Tuesday, 30 August 2011

SYAWAL TIBA SETELAH RAMADHAN PERGI...

selamat hari raya diucapkan kepada semua yg mengenali diri ini. semoga syawal ini memberi makna kepada kita semua. gua menyusun 10 jari (kalau boleh nak susun 20 sekali ngan jari kaki) atas kesilapan yg dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. walaubagaimanapun, gua pasti akan kenang keistimewaan ramadhan yg telah berlalu itu. diharapkan semoga gua bertemu lagi dengan ramadhan yg akan datang. ramadhan tahun ini adalah yg paling bermakna sepanjang hidup gua. gua akan merindui setiap saat dalam ramadhan yg telah gua lalui tahun ini.


sekali lagi gua ucapkan selamat hari raya. tidak mampu gua coret dalam bentuk tulisan tentang perasaan gua yg bercampur baur. gua sentiasa menanti kejutan setiap kali ramadhan menjelma. tahun ini gua dianugerahkan dengan begitu banyak kezutan. gua hanya mampu berterima kasih kepada Yang Esa kerana Dia yg memberikan gua kebahagiaan yg mungkin tidak boleh dibeli kat 7E sekalipun. gua rasa cukup lah setakat ini coretan gua sebab jam dah menunjukkan pukul 6.10 pagi. gua kena dapatkan tidur walaupun sekejap tuk pastikan gua bertenaga menyambut aidilfitri hari pertama ini. i luv u all =)


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 



Irama rindu bersama sendu
Di dalam rasa pengabdianmu
Pada Tuhanku Yang Maha Satu
Dan Maha Tahu dirimu itu


Datanglah cinta bersama ria
Di dalam jiwa sempurna akal
Dari Tuhanku Yang Maha Satu
Yang Maha Tahu diriku ini


Lalu kita semua pun bangkit segera
Untuk menyusun semula
Kasih sayang (diisi?)...
Sebenar-benarnya kasih sayang kita
Satu untuk semua...


Selamat Hari Raya
Moga doa dan solat
Kita mendapat kemenangan


Selamat Hari Raya
Moga kemenangan
Kita dapat restu dan berkat 

Monday, 29 August 2011

SESUATU YANG BERBEZA



Saat ku lihat senyum manismu
Ada sesuatu yang tak bisaku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu

Satu keinginan  terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cintaku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
Yang singgah dan pergi meninggalkanku
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cintaku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
BY SOFAZ

Sunday, 28 August 2011

RINDU??

haih...... (keluhan dari dalam hati) gua mengeluh kerana tidak bisa faham dengan diri sendiri. gua tidak bisa mengerti perasaan gua sendiri. gua rasa serba salah dan rasa seolah-olah ada yg tidak kena dengan diri gua. gua rasa macam.... ermmm... rindu??? biar gua rungkaikan sedikit definisi rindu dari sumber2 tertentu.

definisi rindu : adalah ungkapan perasaan yg timbul di dalam hati. menimbulkan erti kata lain yg bermaksud keinginan untuk bertemu, untuk melihat, untuk mendengar, untuk merasa kepada objek tertentu, kepada yg di alu-alukan, yg di damba dan dipuja.

*definisi yg gua petik dari internet. tak tahu lah tahap kesahihannya. hehe

-----------------------------------------------------------------------------------

gua cuba buat2 tenang tapi di sebalik jasad yg tenang, kekusutan berselindung di balik hati yg kecil yg memegang semua rahsia. hurmm... gua memang boleh tipu seluruh dunia dengan mulut gua tapi gua memang tak boleh nak tipu hati gua. bila mulut gua menutur bahasa yg bukan datang dari hati, hati gua memberontak. hati gua suruh tuturkan apa yg sepatutnya tapi apakan daya gua tidak segagah itu untuk melafazkannya. lidah terkelu setiap kali cuba untuk melafazkannya. ungkapan yg sangat pendek tapi sukar untuk dilafazkan. sangat ajaib bila bermain dengan perasaan. haih.. dah la, tangan dan jari-jemari gua pun automatik terketar-ketar tuk tulis benda2 aneh ni...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Di dalam hatiku selalu tersimpan,
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali?
Masihkah ada ruang di dalam hatimu?
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali?
Masihkah ada ruang di dalam hatimu?

Untuk bisa menjagai hati ini tuk selama-lamanya. . .

*lirik lagu Bila Esok by Sofaz (gua edition)

Saturday, 27 August 2011

HANYA


Kasih aku ingin,
Menjadi bintang-bintang malam mu,
Temani kamu
Kasih aku ingin
Jadi separuh dari nafas mu
Dan jiwa mu
Dan aku serahkan hatiku untukmu
Dan aku relakan kasihku untukmu
Hanya ingin ada dihatimu selalu
Hanya ingin aku cinta mu yang satu
Hanya ingin ada disamping mu selalu
Hanya ingin jadi terbaik buat mu
Dan aku serahkan hatiku untukmu
Dan aku relakan kasihku untukmu
Hanya ingin ada dihatimu selalu
Hanya ingin aku cinta mu yang satu
Hanya ingin ada disamping mu selalu
Hanya ingin jadi terbaik buat mu
Hanya ingin ada dihatimu selalu
Hanya ingin aku cinta mu yang satu
Hanya ingin ada disamping mu selalu
Hanya ingin jadi terbaik buat mu

MIMPI

FAKTA : 1/3 dari kehidupan manusia dipenuhi dengan waktu tidur. secara umumnye, mengikut perspektif islam, umur manusia kebiasaannya dalam lingkungan 60 tahun. jadi, 20 tahun daripadanya kita habiskan masa untuk tidur. namun, ia bukanlah perbuatan sia-sia kerana ada manfaatnya yg tersendiri. antaranya adalah memastikan kadar metabolisma tetap stabil. jika seseorang itu tidak tiur selama 72 jam nescaya akan mengalami gangguan psikotik. dengan tidur juga kita dapat mengakses 2 dunia antara fenomena dan abstrak. itulah yg digelar MIMPI...

tu fakta dari cendekiawan. . . gua ada jugak pendapat dan tafsiran sendiri. bagi gua mimpi ni terhasil dikala kita terlalu memikirkan sesuatu benda itu. selain itu, mungkin sebab sesuatu peristiwa itu memberi impak atau makna besar dm hidup kita yg membuatkan terbawa-bawa ke alam mimpi kita. mimpi boleh jadi baik mahupun buruk. kalau mengikut kata2 orang lama pula, mimpi ini hanyalah mainan tidur. mimpi yg buruk membuatkan kita akan terjaga lebih awal dari yg sepatutnya manakala mimpi yg indah buat kita nak teruskan penerokaan alam fantasi itu.

gua memang suka bermimpi. walaupun orang cakap mimpi tu xkan sama sekali akan menjadi kenyataan tapi gua yakin, semua itu kuasa tuhan bukan? mungkin mimpi kita akan jadi kenyataan, xmustahil...tp maksud gua tu mimpi yg logik lah. xkan lah mimpi jadi ultraman akan jadi kenyataan plak kan?

mimpi dan angan2 adalah bnde yg berbeza. angan2 ni adalah sesuatu yg selalu kita fikirkan ketika kita sedar. mimpi adalah fenomena yg berlaku ketika kita sedang tidur. ade sekali tu gua mimpi kawen atas bot pastu menuju ke masjid terapung di atas tasik. gua dan tuan puteri tu mengenakan sut pengantin warna PUTIH. sumpah berseri-seri je tengok. agak stylo la naek bot, pastu menuju ke masjid terapung. tapii..... mana ada masjid terapung atas tasik seperti dalam mimpi gua tu kat malaysia nie. kalau ikot logik akal, mmg logik je kan? tp klu ikot minda sedar, gua kena sedar diri la, gua ni sape lah untuk disanding kan dengan 'tuan puteri' tu. haih (keluhan dari dalam hati)

btw, tu sume mimpi ok. kalau mimpi yg realistik, anda semua boleh kejar sebelum ianya terlepas. tp jgn sesekali nk samekan dgn mimpi aneh gua tu. gua xpasti perlu kejar ke x mimpi gua tu sbb ianya seolah2 mcm mementingkan diri sendri la plak. tp yg pasti gua nk tgk senyuman 'tuan puteri' mcm dalam mimpi gua yg sgt manis tu. walaupun beliau akan tersenyum bukan sebab kawen ngan gua. byk care lg boleh buat beliau tersnyum kan. senyuman beliau dah ckup buat gua...

**********************************************************************************

inginku lukiskan nota-nota
laguku mengikut rentak kita
dengarkan suara mimpiku bertemakan namamu
senantiasa selalu. . . 



Wednesday, 24 August 2011

KALAU

kalau ini adalah ramadhan terakhir bagiku, aku tetap bersyukur kerna ramadhan ini paling bermakna buatku.
kalau ini adalah coretan terakhir bagiku, aku bersyukur kerana diberi kesempatan olehNya bertemu dengan seseorang yg sgt bermakna bagiku.
kalau seseorang yg bg ku sungguh bermakna ini bukan jodohku, aku bersyukur kerana beliau mengajar aku erti kegembiraan, berjaya mengukir senyuman di wajahku.
kalau aku tidak mampu tersenyum lagi, semua kenangan tentangnya akan tetap terpahat di hati.
kalau hati ini menangis kerana aku bukan terpilih untuk menjadi pembimbingnya, aku tetap akan bersyukur kerana diberi peluang berkenalan dengannya.
kalau setiap manusia diberi peluang untuk meminta apa sahaja yg akan dimakbulkan, aku akan minta untuk bersamanya.
kalau ada satu hari lagi ruang dan waktu yg ku miliki, akan ku tamatkan sisaku ini dengannya.
kalau ada satu hari lagi, segala ku curah adalah janji.
kalau aku diberi peluang untuk bersamanya, akan ku cuba untuk ukir sejuta senyuman di wajahnya kerna itulah yg bisa buat aku bahagia.
kalau senyuman yg terukir di wajahnya kerana diriku, aku pasti akulah manusia yg paling bahagia dalam hidup ini.
kalau orang berbicara tentang impianku, aku pasti inilah impianku. impianku hanyalah KAMU.

sesungguhnya kamu hadir bagaikan cahaya,
sesungguhnya kamu hadir tanpa aku sedari,
sesungguhnya kamu beri aku sebab untuk terus melangkah,
sesungguhnya kamu beri aku sebab untuk terus berlari,
sesungguhnya kamu mengajar erti sebuah senyuman,
sesungguhnya kamu mengajar erti kekuatan,
sesungguhnya kamu bisa tinggalkan kenangan terindah,
sesungguhnya kamu bisa tinggalkan diriku juga.

*aku perlukan mu walaupun aku tahu kamu tidak memerlukan ku


Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup




Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu



Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Tuesday, 23 August 2011

NIKMAT




Gua pasti bila berbicara tentang NIKMAT semua akan sembang faham dan tahu sedangkan tidak semua yg begitu bersyukur dengan NIKMAT. bagi gua NIKMAT dapat didefinisikan sebagai ANUGERAH/KURNIAAN. mungkin la kot. gua ni bukan lah handal sgt dlm bahasa ni. tp sebab ni blog gua suka hati gua la nk tulis apa pown kan? HAHAHA


gua tertarik nak tulis tentang NIKMAT ni setelah gua tengok satu video ni dimana seorang OKU membuktikan beliau boleh berjaya dalam hidup. hidup beliau sangat menyusahkan ibu beliau yg bertindak juga sebagai bapa beliau. itulah ibu itulah bapa. walaubagaimanapun, ibu beliau tekad untuk memberikan pendidikan dan keperluan secukupnya seperti insan laen yg berhak memperolehinya. walaupun si OKU tu cacat pada zahirnya, tapi HATI beliau masih SEMPURNA, masih boleh menilai antara kaca dan permata. beliau sedar bebanan diri beliau yg dipikul ibu beliau. oleh sebab itu, beliau tekad belajar dan belajar dan hasilnya, beliau mendapat UPSR 4 A 1 B. mmglah bukan semua A tp dengan keadaan beliau yg sgt menyedihkan tu, beliau mampu 'berdiri' sama tinggi dengan pelajar yg cukup sifatnya.


kata2 beliau yg buat gua agak tersentap adalah 'walaupun sy cacat tp sy cuba sedaya upaya saya untuk berjaya sbb sy nak ibu sy bgga dengan sy walaupun keadaan sy mcm ni. ingatlah, nikmat yg diberi tuhan sentiasa adil. walaupun sy tiada nikmat selengkapnya tp Dia bg sy nikmat yg org lain xdapat. dan kpd yg lain, bersyukur dan gunakan nikmat yg dikurniakan sebaik2nya kerna ianya boleh ditarik balik bila2 masa'


**********************************************************************************


ramadhan hampir melabuhkan tirainya. mungkin gua bukanlah insan terpilih untuk bertemu 'laila' tp tidak mengapa. mungkin itu buat gua sedar akan kelemahan diri dan beri gua peluang untuk muhasabah diri. walaubagaimanapun gua bersyukur kerana ramadhan kali ini memberi gua makna yg cukup besar. banyak anugerah dariNya yg diberikan kpd gua yg kerdil lg hina ni. gua rasa sgt sedih bila ramadhan semakin tiba ke penghujungnya sebab gua xpasti gua akan bertemu lagi dengan ramadhan pd tahun berikutnya. hurmmm... byk perkara aneh berlaku pd diri gua sejak 2 menjak ni. walaupun aneh, tp ada nilai sentimentalnya yg tersendiri. gua buat apa yg gua xpernah buat, gua jgak dapat apa yg gua nak seolah2 mcm Dia dengar rintihan hati gua. setelah bertahun2 gua pendam, baru tahun ini akan termakbul. BELIAU sememangnya ADIL LAGI SAKSAMA. BELIAU akan perkenankan doa kita tp antara cepat atau lambat sahaja. tapi makin lambat kita dapat satu benda tu makin syok sebab. . . itulah yg dikatakan NIKMAT. mama gua ada cakap YANG SENANG ITU MUDAH, YANG SUSAH ITU PAYAH. mungkin nmpak mcm kiasan bodoh sahaja tp ia menjadi salah satu tali yg gua pegang untuk meneruskan hidup ni. kebiasaannya kita akan hargai benda yg susah dapat berbanding bnda yg boleh dikutip tepi jalan. itulah NILAI dan semestinya NIKMAT. bersyukurlah bila lu masih boleh ketawa, menangis, suka, duka kerana semua itu adalah NIKMAT yg x boleh dibeli di mana2 kedai sekalipun.