Tuesday 6 September 2011

ADA UNTUK MU

Aku kagum dengan sang pungguk
Menanti sang bulan dengan setia
Aku kasihan dengan sang pungguk
Menanti sesuatu yang tidak pasti


Tiada manis madah yang mampu ku cipta
Tiada puisi indah yang mampu ku ungkap
Tiada keindahan bicara yang mampu ku lafas
Hanyalah ketulusan hati yang ku persembah

Aku teruskan langkah menjejak mu
Aku gagahkan kaki yang tidak semegah ini
Mungkin seribu luka akan menyiram tubuh
Tapi sejuta kekuatan menemaniku ke arahmu

Jemputlah aku disetiap mimpi manismu
Panggillah aku untuk menyapu air matamu
Jeritlah namaku untuk ku berlari ke arahmu
KERANA AKU SENTIASA ADA UNTUK MU

No comments:

Post a Comment