Monday 20 February 2012

MAAFKAN AKU

maaf maaf maaf!

ianya semudah kata untuk diungkap tapi semudah itu untuk diterima. bukan semua orang mampu memaafkan begitu sahaja akan kesilapan orang lain. tapi aku betul2 terdesak perlukan kemaafan dari kau. aku betul2 TERDESAK. semua kerja buat ku tidak menjadi. setiap detik, setiap langkah kaki ku diselebungi rasa bersalah. aku insan biasa yang tidak tegar untuk membuatmu memaafkan aku begitu sahaja. ianya terpulang kepada hatimu. mungkin juga masa yang akan menentukan segalanya. aku berdoa di setiap sujudku agar aku diberi peluang untuk perbaiki kesilapanku.

tolonglah! aku butuhkan kemaafan darimu. aku betul2 perlukan mu. mungkin kau bukan mentari yang  menyinari hari-hariku tapi kau lebih dari itu kerana kau membuat aku celik di ketika aku berada di dalam kegelapan. mungkin kau bukan bintang yang memberi sinar dikala malam, tapi kau lebih dari itu. bintang adalah pujaan. darjat kau lebih tinggi dari sang bintang di langit bagiku kerna kau memberi sinar harapan untuk aku teruskna hidup yang penuh liku ini. kau seolah-olah meniup semangat setiap kali ku bukakan mata.

aku perlu, aku  perlu, aku memang perlu. aku perlukan kau. aku tidak pernah rasa terdesak sebegini. aku tidak tahu mengapa tapi yang pasti aku perlu kan kau. aku perlu! tolong jangan jadikan aku manusia yang paling bodoh di dalam dunia ni kerna aku terlepas sesuatu yang tidak mungkin aku temui lagi selepas ini. tapi aku tidak mampu berbuat apa2 lagi. semuanya terserah kepadamu. aku hanya mampu menunggu dan terus menunggu. aku menunggumu. selamat malam.

No comments:

Post a Comment