Sunday 12 February 2012

HIDUP INI MEMANG BANGSAT!


HIDUP INI MEMANG BANGSAT!


kadangkala manusia yang paling dekat pada zahirnya adalah manusia yang paling bangsat! jangan kau harap beliau adalah manusia yang  paling menghargai kau. dunia ini memang begitu. silap orang, kau akan pantas mengeluh dan mengatakan beliau adalah bangsat kerana selalu menyusahkan kau. tapi pernah kau terfikir betapa banyaknya kau telah menyusahkan dia tanpa sedikit pun keluhan zahir terkeluar dari kalamnya?

hidup ini memang bangsat, tatkala kau mencuba dan mencuba untuk berubah, manusia di sekeliling masih menuding jari kepada kau. hinakah mereka jika mereka memberi sokongan padu dan sentiasa berdoa kau berjaya sampai ke punca walaupun seringkali kau tergelincir tatkala kau sedang mendakinya?

hidup ini memang bangsat, tatkala kau mengorbankan bermacam-macam buat teman yang dekat dengan kau dek kerana kau tidak sanggup untuk melihat sekelumit kesengsaraan menyelubungi teman yang terpaksa kau hadapi setiap hari. apabila dia tidak lagi tertahan dengan tingkahmu, adakah kau akan terus bersamanya? bagaimana cara menyelesaikan perkara bangsat ini?

hidup ini memang bangsat, tatkala kau mencurahkan segala keringat untuk memastikan temanmun senang dikala kesusahannya, namun dia hanya mengeluh tatkala susah disebabkan kau tidak sengaja. kau manusia yang tidak sama sekali suka bergantung harap pada manusia lain tapi temanmu merasakan kau selemah itu. bangsat sungguh dunia ini! sejuta budinya tidak mungkin dapat membalas jasa kau tapi kenapa dia perlu bersikap bangsat begitu?

#HIDUP INI MEMANG BANGSAT TAPI ESOK MASIH ADA#

1 comment: