Wednesday 5 September 2012

WASIAT BUAT INSAN ISTIMEWA


hai! lama sungguh tidak bersua. rasanya kita tidak akan bersua buat selama2nya nnt. semakin hari semakin teruk keadaan gua. tp gua cuba buat tenang seolah2 tiada apa yg berlaku. hari ini kaki gua seolah2 dipaku. terima kasih kpd beliau yg mengajar erti kesakitan ini. gua tahu beliau tidak mahu gua melangkah lagi. gua tidak tertahan lagi. gua rasa seperti mahu meraung semahunya. tapi gua hanya menjerit di dalam hati. mungkin suatu hari nnt akan ada insan yg akan tgk blog ni. kepada yg mengenali diri ini, tlg smpaikan segala pesanan gua kpd insan2 berikut bila gua sudah pergi nanti.

1. mama/abah : minta maaf sebab tidak sempat menabur jasa dgn hasil titik peluh. mama/abah kena redha. semua ini berlaku ada sebabnya. tuhan dah atur segalanya cantik. jgn difikir lg. maaf banyak2 sebab tidak sempat menjadi contoh kejayaan buat pedoman adik2. halalkan makan minum ye. maaf kalau akkir tidak menjadi anak yg baik selama ini. walau apa pun, akkir syg mama/abah.

2. abah : rajinkan diri tu tuk cari kerja lain. abah ketua keluarga. kesian mama mengerah keringat siang dan malam. akkir xreti dah nk nasihat macam mana lagi. berubahlah demi mama dan adik2. abah kene besarkan adik2 dgn cukup kelengkapan kalau nak lihat mereka berjaya. jgn sia-siakan masa depan mereka. tlg jadi suami yg baik kpd mama. abah, kalau kita tongkat masjid 24jam sekalipun tapi tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, seksa dalam kubur nanti. tolonglah berubah. please.

3. mama : akkir tau mama byk susah sebab akkir. dari kecik smpai ke besar jaga dan abeh duit. tapi syg tidak sempat merasa pulangan dari pelaburan besar itu. mama kena kuatkan diri demi adik2. jadilah isteri yg baik. jgn selalu tinggi suara dgn abah. xbaik tu. akkir tau mama tensyen pkir segala2nya tp mama kena redha. mungkin semua ini adalah ujian dalam kehidupan. mama adalah supermama! im glad to hav a great mom like u!

4. kakak : kakak kena ubah sikap dan perangai tu. kakak kena belajar sungguh2. kena jadi contoh kepada adik. mama dan abah dah tiada siapa lagi untuk dibanggakan. kakak kena buat doorg bangga. kakak kena belajar sungguh2. selagi xberjasa dgn mama dan abah2, jgn gedik2 nak menikah pulak. jaga mama/abah dan adik. maafkan abg atas segala kesilapan. abg syg kakak. semua yg abg buat adalah tuk buat kakak sedar. hidup ini bukan semudah yg disangkakan. tapi semuanya ada penyelesaiannya. kakak jgn tinggal solat. jaga aurat tu. nnt seksa abah dalam kubur nnt. jadilah contoh terbaik tuk adik ikut. ingat tu!

5. adik : adik ku yg comel! abg syg adik. adik kena belajar rajin2 ye. jgn hampakan abah dan mama. adik kena jaga mama dan abah. adik kena rajin cket buat ulangkaji tu. upsr nnt pastikan dapat 5A mcm abg juga ye. abg rindu adik. rindu nak peluk adik. abg nak tengok adik besar. nak tengok adik berjaya tapi apakan daya, abg kena pergi dulu. jgn lupa doakan abg tenang di sana. adik sekarang dah liat nak solat. adik kena solat. solat itu tiang agama. adik kena jadi anak yg solehah. abg rindu kat adik. rindu nk peluk adik. maaf sebab mampu beli samsung champ je kat adik tuk hadiah besday baru ni. kalau ikutkan hati nak bg yg terbaik tuk adik. tu lah hadiah terakhir besday dr abg. lepas ni dah xboleh dah nk bg hadiah.

6. pesal : bila aku dah xde nnt, ko takeover semua ye. ko lah sahabat aku dunia akhirat. maaf sebab banyak menyusahkan ko. aku xmampu nak balas jasa ko pesal. bukan senang nak cari sahabat susah dan senang. sahabat yg ada time senang ramai tp time susah tu la yg payahnye. ko ade di setiap waktu itu. kim salam kat family ko terutama mak ko tu. sumpah ko sahabat terbaek yg penah aku ada. ko teruskan perjuangan kita pesal. aku nak family kita family tergempax suatu hari nnt. kembangkan syarikat tu pesal. jgn putus harapan walaupun aku dah xde nnt. ko kena teruskan. aku tau ko boleh jadi lebih hebat dari aku. bhah cakap ko cool n gentle. HAHAHA

7. abdul razak@jak : mg kena tlg aku. tlg tgk2 kan seyna tu. kesian dye sunyi. jgn lah biar dye sorg2. klu nk kuar mana2 ajaklah dye skali. dye kan adik mg. time kasih jak layan kerenah ak selama ni. mnx maaf sgt byk nyusahkan mg. walaupun baru je kenal mg tp dah byk dah nyusahkan mg. aku doakan mg bahagia ngan muni nnt. insyaallah. mg kena la tolak ansur cket ngan muni tu. jgn marah dye sokmo. cian dye. tenks 4 everything dear.

8. dinamik : aku KU yg paling xberguna sem ni. nak buat mcm mana aku sakit. ak xminta semua ni. maaf sbb byk nyusahkan awop mg. ak syg semua. time kasih byk2. belajarlah menerima kekurangan org lain. sesungguhnya kita ni saling melengkapi. sek mg kena unite. nnt, pas sek mg g melawat kubur arwah akmal naim, mari lah jugak dtg melawat kubur aku ea. ak mnx dtg sekali je pun jadilah. tp ak nak cukup 20 org lah dtg tu. sek mg kena unite k! walaupun nmpak cam sembang je nak suh unite tp sek mg kena buat jugak.

9. kepada semua yg mengenali diri ini, gua mintak maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki. gua mintak halal makan minum. halalkan hutang gua ye. tak pun tuntut lah dgn mama gua tu. gua ade je barang2 yg boleh dijual tuk bayar hutang kalian. gua xmnx pape pun dari kalian, gua cuma mohon sedekahkah al-fatihah je buat gua k. mintak maaf atas segala kesilapan. gua tahu kadang2 gurauan gua ni kasar. sori ye kawan2, spupu spapat dan sape2 je lah.

LAST BUT NOT LEAST : amirah husna bt abdullah : hai syg. org tau awk akan baca blog ni suatu hari nnt. awk kena teruskan hidup tanpa org. awk kena kuat. awk jgn suka sgt pendam nnt takut xterkawal lain jadinya plak. jadilah anak yg solehah. dgr kata mi n abu tu. awk kena matang. awk akn cerdik. bila aku sudah tiada, simpan semua lagu jangan ditangis selalu. mungkin itu sementara, bila jumpa penggantiku jgn dilupakan aku. org syg awk tp nak buat cmne kita xde jodoh kat dunia. maaf sgt2. org byk nyusahkan awk. org slalu marah awk. marah bukan kebencian tp tanda syg. awk kena cari pakwe baru yg boleh jage awk. org tau ade lelaki lain yg lebih bagus dari org. nnt bila dah kawen nnt org mintak awk letak nama budak tu 'fariq muzakkir'. cukup umur 7 tahun nnt, bawak budak tu ke kubur org. awk jgn lupakan org eh. selalu doakan org setiap kali lepas solat. doakan org selamat di sana. awk tu jgn keras kepala sgt. nnt suami xsuke. buat pape biar matang cket. jgn ikut emosi dan perasaan tau. akhir sekali, sedekahkan al-fatihah kepada org bila dah abeh baca blog ni. luv u. tq :)

No comments:

Post a Comment