Monday 3 October 2011

PROFESIONAL

kali ni gua nak tulis entry pasal PROFESIONAL sebab gua menyampah bila ada orang yang xreti nak bersikap profesional dalam urusan dan kerja buatnya. pada pendapat gua, profesional ini akan datang sendiri bila seseorang itu sudah matang. kalau seseorang individu itu masih tidak mampu bersikap profesional dalam kerja buatnya, bagi gua beliau ZERO. beliau masih tidak matang. kematangan itu akan wujud apabila seseorang itu mampu menilai perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan seharian. tapi sebagai insan biasa dan tidak sempurna, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan kan? 

gua nak lebih menjurus kepada tragedi yang mencetus idea kepada gua tuk tulis entry pasal profesional ni. gua ditugaskan untuk menganjur sejenis pertandingan ni. gua adalah jugak terlibat dengan ajk penting dalam ajk penganjuran ini. pencetus entry ni juga, yg merupakan seorang wanita solehah juga terlibat dalam ajk di mana, tugas beliau sangat berkait rapat dengan gua. jujur gua cakap awek ni sangat baik dan islamic tapi xkan lah sampai xboleh nak bersikap profesional kan? start dari meeting yg pertama lagi beliau payah sgt nak berurusan dengan gua. haih

sampai tahap di mana ktorg semua memang perlu berganding bahu antara ajk untuk memastikan perjalanan pertandingan itu berjalan lancar, ktorg memang kena sering berjumpa untuk berbincang mengenai persiapan ktorg. bak kata orang tu, dah tahap klimaks dah la persiapan ktorg ni. tapi beliau masih lagi duk mengelak dari gua. bila beliau mengelak dari gua yg buat gua fade up serta merta. gua mula berubah persepsi mengenai wanita bertudung labuh ni. entah apa-apa je. gua tau lah lu alim tapi ni urusan kerja lah. gua xhadap sangat pun nak tengok muka lu kalau bukan atas urusan kerja. bila orang berbunyi kat wanita2 bertudung labuh ni 'bajet baek', 'bajet bagus' mulalah jadi isu plak. isu nye ape???

isunya akan timbul lah cakap gua xberpuas hati dengan islam la, gua nie pembenci kebaikan lah. jujur gua cakap, gua sangat sanjung orang-orang yg islamic nie. islam itu benar. gua tahu je semua tu, tapi bukankah dalam islam itu juga ada sebut yg islam itu mudah? islam ni mudah je la. bukan payah sangat pown tapi kita semua je yg xreti2 bahasa nya. gua nak pesan satu je, walau mcm mana pun lu semua nak jadi alim, jadilah. gua sokong tapi jgn lah sampai xreti nak bersikap prfesional. banyak je kaedah laen klu nak menjaga batas pergaulan dan apa2 sahaja yg bermain kat kepala otak lu. klu orang laen kat tempat gua pown, gua berani kerat jarilah, kompem muak! kesimpulannya, jadilah profesional dalam kerja buat anda walau apa pun status anda sebab ketidak profesionalan anda boleh buat sesetengah pihak menyampah dengan anda. jangan jadikan islam sebagai alasan untuk anda tidak bersikap profesional. sesungguhnya ISLAM ITU MUDAH. terima kasih~

No comments:

Post a Comment