kekal dengan kita. walau kasih kita terhadap sesuatu tu setinggi langit sekalipun, kita juga bisa melutut ke bumi meratapi kehilangan apa yang kita sayangi itu.

ps: bersedialah dengan sebarang kemungkinan. semua benda tidak kekal. insan biasa seperti kita hanya mampu berdoa. jadi, berdoa je lah banyak2 =)

Saturday 10 December 2011

APAKAH?


KEPALA LUTUT LAH!

gua pown xpasti apa yg gua rasa nie. rase serba tidak kena dan gelisah. haih. tiap masa gua duk tunggu tunggu dan tunggu. tunggu apa atau siapa? jawapannnya gua tunggu kedua-duanya. gua tunggu seseorang dan tunggu handphone gua untuk berdering. pagi2 lagi telefon gua sudah berdering dan buat gua excited berkejar dari ruang tamu untuk masuk ke bilik. ternyata hanya harapan palsu apabila panggilan yang diterima hanyalah dari seorang yang tersalah panggil. hmm

tidak mengapa, gua terus jugak menunggu dan tunggu. gua bosan sehingga menguatkan jari jemari dan mata gua tuk mengadapa laptop gua yg tersergam indah kat ruang tamu ni. gua terbelenggu dalam menunggu. gua terasa seperti berada di dimensi lain secara tiba2 apabila jeritan batin gua tidak didengari oleh si dia. gua tatap potret beliau yg ada dalam simpanan gua. mana tau, potret boleh berkata2. kalau ia bisa melakukan sedemikian, mungkin dapat melenyapkan perasaan aneh yang sedang terbuku di hati gua ni.

gua masih tertanya-tanya apa dah jadi dengan hati gua. tapi malangnya gua tidak ada tempat untuk mengadu. hal ini kerana gua hanya tinggal sekor2 buta di ruang tamu ini. jadi tidak hairan lah kalau gua rasa gua sedang berada di dimensi yang lain ketika ini. walaubagaimanapun, gua berterima kasih kerana kerusi dan sofa masih setia menemani gua. kipas mengalunkan irama sayup2 dan cuba menenangkan gua dengan tiupannya.

AHA AHA AHA!!! ternyata gua semakin kecelaruan. gua cuba tenangkan diri gua lagi sementara menunggu panggilan dari beliau. tiba2, panggilan telefon memecah kebuntuan gua. gua sauk je telefon tu, terus mengubah mood gua. hmm rupa2nya panggilan dari insan yang ingin menghantar barang gua sahaja. tiba2 membe gua, 'sedih' datang melepak ngan gua. gua cuba tuk halau dia pergi tapi tidak berdaya. nilah dikatakan pengaruh rakan sebaya.

tidak sempat gua nak abeh kan coretan gua ini, gua dapat panggilan. kali ni bukan lagi harapan palsu. i need to go now. chow!

Friday 9 December 2011

LAGI LAGI POLITIK!


setelah gua lame mendiamkan diri, gua kini muncul dengan hati panas membara!

LAGI LAGI POLITIK!

saban hari gua bertahan melihat kerenah dan telatah ahli-ahli politik, kini ia sudah tidak tertahan lagi. padahal yg main politik ni semuanya orang tua dan cerdik pandai. tapi kenapakah berkelakuan macam budak2 bodoh dan bengap susu?

ni lah yang dikatakan NAMA, PANGKAT dan DARJAT melalaikan manusia. bangunlah semua manusia yang diulit mimpi indah! perangai bahlul orang2 tua yg tidak sedarkan diri ni mampu menghancurkan negara kita sekelip mata. gua ingatkan isu negara adalah gejala sosial dalam kalangan remaja je. rupa2nya ada lagi isu yg lebih penting dari tu yg perlu diuruskan. mana x nya? klu orang tua bodoh ni pown tunjuk contoh tidak baek, anak2 muda menggelitik la nak buat bodoh2 jugak. 

politik malaysia memang kotor! gentle gua cakap politik malaysia sangat kotor. tp klu gua cakap politik perlu dihapuskan pown tidak boleh jgak. walaupun gua mmg benci gler kat politik tp gua tau politik ni sgt penting untuk setiap pentadbiran negara. tengok! kesian politik kena 'kotor'kan gitu aje. padahal yg salahnya manusia yg bermain dengan politik tu yg kotor, bukan politik yg kotor. haih

entah lah. setelah gua coret ketidak puas hatian gua dalam entry ni barulah rasa lega cket. gua bukan seorang pengecut hanya menyalak dalam blog yg tidak mampu didengari oleh siapa2 ni. gua tidak tahu caranya untuk selesaikan masalah disebalik politik ni. kalau ye pown ada orang tampil tuk bagi gua caranya, tp tanggungjawab gua ke tu? gua rasa setiap kerja ada manusia yg bertanggungjawab ke atasnya cuma individu itu tidak tahu itu adalah tanggungjawabnya. 

dah la, kalau gua mencarut panjang2 lebar pown, bukan nya politik malaysia akan jadi bersih. mereka akan tetap di takuk yang lama. gua sayang negara gua. kalau ini berterusan, gua berani jamin la, negara luar tidak segan silu untuk cuba menakhluk negara kita yg sedang berpecah belah ni. gua rasa, satu nafas je dah cukup tuk hancurkan malaysia yg makin entah pape. jgn salah faham, gua bukan kutuk negara gua tapi manusia yg tak bertanggungjawab ni lah yg buat negara tercemar. manusia bangunlah! bangunlah! bangunlah!

I LOVE MALAYSIA. <3

Thursday 1 December 2011

KAU SATU-SATUNYA



Oh... Siapalah diri aku ini?
Tanpamu duniaku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku satu-satunya
Padamu lah ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi

Dengan sinaran kasihmu
Kian terancang hidupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua ku berada
Ditemani cahaya cinta

Sejak dirimu ku dekati
Diriku ini ku kenali
Hanya engkaulah 
Sesungguhnya tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diriku serba kekurangan
Namun bagimu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa

Kau... bagi diriku satu-satunya
Ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi...