Sunday 2 October 2011

SEJARAH

'those who cannot remember the past are condemned to repeat it'
-George Maxwell-

definisi sejarah:
sejarah adalah sesuatu tragedi atau kejadian lampau

kali ni gua nak ulas mengenai sejarah. gua ni bukanlah pakar sejarah ataupun penggemar sejarah pun. tapi gua terdetik untuk mengulas mengenai sejarah apabila sejarah mampu menghantui sesetengah pihak. sejarah memanglah sesuatu yang kita semua perlu ingat untuk digunakan sebagai pedoman dan panduan pada masa akan datang tapi jangan biarkan sejarah menghantui kita. apa yang dimaksudkan dengan sejarah menghantui individu itu?

sejarah dikatakan menghantui individu  apabila seseorang itu melepaskan apa sahaja keinginannya kerana dikatakan sejarah lama akan berulang. bagi gua, semua orang pernah melalui situasi sebegini cuma tragedi sahaja yang berbeza. nak bagi semua faham, gua ceritalah sedikit sejarah yang pernah menghantui gua. gua pernah main takraw sampai peringkat negeri ketika zaman hingusan dulu. gua rasa perit bila gua kalah. gua rasa semua orang akan perit bila kalah kan? di sebabkan kejadian itu, gua terus gantung warrior gua. 

pada gua bukan itu sepatutnya cara orang matang melalui rencah kehidupan ni. sepatutnya gua teruskan rejaman gua sehingga kini. tapi ternyata peristiwa kekalahan itu masih lagi terbawa-bawa sehingga kini. gua pasti setiap orang akan melalui situasi sebegini. mengapa kita perlu menidakkan perasaan dan minat kita terhadap sesuatu perkara itu? rasanya tak salah kalau kita amek risiko untuk terus mencuba sesuatu perkara yang kita pernah gagal kan? 

bagi gua, ada perkara yang kita akan jatuh berkali-kali sebelum kita mengecap kejayaan. adakalanya kita mungkin tidak akan merasa 'jatuh' walau sekalipun untuk kecap sesuatu kejayaan. ia bergantung kepada takdir yang sudah tertulis untuk kita semua. tapi serius gua cakap, hidup ni tiada cabaran tanpa kegagalan. kegagalan memberi erti kepada kita untuk meneruskan perjalanan hidup. ia seolah-olah pedoman yang mengiringi kita. 

tapi jika kegagalan itu menjadi sekatan kepada kita untuk terus mengejar apa yang kita mahu, itulah yang gua maksudkan dengan sejarah menghantui kita. jangan biarkan sejarah menghantui kita sebaliknya biarlah sejarah menjadi panduan kepada kita. pada gua, kita boleh muhasabah diri dan kaji serba sedikit tentang sejarah yang pernah kita lalui dan cuba untuk elakkan ianya berlaku lagi jika kita tahu punca kegagalan itu.

err.. gua rasa setakat ini sahajalah coretan gua. gua pun bukanlah pakar sejarah. ini hanyalah pandangan gua mengenai sejarah dan sedikit tentang kegagalan. kalau yang laen ada pendapat sendiri, silalah kemukakan tapi kat blog sendiri la. hehe . . . sama-samalah renungkan apa yang gua cakap ni. kalau betul ambillah buat pedoman, kalau salah, kite bakor je!!!!

*failure make we learn something, without failure this life is nothing. don't let failure haunted your life but let it be the turning point for you to strive

No comments:

Post a Comment