Wednesday 12 October 2011

TIKAM BELAKANG!

setelah sekian lama gua mendiamkan diri dari menulis blog kerana kekeringan idea, kali ni gua kembali dengan hati dan jiwa yang penuh tersentap. gua rasa serba salah dan penuh gelisah. gua tidak pasti pada siapa gua harus PERCAYA. . . . . .

P.E.R.C.A.Y.A
perkataan yang sangat mudah tuk diucap dan perasaan yang sangat susah buat gua. gua memang dari dulu begitu payah sekali nak percaya kepada manusia. memang gua pun manusia tapi gua xtau kenapa gua sangat payah nak percaya kepada manusia walaupun pada zahirnya insan itu begitu rapat dengan gua. gua ada 7 pintu hati. gua tidak sewenang-wenangnya akan bagi manusia asing menari-nari berdekatan dengan ketujuh-tujuh pintu hati gua ni. mungkin pada zahirnya mereka merasakan mereka sudah mengenali gua tapi mereka silap. hanya insan-insan tertentu sahaja yang akan gua kasi muka tuk menjelajah kesemua pintu hati gua. selepas gua benarkan manusia itu melalui ketujuh-tujuh pintu hati gua, bermakna barulah mereka boleh bikin cerita sudah kenal sama gua.

hari ini gua buntu bila dapat pesanan dari orang yang sudah tiada lagi bersama gua. beliau berkata bahawa manusia yang dekat dengan gua sedang membuat konspirasi untuk melanggar gua. keadaan kali ni buat gua buntu. gua tidak tahu nak percayakan siapa lagi. setiap kali hal atau situasi yang cuba menggugatkan kepercayaan gua terhadap orang yang gua percaya, gua akan mula duduk dan diam seketika. gua keliru. gua cuba guna kata hati tuk dapatkan jawapan di sebalik semua ni. gua betul-betul keliru. mana tidaknya, bukannya kepercayaan gua tidak pernah dikhianati manusia.

gua bukan cuba samakan antara kedua-dua manusia itu. gua tahu memang manusia tidak sama. tapi bukankah pengalaman lampau mengajar kita untuk lebih berhati-hati tuk masa hadapan? gua betul-betul keliru. jadi, bagi gua masa tuk fikirkan semua ini. gua akan rungkaikan semua ini. gua akan pastikan gua tidak dihimpit penyesalan kerana keputusan dan tindak-tanduk gua yang mungkin akan buat gua hilang segala-galanya. gua mengharapkan kepada Yang Esa tuk terus berikan gua kekuatan tuk gua teruskan kehidupan yang penuh dengan misteri dan teka-teki. jawapan tuk dunia ni sudah ada di depan mata kita, mungkin kita sahaja yang tidak perasan kerana banyak faktor yang membutakan mata kita untuk melihat hakikat dan kebenaran.


*kadangkala dunia ini aneh!
-yang kita sangka ADA dengan kita rupanya sudahpun MATI buat kita
-yang kita sangka TIADA bersama kita rupanya itulah yang masih HIDUP buat kita

No comments:

Post a Comment