Monday 19 September 2011

KAU AKU

jika aku ditakdirkan untuk menjadi bulan, aku harap kau tidak akan jadi pungguk sebab aku kasihan kepada si pungguk yg menghabiskan sekian hidupnya untuk menunggu sang purnama yg tidak akan turun ke bumi.

sebaliknya, jika aku ditakdirkan untuk menjadi sang bulan, aku mengharapkan kau menjadi mentari yg diperlukan aku untuk menyinar setiap detik hayatku.

jika aku ditakdirkan menjadi malam, aku tidak mahu kau menjadi kelawar sebab aku simpati kepada si kelawar yg menghabiskan hampir setiap harinya di kala malam.  jarang sekali bersua dengan siang yg indah.

sebaliknya, jika aku ditakdirkan untuk menjadi malam, aku mahu kau menjadi sang bintang yg menjadi penyeri di kala hidupku.

jika aku ditakdirkan untuk menjadi lautan, aku harap kau tidak akan menjadi kapal yg berlayar di atas lautan kerana aku kasihan melihat sang kapal bertarung dengan gelora lautan untuk terus megah berlayar.

sebaliknya, jika aku ditakdirkan untuk menjadi lautan, aku mengharapkan kau menjadi ikan yang bebas berenang-renang di dalam lautan.

jika aku ditakdirkan menjadi hujan, aku tidak mahu kau menjadi si bukit kerana aku simpati dengan sang bukit yang terhakis di kala kehadiran hujan. semakin lebat hujan turun, semakin terhakis keindahan si bukit.

sebaliknya, jika aku ditakdirkan untuk menjadi hujan, aku mahu kau menjadi hutan belantara yang terus segar dengan kewujudan hujan.

TAPI....

itu semua hanyalah JIKA. perkataan JIKA yg selalu digunakan dalam fantasi semua insan yang tidak mampu untuk mengecapinya secara hakiki. 

AKU adalah AKU dan KAU adalah KAU. 
-HAKIKATNYA, AKU ditakdirkan untuk hidup di dunia yang penuh dengan pancaroba ini dan AKU harap KAU menjadi peneman di setiap langkah kaki ku dalam meniti pentas lakonan yang sementara ini. AKU mahu KAU menjadi TEMAN untuk bersama-sama menuju sebuah lagi kehidupan yang pasti bagi setiap insan. kehidupan yang sementara ini hanya 'di sebalik tabir' yang perlu kita persiapkan sebelum menempuh PERMULAAN CERITA YANG SEMPURNA kelak. tapi cerita AKU tidak sempurna tanpa KAU....

No comments:

Post a Comment