Wednesday 15 February 2012

SECEBIS BUAT TEMAN


aku hairan dengan tingkah manusia. mengapa perlu kau lakukan sesuatu yang  bakal mengundang kecelakaan jiwa teman mu? aku tahu kau lebih mengerti tentang isi hati temanmu tapi mengapa kau masih lakukannya juga? adakah itu satu kepuasan buat dirimu? adakah itu satu hiburan bagimu?

aku hairan dengan tingkah manusia. makin dipesan, makin menjadi-jadi. hal ini seolah-olah pesanan itu tidak menyentuh hawa telingamu. aku terasa bangsat apabila tutur ku dipandang enteng sebegitu. mungkin aku insan serba kekurangan tapi aku juga punya hati dan perasaan. tidak kah kau punya setitis ehsan buatku? setidaknya, tidak perlu kau tunjuk sangat bahawa kau begitu menentang pendirianku ini. 

aku hairan dengan tingkah manusia. kau seolah-olah seronok bila jiwa ku dirobek dengan perbuatan mu itu. sememangnya perbuatanmu bukanlah satu dosa tapi ku ingin kau tahu sejuta tahun sekalipun hati ku tidak mampu dan TIDAK SAMA SEKALI untuk terima semua itu walau apa saja alasan yang kau cuba jelaskan kepada ku. aku tetap aku. awan, angin, bulan dan bintang tidak akan mampu mengubah nasib diriku sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment