Tuesday 27 December 2011

PELUANG KEDUA


gua tertanya2 sampai bilakah semua ini akan berakhir? soalan 'sampai bila' ini sering menghantui gua. ya, sampai bilakah semua ini akan terus terjadi? sampai bila?

gua sangat hairan dengan sikap manusia abad ini. gua akui, gua sangat kagum dengan mereka kerana begitu peka dengan persekitaran mereka. mereka tahu setiap perubahan di sekeliling mereka walaupun setiap detik berlakunya perubahan. tapi sayang mereka tidak perhalusi apa yang mereka pandang dan tahu itu. yang mereka tahu hanyalah mem'bodoh'kan tragedi yang berlaku begitu aje. dah terang lagi bersuluh dah, setiap isu yang tercetus masing nak cari kesalahan dan pakat2 menuding jari antara satu sama lain. agak2 lah, kalau perkara begini berterusan, bagaimanakah dunia pada masa akan datang?

setiap perkara yang berlaku semestinya bersebab dan tuhan telah jadikan hikmah di sebalik kejadian itu. cuma manusia perlu perhalusi setiap perkara yang berlaku itu. jangan terlalu menuding jari kepada pesalah tersebut, tapi ambil itu sebagai satu iktibar buat diri masing2. gua bagi contoh, pasal dato' khir toyo la kan? beliau dipenjara setahun sebab rasuah berjuta2 ringgit. gua tahu semua tidak puas hati. gua pun akui, gua antara golongan yang tidak berpuas hati tu, tapi sebagai manusia yang matang pernah tak terfikir apa hikmah di sebalik semua ini?

bagi gua lah kan, kat sini tuhan nak tunjuk kepada kita semua bahawa sepandai2 tupai melompat, akhirnya pasti rebah ke tanah. khir toyo yang hebat ni pown boleh kantoi ini kan pula kita sebagai insan yang berada dalam golongan minoriti nie. pasal hukuman ke atas beliau sering di bandingkan dengan seorang lelaki yang mencuri syampoo. mana tidaknya, mencuri syampoo yang tidak seberapa itu dikenakan hukuman penjara sampai 2 tahun, tapi khir toyo yang terlibat dengan rasuah berjuta2 hanya dipenjarakan setahun. kalau dibanding beza melalui jenayah mereka sememangnya tidak adil. tapi pernah plak orang fikir tentang sumbangan khir toyo kepada negara?

cop3! gua bukan penyokong khir toyo. gua sendiri pown tak arif tentang karier beliau dan xtahu pown apa sumbangan beliau pada negara. tu semua boleh tanya mr google, mungkin mr google tahu. gua cuma nak highlight kat sini, dah jadi lumrah walaupun sesorang itu membuat sejuta kebaikan namun dengan hanya secalit kejahatan yang dilakukan nescaya akan dibenci masyarakat. bagi gua lah kan, kita xyah lah nak kecoh sangat pasal isu khir toyo ni. gua cakap camni sebab gua pernah terdengar satu hadis ni berbunyi lebih kurang camni lah, 'jangan kamu berkata2 selagi kamu tidak diuji'. maksudnya sekarang kite sedap2 mulut je maki hamun khir toyo tu tanpa berfikir sejenak adakah kita akan sebetul2nya telus dan amanah jika kita berada di tempat beliau? adakah kita sudah cukup mulia untuk tabur maki hamun kepada individu lain?

kesimpulan dari kes khir toyo ni lah, gua rasa memang tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni walaupun kita ni adalah sebaik2 kejadian yang dicipta olehNya. semua manusia jugak tak terlepas dari melakukan kejahatan dan kesilapan. jadi, kita bukanlah sesiapa untuk menghukum mereka. biarlah tuhan dan undang2 sahaja yang menghukum mereka dengan saluran yg betul. abeh tu kita nak buat ape plak ek? kita ni sama2 lah mendoakan semoga kita dijauhkan dari perkara sebegitu dan sama2 tolong doakan mereka2 yang melakukan kesilapan itu terbuka pintu hati untuk bertaubat. akhir kata, semua manusia layak untuk mendapat PELUANG KEDUA dan TERAKHIR. adios~

No comments:

Post a Comment