Tuesday 25 October 2011

KEKUATAN . . . KELEMAHAN

dunia ini penuh pancaroba. kadangkala, ia amat perit untuk kita teruskan hidup, perit untuk berdepan hakikat. walaupun gua selalu menjadi rujukan rakan-rakan untuk menyelesaikan masalah mereka. ini tidak bererti gua mampu menyelesaikan masalah yang gua lalui seorang diri. gua juga insan yang lemah seperti yang lain juga. gua insan yang serba kekurangan. manusia ini sememangnya dilahirkan unik. semua orang akan ada kelebihan masing-masing. cuma, ada yang tidak pernah sedar akan kelebihan dan kekuatan diri sendiri.

bagi gua, KEKUATAN gua adalah KELEMAHAN gua. dan begitulah sebaliknya. di saat gua gundah, gua mencari KEKUATAN gua untuk terus melangkah. walaubagaimanapun, KEKUATAN adalah suatu benda yg mungkin tidak kekal. hal ini kerana, segala yang dikurniakan tuhan tidak pernah kekal. ianya hanya sementara. jadi, apa yg cuba gua relate kan kat sini, di kala gua perlukan KEKUATAN gua itu, mungkin juga ia tidak mampu menjelma walaupun diseru dan dicari. 

seketika itu, hanya kekeliruan dan kekusutan akan jadi peneman setia. gua terhenti seketika tidak bermaksud gua mengalah untuk terus melangkah kaki, tapi gua keliru dan buntu. gua tidak sangka dahulunya burung kakak tua yang sering menjadi penghibur di bahu kiri gua kini sudah mendiamkan diri dan cengkaman kukunya secara perlahan-lahan mencederakan bahu gua yang tidak segagah ini. kelihatan tiada titisan darah yang mengalir. hal ini kerana, ia tidak mencederakan zahir gua, tapi telah berjaya melukakan hati gua kerana kesilapan gua sendiri yang menaruh harapan yang tinggi kepada beliau.


bila KEKUATAN gua mulai hilang, ia secara tidak langsung menjadi KELEMAHAN kepada gua. gua masih GAGAH untuk berdiri tetapi gua TIDAK BISA  membuat keputusan tentang beliau. gua buntu kerana tidak sanggup menjatuhkan hukuman kepada sang burung yang selama ini menjadi peneman setia gua. tidak mungkin gua akan semudah itu membenci dan 'membuang' makhluk yang selama ini tidak kenal erti penat lelah menabur bakti buat gua. gua masih buntu setiap kali memikirkan tentangnya. 

ada yang berpendapat gua perlu lupakan dan abaikan. tetapi jika ia diabaikan, ia akan terus menjadi duri dalam daging gua ini. gua harus selesaikannya secepat yang mungkin. gua harus! gua masih merantau dan merantau mencari ilham dan berdoa agar dikurniakan KEKUATAN dan akal yang waras dari Yang Esa dalam menyelesaikan konflik kehidupan gua ini. kehidupan ini memang perit tapi gua masih mencuba untuk gagah dan terus berdiri kerana gua anggap tanpa dugaan, ujian dan keperitan dalam dunia ini ibarat lukisan yang tidak berwana. itulah warna-warni kehidupan yang berguna buat gua untuk masa yang akan datang.

*HARI ESOK MASIH ADA TAPI MUNGKINKAH GUA MASIH ADA?

No comments:

Post a Comment