Wednesday 21 March 2012

JIKA CIKGU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI


seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing2.

itulah yg boleh aku describe tentang guru2 di sekolah yg aku sedang berPBS skunk nie. mane tidaknya, masing2 pentingkan diri sendri je. nak keje masing2 beres tanpa baek dan buruk yg akan menimpa orang laen. inikah sikap yg patut ada pada setiap pendidik?

aku sangat kecewa dengan sikap majoriti guru yg ada pada masa kini. guru terapkan nilai murni pada anak2 murid supaya jangan bergaduh dan pupuk semangat bersatu pada dalam diri murid tapi guru sendiri tidak praktikkan. ianya sama seperti ada ilmu tapi tidak beramal. dan ia mungkin boleh terjerumus ke dalam golongan munafik. ye lah kan, ajar orang buat baik, tapi diri sendri x buat.

sampai bila semua ini akan berakhir? sudah lupuskah guru2 yg bersatu padu dan sama2 memberi tauladan kepada murid dengan cara praktikkan dulu di depan murid apa yg dituturnya? haiyark! aku rasa semua ini tidak akan ada penamatnya. manusia akhir zaman ini memang begitu. semalam aku lepak dengan membe aku yg dahulunya hidup dalam jahiliah tetapi kini dihiasi zikir. 24/7 hidupnya tenang walaupun masalah datang menimpa. hal ini kerana beliau begitu tekad mendalami ilmu agama.

bukan kisah beliau yg aku nak cerita tapi nasihat beliau yg aku cuba selitkan ini. beliau berpesan kepadaku bahawa sekarang adalah zaman tuhan turunkan hidayah. sebab tu lah rmai manusia yang jahat2 dah mengikut jalan yang benar skunk nie. mereka semua sedar akan kesilapan mereka. walau sejahil mana mereka dahulu tapi ingat Allah itu Maha Pengampun. yang penting taubat dengan bersungguh2. pesan beliau lagi, rugilah kita jika kita tak mahu diri kita tergolong sekali dalam golongan yg mendapat hidayah tu. k lah, semakin banyak aku tulis semakin kelihatan aku hipokrit plak. aku sendiri pun bukannya sempurna sangat tuk cakap benda2 camni. aku manusia biasa yg tidak lekang dari dosa jugak.

tapi tidak mengapa, terpulang kepada individu nak menilai. aku hanya meluahkan rasa hati. jika dikhabarkan kepada manusia, mungkin ia akan jadi mengumpat dan mencaci pula. jadi, megadu nasib dalam blog je la yang termampu nya. sesungguhnya manusia yang mencegah dengan hati adalah selemah2 iman. tengok, betapa lemahnya iman aku. salam muhasah dari aku. assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment