Tuesday 4 October 2011

LISAN

bercakap adalah salah satu rutin yg sudah pasti tidak seorang pun akan terlepas atau terlupa untuk melakukannya. gua rasa manusia ni memang suka bercakap. kalau xboleh bercakap tu, gua rasa ada yg naek sawan xpun demam. sebenarnya gua tertarik untuk ulas pasal bercakap ni sebab dalam kelas tadi gua punya lecturer adalah sebut pasal bercakap ni. kata beliau, menurut salah satu hadis ni, bercakap boleh menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka. bercakap jugak boleh menambahkan dosa je. jadi, baik diam je lah kan kalau agak2 xderk benda nak dicakapkan tu. (amboi, gua sembang macam gua bagus sangat la plak. haha)

gua tahu gua xbagus mana pun tapi gua nak tulis jugak pasal isu bercakap ni sebab gua tertarik dengan isu ni. padahal gua rasa isu ni punya lah dah lapok di telan zaman kan? tapi xpe, gua punya blog, suka hati gua lah kan? emm... bagi gua lah kan, bercakap ni boleh dikaji dari pelbagai aspek. kalau kita pandang dari sudut kesihatan, pada gua bercakap ni merupakan salah satu senaman yang menyihatkan sebab moto kasar dan moto halus berfungsi ketika ini. tapi kalau dipandang dari sudut islam, memang tidak disangkal lagi lah bahawa bercakap ni banyak buat dosa je. tu yg kte dengar dari org2 tua bahawa makin banyak kita bercakap, makin banyak dosa kita. 

tapi terpulanglah kepada individu itu sendiri sebenarnya. bagaimana individu itu memanfaatkan nikmat bercakap yg dikurniakan tuhan tu. kalau beliau rasa dengan mengumpat dan bertutur kata perkara yg tidak berfaedah tu mampu mengenyangkan perut xpown menenangkan jiwa, silakanlah. tapi tragedi susulan selepas itu, tanggunglah sendiri. dengan mulut jugak boleh bawak bergadoh woo. kalau kita jenis manusia yg mengadu domba memang 'ni makan dia' (kaki + tangan). kalau yer pown sakit hati sangat dengan seseorang tu, pergi je lah jumpa face to face cakap kat dia lu xpuas hati ngan dia dan bgtau lah sebab musababnya kat orang tu. tp kalau lu rasa x yakin, carilah siapa2 sahaja yg lu boleh luahkan perasaan yg terbuku kat hati lu tu. tapi....

tapi? tapi dengan syarat, lepas je lu luahkan apa yg terbuku tu, 'habis'kan kat situ jugak. bukan maksud gua lu pergi habiskan orang yg lu xpuas hati tu, tapi lu habiskan lah perasaan xpuas hati lu situ je. jgn lah simpan dalam hati. bahaya woo main simpan2 dalam hati ni. bila kita simpan, bila ia meletus kelak, gua takot lu pown xmampu nak kawal diri lu. tu yg ada satu kisah ni, sepasang suami isteri yg sangat sweet ketika jadi pasangan kekasih  dulu tapi diakhiri dengan kematian si isteri ditikam bertubi-tubi oleh si suami kerana cemburu buta. beliau duk simpan dalam hati. mana xjeles nya kalau bini cun melecun. memang ramai la yg mengejar nya. tp pada gua boleh je tanye elok2 kat si isteri tu kan? tp macam gua cakap lah, memang bahaya woo pendam2 ni.

err... gua pown dah kekeringan idea nak tulis entry pasal lisan ni. tapi apa yg pasti gua seru kepada semua jagalah lisan anda kerana dengan lisan2 macam2 kesan mendatang di depan sana yg kita sendiri tidak sangka. jangan lah dah terhantuk baru terngadah, ketika itu sudah tidak bermakna lagi sejuta sesalan lu semua. apa-apa pun ,gua minx maaf kalau2 entry gua ni ada menyinggung mana2 pihak. gua cerita ni pun sekadar berpesan-pesan tuk semua dan diri gua jugak. gua pown ade je buat salah pasal lisan ni. manusia tidak sempurna bukan? tapi kita berpeluang tuk baiki kesilapan  kita. gua akhiri entry ini dengan pepatah ni, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. gua rasa macam ada yg xkena dengan pepatah tu. k la, peace your!

No comments:

Post a Comment