Saturday, 12 November 2011

ENTAH

sebenarnya gua xtau nak cakap pasal ape. gua nak start ngan kisah air muka dan apa2 je lah akan berkait dengannya. hahax. air muka seseorang itu telah menggambar segala-galanya. (bukan untuk semua situasi) gua cakap bukan untuk semua situasi semua situasi sebab adakalanya manusia 'bermain' dengan mimik muka untuk mengelirukan makhluk lain untuk tujuan tertentu. gua cakap ni berdasarkan kebiasaan dan memang kebiasaannya air muka yang terpancar pada wajah seseorang itu, telah menceritakan segala-galanya. terpulanglah kepada yang menilainya macam mana sebab secara psikologinya manusia ni sama je.

walaubagaimanapun, kita tidak boleh nak judge semua orang berdasarkan mimik mukanya jugak. mana tau mimik mukanya ketika itu terhasil bukan datangnya dari persekirannya ketika itu. mungkin juga sebab lain. gua bagi contoh la, sekumpulan kawan sedang berseronok di tepi pantai. tidak semena2 salah seorang itu tiba2 je emo semacam. rakan yang ada ketika itu fikirkan macam ada sesuatu yang tidak kena. mungkin mereka rasa ada gurauan mereka yang tidak kena pada tempatnya. tapi, ternyata itu hanyalah dorg punya andaian semata-mata berdasarkan apa yg gua cakap td lah iaitu 'kebiasaan'. 

H-A-K-I-K-A-T
hakikatnya mmbe yg tiba2 emo tu jadi begitu sebab beliau tiba2 terkenangkan sesuatu yg menyelubungi fikirannya dan tu yg terus emo. tapi rakan2 sekeliling ni dah salah tafsir. tapi tu lah manusia. kita memang tidak akan lari dari melakukan kesilapan. mungkin air muka kita boleh baca tapi bukan semudah itu nak baca isi hati manusia melainkan beliau dah 'buka' pintu hati beliau untuk di selami. kadangkala, gua terdetik jugak dalam fikiran gua, adakah gua sudah betul2 mengenali diri gua nie? haih...

BANYAK . . . TAPI . . .  SEDIKIT
pernah tak korg rasa camni? rasa mcam banyak tapi sebenarnya baru je cket. kadangkala gua rasa macam banyak dah bnde yg gua tahu pasal sumthing nie, tapi rupanya baru je hujung kuku je gua tahu pasal bnde tu. tapi tu lah hakikat sebuah kehidupan. makin banyak benda yang kita tahu, makin banyak lagi yg kita tak tahu. sehubungan dengan itu, kita akan cari jalan untuk nak tahu lebih dan lebih! maklumlah manusia, mana pernah nak kurang. semuanya nak lebih. kalau boleh segalanya nak lebih dari orang lain. 

MASIH MAU?
tapi bagi gua semua benda dalam dunia ni dah ada contoh tragedi di depan mata. pasal 'lebih', 'kurang', 'ngam2' semuanya dah ada contoh depan mata. atas kita plak tuk renungkan dan fikir yang mana terbaik tuk kita. kebiasaannya memang la kita nak yg terbaek je. tapi kadangkala yang terbaek tu mungkin kita xley nak 'bawak' kadang2, kita dah tengok dah manusia lain menderita disebabkan sesuatu perkara tu tapi kita nak jugak ambil dan try seolah2 kita rasa kita dah cukup bagus dan yakin seyakin2nya kita xkan jadi seperti mereka. jadi janganlah bersikap tamak. akhir kata dari gua tepuk dada tanya selera. assalamualaikum . . .

No comments:

Post a Comment