Thursday 22 September 2011

PENGEMBARA JALANAN


Tersebutlah kisah seorang lelaki yg tinggal di dalam hutan. beliau menghabiskan hampir seluruh sisa hidupnya di dalam hutan belantara itu. walaupun hidup sebatang kara, beliau selesa dengan kehidupan beliau kerana haiwan-haiwan dan pokok-pokok menjadi teman hidup beliau. walaupun beliau hanya manusia biasa yg tidak mampu bertutur mahupun berkomunikasi dengan haiwan-haiwan sekeliling, namun beliau sangat berpegang kepada kata-kata arwah ayah beliau bahawasanya haiwan juga punya hati dan perasaan walaupun tidak punya akal seperti manusia.

Pada suatu hari, beliau membuat keputusan untuk keluar merantau ke negeri orang. maklumlah, ingin juga beliau rasa suasana berbeza. walaupun hatinya berat untuk meninggalkan hutan rimba yg menjadi tempat tumpahnya darah daging beliau. beliau tekad juga meninggalkan hutan rimba untuk mencari pengalaman baru di rantau orang. hidup di dunia ni hanya sekali. beliau tidak ingin menghabiskan seluruh sisa hidupnya keseorangan di dalam hutan rimba itu. hanya berbekalkan apa yg perlu sahaja, beliau menunggang unicorn beliau dan keluar dari hutan tesebut. 

Beliau mengarahkan unicorn beliau membawa beliau ke mana sahaja kerana beliau pun tidak tahu punca dan arah tuju. yang pasti beliau cuma minta unicorn beliau membawa beliau jauh dari tempat asal beliau. sejauh mana? mungkin sejauh fikiran beliau yang sedang melayang tatkala merenung nasib diri yang tidak tahu penghujungnya. beliau sangat tertarik dengan keindahan semulajadi yg berada di luar pemikiran beliau. hal ini kerana beliau tidak pernah melihat dengan mata kasarnya sendiri mahupun mendengar cerita daripada orang tuanya kerana kedua-dua orang tuanya meninggalkan beliau ketika usianya sangat kecil.

Ketika seronok terbang bersama unicorn kesayangannya, beliau ternampak satu kawasan yg sangat menarik. kelihatan begitu ramai spesis sepertinya berada di situ. beliau rasa sangat gembira apabila menemui juga golongan sepertinya. maklumlah sebelum ini hanya hidup seorang diri di dalam hutan belantara. beliau mengarahkan unicorn untuk turun dan mula bertegur sapa. beliau sangat beruntung kerana tempat yg beliau singgah itu adalah tempat berkumpulnya spesis beliau untuk menuntut ilmu. berbagai ilmu serta kemahiran hidup yang diajarkan disitu termasuklah cara-cara memburu haiwan liar, mengutip hasil hutan dan sebenarnya begitu banyak kalau nak di ceritakan tapi yg pasti semua ilmu adalah mengenai IKHTIAR HIDUP.

Beliau mula rasa seronok bila dapat berkomunikasi dengan makhluk yg sama spesis dengan nya ini. dan ketika beliau hendak melangkah pergi, seorang orang tua yg merupakan guru kepada semua makhluk di situ memanggil beliau seraya berkata, 'wahai anak muda, aku tahu kau sedang mencari sesuatu tapi kau sendiri buntu akan pencarianmu itu'. kata-kata orang tua itu tadi menyentap hati pengembara tersebut kerana itulah perasaan yg di alami beliau kerana beliau membesar tanpa manusia lain disekelilingnya dan tidak tahu arah tuju beliau. jadi, orang tua tersebut mempelawa beliau untuk tinggal di situ buat sementara waktu. kata orang tua tersebut, mungkin pengembara itu akan menemui apa yg dicari-cari selama ini.

Masa terus berlalu, ternyata pengembara itu masih buntu tentang arah tujunya. pada suatu hari, beliau mengambil keputusan untuk bermeditasi di air terjun yang begitu jauh dari tempat tinggal beliau yg sementara itu. kelihatan air terjun memijak kepala beliau dan mungkin amalan itulah yg dikatakan meditasi. dalam meditasi beliau, beliau berharap beliau akan punya punca dan arah tuju. beliau rasa dunia ini tiada makna tanpa punca dan arah tuju. ketika sedang kusyhuk bermeditasi, beliau terpandang kelibat seorang gadis yang sangat cantik parasnya sedang bermandi-manda berdekatan dengan tempat yg beliau sedang duduk itu. ternyata kelibat itu menghilangkan fokus beliau untuk terus bermeditasi. beliau mencari-cari ke manakah kelibat itu pergi. tapi sayang tidak ke temu jua kelibat itu kerana kelibat itu begitu pantas menghilangkan diri.

Peritiwa itu sangat malang bagi beliau. beliau merasakan sesuatu yg aneh terjadi dalam diri beliau. beliau asyik memikirkan kelibat yg tidak sempat untuk ditegurnya. hari demi hari beliau mencari seluruh kawasan itu namun tidak bertemu jua. akhirnnya beliau terfikir, mungkin kelibat itu akan muncul jika tidak di cari. beliau pun bercadang untuk bermeditasi sekali lagi. ternyata caranya amat berkesan kerana setelah beliau bermeditasi, beliau ternampak bayangan kelibat yg dicari selama ini. kali ini beliau bertindak bijak kerana terus menunggang unicornnya untuk mengejar kelibat itu. kelibat itu cuba melarikan diri, tapi tidak terdaya meninggalkan unicorn beliau. akhirnya beliau dapat juga bertentang mata dengan kelibat itu.

Wah! sungguh indah rupa paras kelibat itu. gadis yang sangat cantik rupawan. beliau menegur dengan sopan, 'maaf saudari, saudari datang dari mana ya?'. kelibat itu menjawab, 'saya datang dari kaki bukit di bawah sana.' pengembara itu cuba untuk mempelawa gadis itu menaiki unicornnya untuk menghantarnya pulang ke kaki bukit. pelawaan itu diterima dan membuat pengembara itu begitu seronok. setelah sampai ke kaki bukit, pengembara itu menurunkan gadis itu. kemudian, pengembara itu pulang dengan senyuman terukir manis di wajah beliau. pengembara itu merasakan ingin mendekati gadis tersebut. adakah pengembara itu sudah jatuh hati kepada gadis misteri itu?

Pengembara itu sangat bodoh kerana beliau lupa untuk bertanyakan kepada gadis tersebut bagaimana untuk bersua dengan gadis itu. beliau mula resah dengan kebodohan dirinya sendiri. beliau mengambil keputusan untuk pergi semula ke kaki bukit kerana ingin bertemu dengan gadis tersebut. ternyata semuanya meleset kerana tiada apa-apa kesan yg menunjukkan di situ adalah tempat tinggal manusia. beliau semakin buntu. adakah gadis misteri itu hanyalah khayalan semata-mata? beliau tekad untuk mencari gadis itu. hampir seluruh kawasan berdekatan beliau pergi semata-mata untuk mencari maklumat tentang gadis tersebut. beliau tersentap bila tahu tentang hakikat gadis itu. tapi siapakah gadis itu???

Untuk pengetahuan, gadis itu merupakan tuan puteri yang turun dari kayangan. tidak hairanlah mengapa parasnya indah tidak berbandingan. beliau berhenti dan berfikir sejenak, perlukah beliau terus mengejar tuan puteri itu. beliau lantas terfikir tentang orang tua yg mempelawa beliau menumpang tempat tinggal sementara buat beliau sebelum ini. alangkah hampanya bila beliau mengetahui berita yg orang tua itu sudah pergi buat selama-lamanya. beliau semakin buntu. beliau bermeditasi di atas gunung untuk memperoleh jawapan yg tidak tahu untuk diperolehi dari mana. ternyata meditasi itu sangat berkesan kerana beliau bermimpi berjumpa orang tua yg sudah pergi buat selama-lamanya itu. kabaran gembira atau derita yang disampaikan melalui mimpi tersebut?

orang tua itu berkata, 'wahai anak muda, sesungguhnya puteri itulah arah tuju hidupmu'. tapi belum sempat untuk pengembara itu bertanya bagaimana untuk bersua dengan puteri itu, orang tua itu menghilangkan diri dan mengejutkan beliau dari mimpi. beliau buntu dan pergi ke atas gunung untuk mencuba nasib. hari demi hari beliau menanti puteri itu akhirnya muncul juga puteri kayangan itu. beliau tidak melepaskan peluang tuk mendekati tuan puteri itu. beliau memulakan bicara dengan seperti manusia lain mula berinteraksi juga. dan akhirnya apabila tuan puteri itu hendak mengundur diri beliau bertanya di manakah tempat tuan puteri itu selalu bermain kerana beliau ingin bersua lagi dengan tuan puteri itu. tuan puteri itu akan turun dari kayangan setiap 14 hari.

setiap 14 hari pengembara itu akan tunggu di tempat tuan puteri itu bermain. beliau sangat seronok bila dapat bersua dan berjalan-jalan dengan tuan puteri. mana tidaknya, dahulu, beliau hanya mampu bermimpi sahaja sekarang beliau sudah pun boleh menemani tuan puteri itu ke mana sahaja tuan puteri itu pergi. kelihatan tuan puteri itu selesa dengan pengembara itu. hari demi hari tuan puteri semakin rapat dengan pengembara sehingga buat pengembara itu keliru. pengembara itu hampir terlupa dengan statusnya iaitu hanya PENGEMBARA dan  orang yg sedang didampingnya itu merupakan PUTERI KAYANGAN. mana mungkin PUTERI KAYANGAN akan terima lamaran PENGEMBARA JALANAN sepertinya. 

Hampir setiap masa pengembara memikirkan tentang tuan puteri itu. bagi beliau, tuan puteri itu sangat bermakna dalam hidup beliau. kebahagiaan yg tidak pernah dikecapi oleh pengembara selama hidupnya ada pada tuan puteri itu. pada suatu hari, pengembara itu bermimpi ngeri. beliau termimpi bahawa lamarannya ditolak mentah-mentah oleh tuan puteri dengan pakej lengkap cacian dari tuan puteri itu. beliau tersentap dari tidur dan dapati ada air melintasi pipi beliau. mimpi itu menghantui beliau. beliau tertanya-tanya adakah itu petunjuk atau sekadar mainan tidur? 

detik demi detik mimpi itu terus menusuk jiwa pengembara itu. beliau mencari tuan puteri itu untuk meluahkan perasaan hati beliau dan ingin kan kepastian dari tuan puteri itu. tapi ternyata soalan beliau tidak kena pada tempatnya. beliau lupa asal usul dirinya. mungkin pada pendangan puteri itu soalan itu terlalu mendesak sedangkan pengembara itu bertanyakan soalan itu kerana mimpi yg menghantui beliau. beliau cuma hendak tahu jika impiannya itu merupakan angan-angan mat jenin semata, beliau akan pergi jauh dari hidup tuan puteri itu. beliau sememangnya bersedia tuk hadapi segala kemungkinan kerana beliau tahu mana mugkin PUTERI KAYANGAN akan bersatu dengan PENGEMBARA JALANAN. sehingga kini pengembara itu terus menanti sebuah jawapan yg tidak tahu lagi ke mana arah hendak dituju untuk memperoleh jawapan yg hakiki yg bakal merubah segalanya.

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu
Seiring jejak kaki ku bergetar
Aku telah terpaut oleh cintamu
Menelusup hari ku dengan harapan
Namun kau masih terdiam membisu


Sepenuhnya aku ingin memelukmu
Mendakap penuh harapan tuk mencintaimu
Setulusnya aku akan terus menunggu
Menanti sebuah jawapan tuk memilikimu


Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tahu isi hatiku
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku


Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu...


*ini adalah penemuan terakhir tentang pengembara tersebut. gua xpasti apakah kisah yg berlaku selepas itu. mengikut mitos, pengembara itu hidup bahagia dengan puteri kayangan itu. tapi ada juga pihak yg mengatakan pengembara itu tinggalkan puteri kayangan tapi bukan tinggal kerana mengalah tetapi kerana sayang akan tuan puteri yg sepatutnya memperoleh jodoh dari kayangan juga. jadi maafkan gua sebab gua xtau kesahihan ending cerita pengembara dan puteri kayangan itu. sekian.

3 comments:

  1. puteri kayangan tu lepak ng aku la.. HEHE

    ReplyDelete
  2. oh, yang kat Kopitiam Umar hari tu ke? HAHA

    ReplyDelete
  3. aik? mane lah aku tau. aku xtau ending cite nie cmne sbb tu je penemuan kami pasal pengembara dan tuan puteri tu....

    ReplyDelete