Saturday 25 February 2012

KONFLIK

hidup ini memang istimewa. kita sebagai insan biasa hanya mampu merancang. kadang kala, apa yang terjadi di luar perancangan kita. konflik hidup tidak pernah penat menghiasi hidup kita. walaubagaimanapun, tuhan itu Maha Berkuasa. Dia telah kurniakan kita akal dan fikiran untuk menyelesaikan setiap konflik dan masalah yang datang menimpa. semuanya atas kita untuk tampil dengan pemikiran rasional atau berpijak dengan keputusan yang dikaburi dengan emosi ketika itu. telah disebut bahawa manusia yang paling kuat adalah manusia yang mampu mengawal perasaan marahnya. sesungguhnya sifat marah itu adalah dari syaitan.

memang betul ada lagu berbunyi, marah bukan kebencian tapi tanda sayang. dan marah juga tidak bermaksud kita benci.tapi ingat marah juga akan menjadi punca utama retaknya persaudaraan. tapi kita bukanlah segagah insan yang mampu menahan setiap sifat amarah yang datang bertandang. ketika marah menjelma, kita semestinya mengharapkan rasional mencantas emosi agar tindakan susulan yang berlaku tidak akan menerbitkan penyesalan dalam diri kelak.

walaubagaimanapun, kita hanya ada satu peluang! apabila kita terlepas peluang itu, mungkin peluang itu akan melangkah jauh dari kita. tapi ia hanya pergi jauh, bukannya lenyap begitu sahaja. kita mampu gagahkan kaki yang tidak semegah ini untuk mengejar peluang itu jika kita sayangkan sesuatu perhubungan. lupuskan ego yang bersemadi dalam jiwa supaya tidak dilitupi penyesalan apabila emosi pulang ke lubuk dan rasional menyentuh akal. ketika itu, menangis air mata darah sekalipun sudah tiada gunanya lagi.

jadi, sebelum menamatkan warkah berlagu pilu ini, gua ingin seru kepada semua, belajarlah untuk bersahabat baik dengan rasional dan logik akal. cuba elakkan dari bergaul dengan emosi. dan, penting juga untuk kita belajar mengawal ego. ego itu perlu tapi jika tidak kena pada tempatnya, mampu menitiskan air mata tanpa dipaksa. 

*LOVE IS LIKE A WIND. U CAN'T SEE IT BUT U CAN FEEL IT!

No comments:

Post a Comment