Saturday 10 December 2011

APAKAH?


KEPALA LUTUT LAH!

gua pown xpasti apa yg gua rasa nie. rase serba tidak kena dan gelisah. haih. tiap masa gua duk tunggu tunggu dan tunggu. tunggu apa atau siapa? jawapannnya gua tunggu kedua-duanya. gua tunggu seseorang dan tunggu handphone gua untuk berdering. pagi2 lagi telefon gua sudah berdering dan buat gua excited berkejar dari ruang tamu untuk masuk ke bilik. ternyata hanya harapan palsu apabila panggilan yang diterima hanyalah dari seorang yang tersalah panggil. hmm

tidak mengapa, gua terus jugak menunggu dan tunggu. gua bosan sehingga menguatkan jari jemari dan mata gua tuk mengadapa laptop gua yg tersergam indah kat ruang tamu ni. gua terbelenggu dalam menunggu. gua terasa seperti berada di dimensi lain secara tiba2 apabila jeritan batin gua tidak didengari oleh si dia. gua tatap potret beliau yg ada dalam simpanan gua. mana tau, potret boleh berkata2. kalau ia bisa melakukan sedemikian, mungkin dapat melenyapkan perasaan aneh yang sedang terbuku di hati gua ni.

gua masih tertanya-tanya apa dah jadi dengan hati gua. tapi malangnya gua tidak ada tempat untuk mengadu. hal ini kerana gua hanya tinggal sekor2 buta di ruang tamu ini. jadi tidak hairan lah kalau gua rasa gua sedang berada di dimensi yang lain ketika ini. walaubagaimanapun, gua berterima kasih kerana kerusi dan sofa masih setia menemani gua. kipas mengalunkan irama sayup2 dan cuba menenangkan gua dengan tiupannya.

AHA AHA AHA!!! ternyata gua semakin kecelaruan. gua cuba tenangkan diri gua lagi sementara menunggu panggilan dari beliau. tiba2, panggilan telefon memecah kebuntuan gua. gua sauk je telefon tu, terus mengubah mood gua. hmm rupa2nya panggilan dari insan yang ingin menghantar barang gua sahaja. tiba2 membe gua, 'sedih' datang melepak ngan gua. gua cuba tuk halau dia pergi tapi tidak berdaya. nilah dikatakan pengaruh rakan sebaya.

tidak sempat gua nak abeh kan coretan gua ini, gua dapat panggilan. kali ni bukan lagi harapan palsu. i need to go now. chow!

No comments:

Post a Comment