Sunday 25 December 2011

ISU HANGAT

sebelum gua tidur, gua sempatlah belek2 muka buku tuk tahu isu semasa. jadi, gua terpandanglah antara isu yang hangat adalah tentang orang islam wish krismas kat org kristian nie xkisahlah mmbe dorg atau tidak. macam ni lah, islam ni agama yg mudah. jgn dengan tingkah laku dan pembawakan orang islam itu sendiri membuatkan islam dipandang serong. gua ni terang2 lah orang islam dan yg pasti bukan pada ic semata2 lah. gua tahu je gua bukanlah alim ulamak tapi bagi gua isu ni cukup mudah dan xperlu nak salahkan orang sane sini. itu tak betul, ini x betul.

bagi gua lah kan, memang betul hukumnya haram untuk wish sebarang perayaan pun pada yg bukan islam ni sebab ia seolah2 kita menggalakkan mereka menganut agama mereka. tp gua pernah je dapat wish dari non-muslim time hari raye. adakah sbb beliau sokong islam? jawapannya tentulah tidak sbb klu beliau berminat dengan islam dah lama beliau mengucapnya. apa yg ingin disampaikan disini adalah beliau hanya menghormati perayaan kita. kesimpulannya, semuanya bergantung kepada nawaitu kita. jangan sesuka menjatuhkan hukum kepada manusia lain. kita sendiri pun belum tentu lagilah syurga neraka nya. semua tu bukan kerja kita, kerja ALLAH je nak tentukan kita syirik dan sebagainya tu. abeh lah isu krismas nie...

isu seterusnya ialah pasal seorang bakal guru ni pergi turunkan bendera najib. ni pun satu hal, abeh semua orang nak bodohkan beliau gitu aje. sebelum gua meneruskan hujah gua, gua nak remind gua sangat tidak berminat dengan politik. gua cuma nak ulas isu semasa adam adli nie je. semua manusia buat ni ada sebab. orang giler je buat sumthing xderk sebab nie. so simple, adam adli buat camtu sebab beliau bengang ngan najib lah. xkan bengang ngan mamak kat kedai beliau lepak sampai perlu turunkan bendera najib kan? pastu, di atas unsur politik, macam2 ceritalah plak kuar. cerita apa yg menyusul tu gua xnak ulas. buang masa je semua tu. yg gua nak bgtau adalah, pemimpin bukan sesuatu yg mudah. kalau xbersedia untuk dicaci, dicemuh xusah la jadi pemimpin. bila jadi isuu camni, semua nak tuding jari atas adam adli ni. gua bukanlah nak bekup beliau, kenal beliau pun tidak kan? boleh x semua bersikap rasional dan sama2 fikir kenapa adam adli bertindak sedemikian? lecturer gua ada bagitau yang manusia akan menjadi dirinya yang sebenar apabila dia rase tercabar. jadi, mungkin jugak adam adli tu buat gitu sebab dia tercabar dengan tindakan najib tu. 

kesimpulannya, gua harap rakyat malaysia majulah diri dari sudut pemikiran tu. biar kita tidak berapa bijak tapi letakkan taraf pemikiran kita di minda kelas pertama. matanglah sikitkan? (ceh cakap macam gua ni matang sangat lah plak kan?) bila berlaku sesuatu perkara dan isu tergempar tu, jangan duk kalut nak tuding jari mana2 pihak dan cepat2 kaitkan dengan politik. apakata lepas nie, kalau jadi isu g2 rmai2 fikirkan kenapa perkara itu tercetus, cari punca masalah tapi bukanlah nak menuding jari kepada pelaku. sebaliknya sama2 menyelesaikan masalah andai kata isu itu merupakan satu masalah. alah, gua tahu mesti rmai je lagi yang bengang ngan najib nye. atleast, adam adli tidaklah bacul duk bercakap belakang (cakap belakang sekadar boleh bercakap je la, ape pun tarak). beliau berani tampilkan diri tuk menunjukkan xpuas hati beliau tapi pesanan untuk adam adli : klu ye pown ko marah sangat ikutlah saluran yang betul. sape rase2 nak femes cepat dan lagi hot dari artis bolehlah ikut jejak langkah beliau yang kreatif nie. haha

p/s > pendek kata, buka mata, buka hati, buka minda seket wahai rakyat jelata. peace your!

1 comment: