Monday 5 September 2011

ANUGERAH


gua sukakan cabaran tp kadang kala langkah kaki gua terhenti sejenak dan berfikir perlukah gua terus melangkah kaki. tapi sifat semulajadi bagi gua adalah mendapatkan apa yg gua mahu kan dalam hidup ini. kadang kala gua keliru adakah sifat gua ni mementingkan diri sendiri? tapi gua rasa gua selalu penting kan orang lain dalam hidup gua walaupun gua terpaksa terluka sebab setiap manusia sekeliling gua mempunyai makna kepada gua walaupun siapa pun beliau. mesti tertanya-tanya apakah yg cuba gua sampaikan ini? HAHAHA


ceritanya bermula disini, dimana gua terkaku sejenak bila melihat gelagat manusia sekeliling gua. gua selalu jadikan pengalaman mereka sebagai iktibar gua. gua nak kongsi sedikit kisah mmbe gua. bg gua beliau sgt untung sebab sangat mudah bertemu cinta beliau selepas beliau 'putus' dgn kekasih lama beliau. mmbe gua yg laen pown ape kurangnya, sorg pergi, sepuluh mari. gua hairan kenapa mereka begitu mudah bertukar ganti? haih... adakah nilai cinta bagi mereka begitu murah??? tapi x boleh jugak gua fikir mcm tu sbb laen org laen cara kan???

nak di jadikan cerita gua terkejut sebenarnya bila tahu pasangan kekasih (mmbe gua) dah putus. pdahal mereka baru je bersama dan gua rasa dah mcm sweet couple dah. ke hulu ke hilir dgn awek dia tu. dah mcm belangkas gua tengok. tapi tup tup tup! dengar cerita dah putus. tp bila gua tanya, beliau cakap dah xderk jodoh. berbalik pada  kisah gua plak, gua syok kat seseorang ni tp gua 'takot' kisah gua akan jadi macam kisah kawan gua. tapi jauh di sudut hati gua berkata2 'tu kisah dia bukan kisah gua!'. gua xboleh nak samakan  kisah orang dengan kisah kita sebab qada' dan qadar telah ditentukan olehNya.

gua dah tekad, kalau itu yg gua mahukan, gua akan kejar walaupun terpaksa jatuh berkali2 dan luka sekalipun. AKU YG RELA TERLUKA UNTUK MU SELALU...gua hanya mahu terus melihat senyuman 'beliau'. senyuman 'beliau' adalah kekuatan gua. perrghhh!jiwang la plak ayat ni. tp btol lah, tu apa yg gua rasa. 'beliau' seolah2 menjadi sebab untuk gua terus melangkah kaki dan teruskan kehidupan ini. walaupun kehidupan ini perit tapi gua tetap mampu tersenyum setiap kali gua memikirkan 'beliau'. senyuman 'beliau' satu anugerah buat gua. terima kasih Allah kerana pertemukan gua dengan 'beliau'. 

No comments:

Post a Comment