Tuesday 18 October 2011

HARAP-BERHARAP-HARAPAN

hari ini banyak mengajar erti HARAP-BERHARAP-HARAPAN. bermula dari pagi, gua celik mata gua tengok telefon bimbit gua. ye lah, mana kalau2 ada pesanan dari beliau. tapi ternyata tiada. peristiwa semalam masih terngiang-ngiang dalam kotak minda gua. gua HARAP beliau sudah kembali normal. gua bangun lewat untuk majlis yg agak penting buat gua. bangun lewat kerna merasakan SEMANGAT gua semakin menjauh dari gua. hmm

gua teruskan usaha untuk mengejar impian gua. gua tidak tahu bagaimana hendak mengucap maaf kepada beliau. hanya ukiran maaf untuk tatapan mata ketika beliau menjamu selera yg mampu gua ukir. khidmat pesanan ringkas mungkin tidak akan di layan beliau. setiap kali nset gua berbunyi 'beep'. gua lantas berpaling ke arahnya dan menantikan semoga mesej itu dari beliau. tapi ternyata ianya hanya HARAPAN PALSU buat gua. hampir setiap masa gua menanti dan terus menanti.

M>O>O>D
mood gua betol2 hilang bila gua tengok wajah beliau yg tidak lagi dihiasi dengan senyuman. kekesalan menikam jiwa. seribu sesalan menghantui diri ini. kesalahan gua telah mengubah segala-galanya. gua pulang ke bilik dengan meninggalkan acara yg sepatutnya tunggu sehingga siang kerana mood gua hancos! gua baik dan tidur sepanjang hari. setiap kali gua terjaga, gua akan memandang ke arah telefon bimbit gua. ternyata tiada apa-apa perubahan. gua terus menunggu dan terus menunggu. gua berharap beliau kembali senyum. haih

disebabkan gua asyik terfikirkan sangat perkara tu, gua tak sempat tuk menyuap sebarang makanan ke dalam perut ni. kebulur lah cerita nya! berdendang macam2 lagu dah perut gua nie tapi begitulah, selera gua xderk bro. macam mana nak sumbat. perut gua ni ada perasaan jugak. xkan nak maen paksa2 plak kan? klu sumbat nnt muntah jgak klu perut gua x ikhlas menerimanya. HAHAHA

*moral of da story : fikir sebelum cakap sesuatu. salah cakap boleh anda kebulur sepanjang hari!

No comments:

Post a Comment