Sunday 25 September 2011

MASA

MASA ITU EMAS?
emas dah sinonim dengan masa. bila sebut sahaja pasal masa orang pasti akan cakap masa itu emas. gua bukanlah tidak setuju dengan peribahasa melayu yg dah dicipta oleh orang-orang dahulu kala, tapi gua nak bagi pendapat gua sendiri je. bagi gua masa itu bukan emas. jika masa itu emas kita semua masih mampu untuk beli emas. tapi masa bukan emas. ya bukan emas. bagi gua masa itu tidak ternilai. memang tidak mampu dibeli atau dibayar dengan apa pun. mungkin menerima akibat dari masa. maksudnya menerima akibat seperti kekesalan yg tidak terhingga jika masa yg dikurniakan disalah guna.

MASA ITU UNIK?
bagi gua masa itu juga sesuatu yang unik. sebab membe gua cakap, bila kita mahukan ia berlalu dengan pantas, ia hanya bergerak perlahan sahaja. tapi jika kita mahukan ia berlalu dengan cepatnnya, ia akan berjalan bagai kura-kura sahaja. masa juga buat kita misteri kerana kita tidak mampu merajai masa. orang cakap kalau nak berjaya kita kena pintas masa. pada gua masa tidak sama sekali boleh dipintas tapi kita hanya perlu menguruskan masa dengan betul supaya semua strategi dan atur cara dalam hidup dapat diselesaikan dengan kemas dan teratur.

MASA ITU PENAWAR?
adakala nya bagi gua masa itu bertindak sebagai penawar kedukaan. ya! gua yakin dengan kepala otak gua nie. masa juga boleh menjadi penawar kedukaan. contohnya, bila seseorang itu 'tersungkur' dalam hidup, bak datang lah sejuta kaunseling dari langit pun, ianya hanya mampu memberi kelegaan di hati yg sementara sahaja. orang yg 'tersungkur' itu tetap akan memikirkan 'kejatuhan'nya itu kerana ia telah pun menyelubungi jiwa beliau. tapi ketika ini, gua pasti beliau mencari 'masa' sebagai teman. beliau mengharapkan masa semata2 untuk buat kesengsaraan di hati hilang.

MASA ITU PENYIBUK?
setiap kali kita sedang melalui detik-detik menyeronokkan dalam hidup, sudah pasti masa akan menjadi penghalang untuk kita terus hanyut dalam kegembiraan itu. kita mengharapkan masa akan bergerak tanpa had dan penamatnya. kita mengharapkan hanya kita yg akan wujud dalam dimensi masa yg menyenangkan hati itu. tapi sayang semua itu tidak akan berlaku sama sekali dan hanyalah harapan dan angan-angan yg tidak mampu dicapai. ianya hanya wujud dalam hati yang tidak disertakan dengan logik akal.

MASA ITU KEJAM?
masa itu kejam sering diungkap oleh semua insan yang tersentap dengan hakikat. ya abah gua cakap lelaki yang kuat adalah lelaki yang sanggup berdepan dengan hakikat. gua rasa gua masih lemah dalam penerimaan hakikat ni. bukan semua hakikat gua boleh terima dengan hati terbuka. ada juga ambil masa tuk gua terima. tapi bila gua berpegang dengan 'nak xnak tetap kena hadap' , jadi gua layankan aje lah hakikat yg menyakitkan tu. kadang-kadang gua terdetik juga alangkah baiknya jika gua tidak melalui peristiwa itu. sebab setelah gua lalui peristiwa itu, gua akan terimalah kesannya dimana diakhir cerita gua kena berdepan dengan hakikat yang menyakitkan. MASA ITU KEJAM akan tiba tuk gua tidak lama lagi. walaubagaimanapun, terima kasih tuk segalanya. semua peristiwa gua akan kenang sebab bagi gua semua tu cukup bermakna. lu kejar je lu punya kebahagiaan dan impian sebab itu yang semua orang nak dalam hidup ni. jangan berpaling pada gua lagi. jangan risau pasal gua sebab masa akan jadi penawar gua nanti. macam gua cakap kat atas tu, MASA ITU PENAWAR. sekian...

No comments:

Post a Comment