Wednesday, 15 February 2012

SECEBIS BUAT TEMAN


aku hairan dengan tingkah manusia. mengapa perlu kau lakukan sesuatu yang  bakal mengundang kecelakaan jiwa teman mu? aku tahu kau lebih mengerti tentang isi hati temanmu tapi mengapa kau masih lakukannya juga? adakah itu satu kepuasan buat dirimu? adakah itu satu hiburan bagimu?

aku hairan dengan tingkah manusia. makin dipesan, makin menjadi-jadi. hal ini seolah-olah pesanan itu tidak menyentuh hawa telingamu. aku terasa bangsat apabila tutur ku dipandang enteng sebegitu. mungkin aku insan serba kekurangan tapi aku juga punya hati dan perasaan. tidak kah kau punya setitis ehsan buatku? setidaknya, tidak perlu kau tunjuk sangat bahawa kau begitu menentang pendirianku ini. 

aku hairan dengan tingkah manusia. kau seolah-olah seronok bila jiwa ku dirobek dengan perbuatan mu itu. sememangnya perbuatanmu bukanlah satu dosa tapi ku ingin kau tahu sejuta tahun sekalipun hati ku tidak mampu dan TIDAK SAMA SEKALI untuk terima semua itu walau apa saja alasan yang kau cuba jelaskan kepada ku. aku tetap aku. awan, angin, bulan dan bintang tidak akan mampu mengubah nasib diriku sampai bila-bila.

Sunday, 12 February 2012

HIDUP INI MEMANG BANGSAT!


HIDUP INI MEMANG BANGSAT!


kadangkala manusia yang paling dekat pada zahirnya adalah manusia yang paling bangsat! jangan kau harap beliau adalah manusia yang  paling menghargai kau. dunia ini memang begitu. silap orang, kau akan pantas mengeluh dan mengatakan beliau adalah bangsat kerana selalu menyusahkan kau. tapi pernah kau terfikir betapa banyaknya kau telah menyusahkan dia tanpa sedikit pun keluhan zahir terkeluar dari kalamnya?

hidup ini memang bangsat, tatkala kau mencuba dan mencuba untuk berubah, manusia di sekeliling masih menuding jari kepada kau. hinakah mereka jika mereka memberi sokongan padu dan sentiasa berdoa kau berjaya sampai ke punca walaupun seringkali kau tergelincir tatkala kau sedang mendakinya?

hidup ini memang bangsat, tatkala kau mengorbankan bermacam-macam buat teman yang dekat dengan kau dek kerana kau tidak sanggup untuk melihat sekelumit kesengsaraan menyelubungi teman yang terpaksa kau hadapi setiap hari. apabila dia tidak lagi tertahan dengan tingkahmu, adakah kau akan terus bersamanya? bagaimana cara menyelesaikan perkara bangsat ini?

hidup ini memang bangsat, tatkala kau mencurahkan segala keringat untuk memastikan temanmun senang dikala kesusahannya, namun dia hanya mengeluh tatkala susah disebabkan kau tidak sengaja. kau manusia yang tidak sama sekali suka bergantung harap pada manusia lain tapi temanmu merasakan kau selemah itu. bangsat sungguh dunia ini! sejuta budinya tidak mungkin dapat membalas jasa kau tapi kenapa dia perlu bersikap bangsat begitu?

#HIDUP INI MEMANG BANGSAT TAPI ESOK MASIH ADA#

Saturday, 21 January 2012

LAWAN


hallo hallo hallo!
kali ni gua nak bercerita tentang lawan. gua rasa gua mampu lawan semua orang. walaupun sekuat dan sebesar manapun org tu, gua yakin gua akan menang. gua pasti yang lain pun same je cam gua. walau selemah mane pun kalian, gua yakin kalian boleh buat jugak macam gua nie. tapi macam mana nak tumbangkan org yg lebih besar dari kita? haaa... ada caranya!

gua rasa majoriti dikurniakan Allah lidah. kalau nak tau, lidah ni lagi tajam dari sebilah pedang. lidah kita boleh digunakan senjata untuk tumbangkan org yg lebih besar dari kalian. gua rasa xperlu dihuraikan dgn leibh lanjut tntang ni sebab semua sedia maklum.

toink....... toink..........toink........
bukan tu sebenarnya yg nak ditekankan. gua nak bgtau ade jgak bnde yg gua payah sgt nak lawan ni. agak2 ape ek? gua rasa semua manusia pun susah nak lawan. yg pasti bukan syaiton dan nafsu. gua rasa kalau kita sentiasa berdoa dan berdoa insyaallah kita cukup kuat je nak menentang semua tu. ade lagi yg lebih sukar untuk ditewaskan. jeng jeng jeng...........

DIRI SENDIRI
ye diri sendiri. sangat sukar untuk kita berlawan dengan diri kita sendiri. ye sgt sukar! tapi nak atau tidak gua mmg kena lawan diri sendiri. kalau kita dapat tewaskan diri dari segi kehendak yg terlampau, kita akan berjaya menjadi insan cemerlang, gemilang terbilang. semua manusia mampu berubah. nak ngan xnak je. peluang sentiasa ada. alasan akan mengiringi kalian jika sebulat tekad tidak dibawa sebagai teman sepermainan. gua pun malas nak hurai panjang2, dan gua nak simpulkan kat sini, semua orang boleh berubah dan mmg payah untuk berubah tapi kita kena lawan diri sendri untuk kesenangan di kemudian hari.

:. Allah xkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia mengubah nasibnya sendiri .:

Friday, 20 January 2012

MY SOUL AND HEART


If the world ends today
I just want you to know that

I am glad I got to spend my time with you
and I am beyond happy to call you mine.

You have my heart and my soul in your back pocket,
and they are never leaving you.

I could not ask for anything more in my life than
having you by my side every day.

Saturday, 14 January 2012

EASY AND DIFFICULT




Easy is to get a place in someone's address book.
Difficult is to get a place in someone's heart.

Easy is to judge the mistakes of others
Difficult is to recognize our own mistakes.

Easy is to talk without thinking
Difficult is to refrain the tongue.

Easy is to hurt someone who loves us.
Difficult is to heal the wound.

Easy is to forgive others
Difficult is to ask for forgiveness.

Easy is to set rules
Difficult is to follow them.

Easy is to dream every night
Difficult is to fight for a dream.

Easy is to show victory
Difficult is to assume defeat with dignity.

Easy is to promise something to someone
Difficult is to fulfill that promise.

Easy is to say we love
Difficult is to show it every day.

Easy is to criticize others
Difficult is to improve oneself.

Easy is to make mistakes
Difficult is to learn from them.

Easy is to think about improving
Difficult is to stop thinking it
And put it into action.

Easy is to think bad of others
Difficult is to give them
The benefit of the doubt.

Easy is to receive
Difficult is to give.

Easy is keep the relationship with words
Difficult is to keep it with meanings

KEMBALI SENYUM

Lantas kau diam membisu
Ada garis sendu di wajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
Berikan jawapan

Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasihmu setia
Tak ku duga air mata berlinang
Luka perasaanmu sayang

Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu

Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cintaku takkan terbelah bahagi
Keringkanlah air mata di pipimu sayang
KEMBALI SENYUM dan MAAFkan ku . . .

Wednesday, 11 January 2012

AKU SAYANG KAMU

dikala hatiku kesedihan semestinya aku memerlukan teman untuk berbicara. tapi bukan semua perkara aku mampu berkongsi dengan teman. mungkin mendiamkan diri dan memikirkan hikmah disebalik semua ini adalah lebih baik. aku cuba kuatkan hati untuk terus mengatur langkah memelihara keharmonian istana yang ku bina. walau badai taufan datang melanda, tidak sama sekali goyahkan pendirianku untuk terus berlindung di bawah istana yang aku bina dengan titik peluhku sendiri. 

aku cuba dan terus cuba untuk tidak memarahi badai yang datang kerana aku tahu semua itu sedang menguji kekukuhan dan kekuatan istana yang aku bina. kau silaplah encik badai, aku sentiasa akan berada di sini, selamanya di sini. tidak sekali akan goyah pendirianku. mungkin ini hanyalah angin lalu yang mungkin akan bertandang lagi di kemudian hari. aku sentiasa akan bersedia dengan semua ini. akan ku atur bala tentera bagi memastikan tiada lagi musuh yang mampu mendekati kubu istanaku, apatah lagi memecah masuk lantas merobohkannya. aku akan bertahan, bertahan dan bertahan buat selama-lamanya. ini bukan omong kosong lagi kerana bila tekad membaluti hatiku, ianya tidak semudah untuk membuatkan tekad itu berganjak mahupun pudar.

mungkin suatu hari kau akan mengerti mengapa aku begitu marah tatkala kau begitu yakin dengan tetamu yang hanya datang bertandang. kata kau, ianya hanya tetamu dan tidak sama sekali akan menjadi tuan istana kerana bagimu tuan istana adalah aku dan kau. aku bukan tidak yakin denganmu tetapi aku khuatir, khuatir jikalau kecekalan hatimu dihiris sedikit demi sedikit tanpa kau sedari. aku bukanlah tidak yakin dengan mu tapi aku takut, takut akan kehilangan hartaku yang sangat bernilai. ingin ku laungkan ke seluruh dunia bahawa istana ini aku tawan namun hanya mampu beteriak di dalam hati kerana gusar akan salahnya perbuatanku ini. ampunkan aku jika bicaraku menghiris hatimu, aku hanya ingin kau tahu bahawa aku sangat menyangi kamu. selamat malam dunia!