Friday 22 June 2012

KEGELAPAN



gelap malam pasti akan terang. hari yang gelap bagiku juga akan terang. bila dan bagaimana hanya terserah kepada YANG MENENTUKAN. aku hanya mampu berdoa. apa yang aku minta hanyalah kesempatan. masa yang aku perlukan untuk mencuci dosa-dosa yang ku lakukan. terlalu ghairah melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibat yang bakal menimpa. semuanya sudah pun terjadi. aku pohon masa. masa tuk ku tebus segala kesilapanku. setiap tingkah yang menyakitimu. setiap perilaku yang keterlaluan. aku harap kau mampu bersabar kerana semuanya akan berjalan dengan lancar. aku yakin dan percaya semua ini akan tamat. aku perlukan sedikit kepercayaan darimu untuk aku bayar segala penat lelahmu itu. aku perlukan kamu untuk melakar kejayaan ini. aku masih perlukan sinar darimu untuk bernafas seperti sepohon pokok yang memerlukan cahaya matahari. pokok yang menjalar ke atas menjejak cahaya. aku sedang melakukannya sekarang. kau ibarat matahari yang hanya boleh ku rasa kehangatannya tapi tidak mampu dicapai olehku. walaupun kadangkala kehangatan yang kau berikan tidak mampu ku tahan tapi aku tetap perlukan dan sentiasa perlukannya. berikan aku kekuatan . . . .




No comments:

Post a Comment