Wednesday 11 January 2012

AKU SAYANG KAMU

dikala hatiku kesedihan semestinya aku memerlukan teman untuk berbicara. tapi bukan semua perkara aku mampu berkongsi dengan teman. mungkin mendiamkan diri dan memikirkan hikmah disebalik semua ini adalah lebih baik. aku cuba kuatkan hati untuk terus mengatur langkah memelihara keharmonian istana yang ku bina. walau badai taufan datang melanda, tidak sama sekali goyahkan pendirianku untuk terus berlindung di bawah istana yang aku bina dengan titik peluhku sendiri. 

aku cuba dan terus cuba untuk tidak memarahi badai yang datang kerana aku tahu semua itu sedang menguji kekukuhan dan kekuatan istana yang aku bina. kau silaplah encik badai, aku sentiasa akan berada di sini, selamanya di sini. tidak sekali akan goyah pendirianku. mungkin ini hanyalah angin lalu yang mungkin akan bertandang lagi di kemudian hari. aku sentiasa akan bersedia dengan semua ini. akan ku atur bala tentera bagi memastikan tiada lagi musuh yang mampu mendekati kubu istanaku, apatah lagi memecah masuk lantas merobohkannya. aku akan bertahan, bertahan dan bertahan buat selama-lamanya. ini bukan omong kosong lagi kerana bila tekad membaluti hatiku, ianya tidak semudah untuk membuatkan tekad itu berganjak mahupun pudar.

mungkin suatu hari kau akan mengerti mengapa aku begitu marah tatkala kau begitu yakin dengan tetamu yang hanya datang bertandang. kata kau, ianya hanya tetamu dan tidak sama sekali akan menjadi tuan istana kerana bagimu tuan istana adalah aku dan kau. aku bukan tidak yakin denganmu tetapi aku khuatir, khuatir jikalau kecekalan hatimu dihiris sedikit demi sedikit tanpa kau sedari. aku bukanlah tidak yakin dengan mu tapi aku takut, takut akan kehilangan hartaku yang sangat bernilai. ingin ku laungkan ke seluruh dunia bahawa istana ini aku tawan namun hanya mampu beteriak di dalam hati kerana gusar akan salahnya perbuatanku ini. ampunkan aku jika bicaraku menghiris hatimu, aku hanya ingin kau tahu bahawa aku sangat menyangi kamu. selamat malam dunia!

No comments:

Post a Comment