Tuesday 30 August 2011

SYAWAL TIBA SETELAH RAMADHAN PERGI...

selamat hari raya diucapkan kepada semua yg mengenali diri ini. semoga syawal ini memberi makna kepada kita semua. gua menyusun 10 jari (kalau boleh nak susun 20 sekali ngan jari kaki) atas kesilapan yg dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. walaubagaimanapun, gua pasti akan kenang keistimewaan ramadhan yg telah berlalu itu. diharapkan semoga gua bertemu lagi dengan ramadhan yg akan datang. ramadhan tahun ini adalah yg paling bermakna sepanjang hidup gua. gua akan merindui setiap saat dalam ramadhan yg telah gua lalui tahun ini.


sekali lagi gua ucapkan selamat hari raya. tidak mampu gua coret dalam bentuk tulisan tentang perasaan gua yg bercampur baur. gua sentiasa menanti kejutan setiap kali ramadhan menjelma. tahun ini gua dianugerahkan dengan begitu banyak kezutan. gua hanya mampu berterima kasih kepada Yang Esa kerana Dia yg memberikan gua kebahagiaan yg mungkin tidak boleh dibeli kat 7E sekalipun. gua rasa cukup lah setakat ini coretan gua sebab jam dah menunjukkan pukul 6.10 pagi. gua kena dapatkan tidur walaupun sekejap tuk pastikan gua bertenaga menyambut aidilfitri hari pertama ini. i luv u all =)


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 



Irama rindu bersama sendu
Di dalam rasa pengabdianmu
Pada Tuhanku Yang Maha Satu
Dan Maha Tahu dirimu itu


Datanglah cinta bersama ria
Di dalam jiwa sempurna akal
Dari Tuhanku Yang Maha Satu
Yang Maha Tahu diriku ini


Lalu kita semua pun bangkit segera
Untuk menyusun semula
Kasih sayang (diisi?)...
Sebenar-benarnya kasih sayang kita
Satu untuk semua...


Selamat Hari Raya
Moga doa dan solat
Kita mendapat kemenangan


Selamat Hari Raya
Moga kemenangan
Kita dapat restu dan berkat 

No comments:

Post a Comment