Thursday 27 October 2011

CONFUSION

i'm trying to be a righteous person!

gua tidak semudah itu menjatuhkan hukuman kepada manusia yang belum tentu bersalah. gua akan cari bukti dan eviden secukupnya sebelum menjatuhkan hukuman terhadap manusia itu. tapi gua mulai buntu bila di soal siasat tapi tertuduh tidak mengaku kesalahannya. manusia mana nak mengaku bila berak tepi jalan? tapi gua cuba mencari dalang semua nie. mencari dan terus mencari. gua pasti sedikit masa lagi akan tamat semua permainan duniawi ini.

gua sedikit pun tidak 'goyang' dengan kejatuhan gua sebab gua tidak semudah itu untuk dijatuhkan. gua tidak bermaksud gua tidak akan jatuh tetapi tidak mungkin insan yang berada di pihak yang betul semudah itu akan di jatuhkan. sebab telah terfaktab, kuasa kebaikan akan menang juga walaubagaimana cara sekalipun. tapi kali ini gua betul-betul buntu bila semua saksi dan bukti dah cukup tapi yang tertuduh masih tidak mengakui kesalahan nya. gua rasa betul-betul keliru. adakah si tertuduh  tidak mahu mengakui kesalahannya ataupun beliau tidak berani untuk mengakui kesalahannya? mungkin juga si tertuduh telah dianiaya dengan keadaan yang tidak menyebelahi beliau?  tapi xkan segalanya hanya kebetulan? gua masih buntu ni....

gua sudah dapat cagaran dari tertuduh. jika cagarannya ialah semangkuk darah setiap seorang, tidak mengapa gua akan pegang! tetapi jika suatu hari nnt gua terpaksa tuntut cagaran mereka, yang pasti gua bukanlah insan yang akan pergi menuntut cagaran itu. gua tidak sanggup mencederakan manusia yang pernah berjasa kepada gua. walaupun setitis jasa mereka kepada gua, gua akan kenang semua itu. propaganda jatuhkan gua? itu terpulang kepada mereka. gua tidak gentar sedikit pun. cuma gua terkilan kerana asal-usul mereka adalah gua sendiri. manusia yang gua sendiri didik hingga berjaya kenal warna-warni dunia ini, belot setelah kedudukan mereka, mereka rasa selesa.

hakikat sebuah kehidupan. kehidupan ini sangat complicated! gua masih mencari dan akan terus mencari sehingga gua pasti kes ini sudah boleh ditutup. gua akan cuba pastikan kes ini boleh ditutup dengan segera. gua akan cuba! gua berharap agar Yang Esa ada bersama gua tuk bagi gua petunjuk agar gua tidak diselubungi penyesalan di penghujung cerita kelak. gua akan menyesal jika tingkah gua tersalah, jika keputusan gua tidak tepat! gua mengharapkan kebenaran akan terbit tidak lama lagi. kebenaran akan terbit dan menerangi alam ini dan lantas menghilangkan propaganda dari pandangan mata. hilang bukan sekadar tersembungi tetapi hilang terkubur buat selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment