Tuesday 27 September 2011

PULANGLAH

adakah aku mengenalimu?
atau pun masih tidak cukup mengenali mu?
dulu mataku dapat melihat sesuatu dalam dirimu
sesuatu yg xdapat aku tatap di dimensi lain
iaitu keindahan yang aku tidak tercipta olehku

detik kelmarin telah mengubah segalanya
keindahan itu seolah-olah semakin kabur ditelan tragedi
tragedi yang tidak ku duga membawa impak sebegini
sepertiga malam ku menangis kerana sesalanku
aku seolah-olah merosakkan keindahan semulajadi

hari-hari ku kini diselubungi dengan sesalan
sesalan yang akan hilang setelah 'kau' kembali
sememangnya kau tidak pernah pergi
tapi 'kau' masih tidak kembali lagi
kembali dari kesuraman yang menyekat keindahanmu

aku harap kau mengerti
memahami isi hati ku
aku lemah tanpamu
tanpa kegembiraanmu
yang menyinari hari-hariku

bayangan lalu masih bermain dalam fikiranku
gurau senda serta pujukanmu
tindak-tandukmu yang menyatakan rindumu
tidak pernah kau ungkap dengan kata
tapi dapat aku rasakan bahangnya

kembalilah kasih kepada diriku
hidupku sepi tanpa kehadiranmu
dengar rayuanku jeritan batinku
yang masih dahagakan kemesraanmu
masih bertanya di mana kesudahan semua ini?

No comments:

Post a Comment